Followers

30.9.09

Mengejar Impian


Setiap dari kita mempunyai impian masing-masing.

Ada impian, nampak mudah untuk dicapai tapi jika malas berusaha, mudah pun akan menjadi payah.

Ada pula impian memakan masa yang lama untuk mencapainya tapi dengan usaha gigih, sokongan yang padu, keadaan jiwa, mental dan kewangan yang stabil, ia berjaya dicapai dengan perasaan yang puas.

Ada juga impian dari dulu hingga kini kekal tinggal sebagai impian, entah akan tercapai atau tidak.

Impian kadang-kadang dicatat, sebagai pengingat takut-takut terlupa.

Setiap hari akan ada terdetik impian yang baru.

Bila melihat orang itu berjaya, orang ini berjaya, kita pun mula memasang impian.

Jangan pula impian itu hanya sekadar angan-angan.

Sebab itu takut untuk berimpian terutama yang bukan-bukan.

Namun mahu juga mempunyainya kerana hidup mahukan keselesaan dan kesenangan.

Sama ada senang dan selesa di dunia ataupun lapang dan lega di akhirat.

Segalanya bermula dengan impian.

Syukur... setiap hari ada impian yang ingin dicapai dan tercapai.

Tapi ada juga yang gagal.

Jangan risau, ciptalah impian baru agar hidup lebih bererti.


Hehe... entah apa-apa yang kakchik merapu malam ni. Sekadar menghilangkan kebosanan setelah beberapa kali bermasalah dengan Blogger sepanjang hari ini. Siapa faham kaitan gambar dengan sajak?

28.9.09

Pembangunan Pesat di Kota Bharu

Assalamualaikum dan selamat berehat kepada semua teman-teman dan tetamu blog Keluargaku Sayang. Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat menghirup udara di bumi Allah ini dan menikmati nikmat Islam dan Iman. Kita bertuah sebenarnya.

Kita bertuah, dan kakchik memang rasa amat bertuah kerana diizinkan Allah menjadi ummatNya yang merasai pengalaman hidup di bumi Kelantan. Negeri ini yang sering dianak-tirikan Kerajaan Pusat kerana berbeza parti dan dasar pemerintahan tetap berjaya membangun bersama Islam. Hampir 20 tahun, Kelantan terutamanya Kota Bharu telah membangun sedikit demi sedikit sesuai dengan perkembangan mentaliti masyarakatnya menerima pakai dasar-dasar Islam. Bukan takde cabaran dan masalah tapi hakikatnya Kota Bharu amat berkembang kini, lain dari yang lain. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmati negeri ini dan semoga hati-hati rakyatnya sentiasa dekat dengan Allah SWT.


Kelantan Trade Center (KTC) kini telah pun dibuka kepada orang ramai. Di sini ada dewan/auditorium canggih, Hotel Chantique, pusat perniagaan dan kondominium. Kedudukannya bersebelahan Hospital Pakar Perdana dan Stadium Negeri hanya mengambil masa 15 min untuk sampai ke pusat bandar jika berjalan kaki. Kakchik pun sudah menyertai seminar di dalam dewan besarnya sebulan yang lepas. Kalau ada yang ingin menginap di Hotel Chantique apabila bercuti ke KB bolehlah hubungi 09-7471222.


Di tengah-tengah pusat bandar kini tersergam bangunan besar ini, Kota Bharu Trade Center (KBTC) yang menempatkan Parkson dan Giant. Gambar kat atas tu kakchik ambil dalam bulan 7 dan sudah siap sepenuhnya dalam bulan 8. Dah beroperasi pun dalam bulan Ramadhan hinggakan sesak sungguh di KB. Jalan-jalan sekitar bangunan ini semuanya menjadi 4 lorong dan banyak yang sehala saja. Kakchik belum ada urusan untuk masuk ke sini. Bukan takde yang menggoda tapi kakchik malas nak meredah kesesakan kenderaan kerana ia betul-betul di pusat bandar, sebelah stesyen bas utama pulak tu.

Dari apa yang kakchik tahu, proposal dari syarikat-syarikat besar untuk membuka pasaraya/hypermarket memang banyak tapi Kerajaan Negeri membuat tapisan dan menghadkan jumlahnya kerana ingin memberi peluang kepada peniaga kecil mengemaskini bisnes mereka agar dapat terus hidup bila bandar semakin dimajukan seperti sekarang ni.

