Followers

30.6.09

Pening

Assalamualaikum dan salam petang semua. Hai dah pukul 3 lebih baru kakchik ada masa nak kemaskini blog ni. Letih sebenarnya. Letih sungguh rasanya bila kena ke bandar atas urusan tertentu. Memandu dalam keadaan yang sesak dengan kenderaan terutama di kawasan Jalan Pintu Pong yang dekat Mydin tu dan sekitarnya, aduh, boleh buat cepat sakit kepala. Mencari parking pun satu hal juga, beberapa kali pusing akhirnya kakchik parking di belakang Pantai Timur Supermarket. Jauh sikit pun takpelah asalkan dapat parking.

Pagi tadi kakchik dengan dila terpaksa ke bandar (Nagoya) untuk membeli 51m kain langsir untuk Zahra'. Kakchik dah ada rasa sakit kepala sebenarnya tapi sebab nak angkut kain sebanyak tu bukannya ringan dan boleh buat sorang-sorang, jadi senang pergi berkawan. Dah dapat beli kain masa dah hampir pukul 1. Huh! Hampir 2 jam kami kat situ, semuanya gara-gara bersilih ganti terpaksa menukar pilihan kain kerana kain tak cukup. Letih juga asyik berdiri memanjang tambah-