Gembira sebenarnya melihat perkembangan materialistik ni tapi bimbang juga kerana ia datang seiring dengan pelbagai ujian kepada setiap jiwa yang ada terutama jiwa remaja. Pembangunan material jika tidak diseimbangkan dengan pembangunan rohani bakal membawa lebih banyak masalah sosial dan semakin kuat kita mahu menjayakan dasar-dasar Islam, semakin kuat kita 'berperang' dengan gejala sosial. Syaitan dan nafsu semakin kuat juga menggoda jiwa-jiwa ini. Na'uzubillah. Semoga Allah lindungi dan berkati negeri ini.

Itu di KB belum lagi kakchik cerita di Kubang Kerian. Datang dan lihatlah sendiri.

27.9.09

Lagi sekitar reunion


Bergambar beramai-ramai dengan ahli keluarga masing-masing (ada juga yang tak masuk termasuklah cik abe yang mengambil gambar ini).


Gambar pintu utama dewan sekolah pun nak letak kat sini. Tak kisahlah kan.


Kakchik sempat naik melawat ke kelas-kelas dan singgah sekejap di kelas kakchik dulu, 5 Beta.


Dah selesai melawat, kami bergambar di tangga blok kedua sebelum turun ke kawasan 'roll-call'. Hai... banyaknya kenangan di sini.


Kedatangan cikgu Wan Faezah (tudung hijau) sama-sama kami sambut. Seronok sangat sebab cikgu sudi juga datang. Terima kasih cikgu.


Riuh-rendah dibuatnya.


Macam-macam cerita sebelum majlis bermula. Tan baru sampai dengan suaminya.


Sekarang ni kami dengan cikgu-cikgu dah macam kawan pulak. Tapi cikgu Wan Faezah (tudung hijau) masih 'maintain' cantik macam dulu.

Re-Union ex-Faris '91 pada 25 Sept. 2009

Masih banyak gambar nak 'upload' tapi internet sangat perlahan hari ni. Tengok yang ini ajelah dulu.


Kakchik dan Marini bergambar dengan bekas-bekas guru, Pn. Rodziah, Mama Chan dan Pn. Wan Faezah.


Menyambut kedatangan Mama Chan yang pernah mengajar kami subjek Kimia.


Ini kawan baik kakchik, Dr. Marini, pakar bius Hospital Kuala Krai. Kami dulu rakan sekelas.


Yang ni pula Syikin, orang kuat IT di Telekom KL. Dulu kami panggil dia Mek Tek sebab dia kecil tapi sekarang ni kakchik lagi kecik dari dia.


Seronok dapat jumpa bekas guru BM kakchik, Pn. Rodziah. Tak sangka pula dia kenal cik abe.


Kakchik berucap bagi pihak perempuan, entah apa-apa yang kakchik sebut hari tu. Tahu sajalah bila 'on the spot' ni, main taram saja, hehe.


Nora dengan Sue posing dengan elok sekali, Linda (isteri Noridwan) menyendiri je, tentu segan nak bercampur dengan kami yang mulut becok semuanya. Hasni kat tepi tu dok sembang apa dengan Syikin.


Wan, Aya dan anak-anak. Yang sebelah kanan tu kakchik saja nak ambil gambar cik abe sedang makan.

25.9.09

Selepas 18 Tahun Kami Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan salam Jumaat pertama di bulan Syawal ini. Apa khabar agaknya teman-teman semua hari ni? Kakchik doakan semuanya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang dan masih bergembira mengisi hari-hari terakhir percutian raya sebelum menyambung kembali kerja masing-masing.

Hari ni ialah hari pertama kakchik sepatutnya menghadiri tutorial di OUM untuk semester September tapi ehem, maafkan kakchik ya sebab memontengkan diri. Sebenarnya kakchik memilih untuk menghadiri REUNION EX-FARIS '91 di sekolah lama kakchik iaitu SMSTMFP di Pengkalan Chepa. Memang nak juga ke kelas tapi hati lebih kuat mahu ke REUNION kerana sudah 18 TAHUN kakchik tidak bertemu muka dengan kawan-kawan sekolah dulu.


Sepanjang pagi kakchik rasa macam nak senyum saja. Terimbau kembali kenangan-kenangan semasa di sekolah menengah dulu. Wajah-wajah teman-teman silih berganti terbayang di mata. Sambil membuat kerja rumah, dalam kepala kakchik ni membayangkan pelbagai persepsi yang bakal dialami bila bertemu buat kali pertamanya dengan mereka selepas 18 tahun. Apakah perubahannya? Masihkah mereka ingatkan kakchik? Bagaimana perkembangan diri, keluarga dan kerjaya masing-masing? Dan macam-macam lagi.

Kami janji majlis dimulakan jam 10 pagi. Kakchik di rumah mula menggosok pakaian cik abe dan abaya kakchik jam 9 pagi. Sambil menggosok, kakchik tersenyum-senyum sendiri memikirkan apakah yang akan terjadi di sekolah nanti? Siapakah yang dapat datang? Malam tadi Wan (Dr. Wan Hasmawati) dah telefon untuk 'confirm'kan sama ada kakchik akan hadir atau tidak. Aya (Cikgu Ruhaya) pun ada menghantar SMS juga dengan tujuan yang sama. Agaknya kawan-kawan kakchik ni mahu pastikan siapa yang bakal hadir. Isyk, tak sabarnya...

Beberapa minit sebelum pukul 10 pagi, kakchik dan cik abe bertolak ke SMSTMFP. Sepanjang perjalanan kami tak bercakap banyak lagipun kakchik asyik dok melayan kenangan sampai tersenyum-senyum dan ada ketikanya mengalirkan air mata. Bukan kalian tak tahu, bagi kakchik kenangan semasa di sekolah tersebut terlalu banyak yang indah. Di situlah kakchik mula belajar menjadi insan seperti diri kakchik hari ini. Di situlah kakchik membina ukhuwah dan rasanya sehingga ke hari ini kakchik masih amat menghargai persahabatan yang kakchik bina dengan kawan-kawan di sekolah itu. Ah... terlalu amat manis kenangannya. Sudah tidak mungkin berulang lagi tapi masih boleh dikenang-kenang sebagai penguat semangat di kala 'down'.

Hari ini kakchik sungguh gembira dapat berjumpa kawan-kawan lama, bertemu muka. Walau ada yang kakchik sudah bertemu kembali di blog atau di facebook tapi amat berbeza kali ini kerana dapat melihat diri masing-masing secara 'live'.

Paling gembira dapat jumpa kawan-kawan perempuan Syikin (Wan Norasyikin, ex-5 Delta), Hasni (Hasnizaini, ex-5 Gamma), Nora (Tg. Amarianora, ex-5 Gamma), Sue (Suwaibah, ex-5 Gamma), Aya (Ruhaya, ex-5 Beta), Jack (Norzaiti Akhtar, ex-5 Gamma), Wan (Wan Hasmawati, ex-5 Alpha), Minie (Marini, ex-5 Beta), Tan (Tan Yok Mui, ex-5 Alpha) dan Zue (Baizura, ex-5 Gamma). Kawan-kawan lelaki pula seperti Zul @ Kopi, Noridzwan @ Tok Ngulu, Shukri, Abon, Shahrum, Mat Bu, Bob, Adnan, Fadzli, Salam, Rasdi, Mazlan, Ibrahim, Dolah, Kogi, Zailani, Faizol dan yang lain-lain yang kakchik tak ingat nak cam betul-betul. Dah ramai melalui banyak perubahan, hehe terutama fizikalnya. Nanti bila kakchik 'upload' gambarnya barulah cam kot.

Majlis pun sempoi sahaja, jumpa, bertemu mesra, makan-makan, ucapan ringkas (kakchik pun ada buat ucapan sikit tapi merapu je), kami pun bertuah kerana ada wakil-wakil guru yang hadir. Teruja sungguh dapat jumpa bekas guru-guru kami. Terima kasih kepada Cikgu Rodziah, Cikgu Wan Faezah, Cikgu (Mama) Chan dan juga Cikgu Sarifuddin yang sudi datang bertemu kami bekas anak murid mereka. Riuh-rendah dewan besar dibuatnya. Memang seronok sungguh. Dalam dok seronok-seronok tu kakchik risau juga takut-takut cik abe tak dapat 'get along' dengan kawan-kawan kakchik. Bila kakchik tinjau-tinjau, nampaknya 'line clear', alhamdulillah.

Lepas makan yang lelaki dah sibuk nak solat Jumaat jadi tinggallah golongan perempuan di dewan. Sambil menunggu tu kami jalan-jalan pusing sekolah melihat kesan-kesan peninggalan kami. Nanti boleh tengok dalam gambar ya. Kemudian seorang demi seorang mohon mengundur diri kerana ada urusan lain. Akhirnya kakchik dan cik abe menjadi orang terakhir meninggalkan dewan sekolah sebab cik abe bersolat Jumaat di masjid sekolah. Mungkin dia pun meninjau-ninjau suasana sekolah.

Kami meninggalkan bumi Sek. Men. Sains Tg. Muhammad Faris Petra dengan seribu kenangan baru. Kenangan yang baru kami cipta bersama teman-teman yang jauh dan dekat, memaut kembali ikatan persahabatan yang 18 tahun lalu kami ikat. Semoga persahabatan baru yang turut terbina hari ini terutama dengan isteri-isteri kawan-kawan lelaki akan menambah luas lagi ukhuwah Islamiah. Oh, diri ini terasa bahagia.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku pergi ke program itu.

GAMBAR-GAMBAR AKAN KAKCHIK 'UPLOAD' KEMUDIAN.

24.9.09

Indahnya suasana kampung Mak

Assalamualaikum dan salam Syawal.

Sebagaimana yang kakchik dah janjikan dalam post sebelum ni, kali ni kakchik kongsikan gambar-gambar (yang sempat kami ambil) semasa kakchik dan cik abe balik keraya di kampung Mak iaitu di Berangan, Selising, Pasir Puteh.


Selepas solat subuh di masjid hari kedua raya (cik abe yang imamkan dan bagi tazkirah ringkas pula - hehe jarang-jarang kakchik dapat dengar, seronok la kan) kami berdua pusing kereta ke kawasan sawah.


Kampung keluarga cik abe memang masih hijau dengan sawah padi tak macam kampung kakchik, Pulau Melaka. Dah jadi bandar dah kampung kakchik tu.


Pemandangan sebelum pukul 7 pagi memang mengasyikkan dan udara di sini sungguh menyegarkan badan.


Matahari dah mula naik, nampak jaluran cahayanya di kejauhan, cantik kan?


Tersenyum gembira cik abe bila dapat balik kampung hehe. Balik mengeratkan kembali persaudaraan, balik menghirup udara kampung yang bersih.


Kakchik pun sangat 'happy' bila dapat balik kampung Mak sebab dapat jumpa Mak dan Ayah... juga dapat jalan-jalan keliling kampung jumpa saudara-mara sambil menikmati alam sekitar kedesaan yang masih belum begitu tercemar.


Ok, itu aja yang dapat dikongsikan. Sebenarnya kami terlupa nak ambil gambar semasa berhari-raya di rumah Mak ataupun di rumah sedara-mara, jadi gambar-gambar pagi tu je yang ada. Yang dalam kereta ni kami dah dalam perjalanan balik ke Pulau Melaka semula.

Wassalam.

22.9.09

Aidil Fitri 1430 Hijrah


Assalamualaikum dan salam Syawal kepada semua teman-teman di mana saja kalian berada saat ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan sedang menikmati percutian masing-masing bersama keluarga tersayang sempena Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Kakchik dan Cik Abe pun alhamdulillah tahun ni dapat beraya bersama keluarga di kedua-dua belah pihak pada hari pertama. Maklum saja kami berdua orang Kelantan, nak balik kampung mertua pun hanya lebih kurang satu jam saja.

Kakchik belum ada idea nak tulis panjang-panjang jadi kakchik hanya tayang gambar-gambar pada hari raya ajelah. Kakchik takde dalam gambar sebab kakchik yang jadi jurugambarnya, hehe. Jomlah tengok.


Hidangan di pagi raya kami makan bersama sebelum ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri.


Cik Abe bersama Ayahanda dan dua orang anak saudara kakchik, Nabil Izzudien dan Nabil Zaffry.



Ini pula ahli baru keluarga kakchik yang merayakan Aidil Fitri pertamanya tahun ni, Raja Iqbal Murshidi, dua bulan.


Abang sulong kakchik, En. Ismail posing bersama Adik sebelum berhari-raya di rumah Chena.


Kakak sulong kakchik, Dr. Aminah bersama Ameerah.


Adik kakchik, Dr. Azila yang baru habis pantang bersama 3 dari 4 orang anaknya. Tahun ni adik ipar kakchik, Mejar Amizan terpaksa berhari-raya di sempadan sebab bertugas.


Ayah melihat kami beramai-ramai menuju ke rumah Chena.


Ini pula abang kedua kakchik, Prof. Mohd. Nasir bersama Angah (isterinya).


Nampak tak anak-anak saudara bujang kakchik tu, semua dah besar panjang sekarang ni.


Candid! Along dan Achik tak sempat nak posing, hehe.


Ahhh... barulah posing betul-betul.


Kanak-kanak ikut Papa Long naik kereta ke rumah Chena, yang remaja jalan kaki je sebab bukannya jauh pun.

Itulah sedikit sebanyak kenangan hari raya di Pulau Melaka. Insyaallah lepas ni kakchik kongsikan kenangan di Berangan pula.

Wassalam.
Related Posts with Thumbnails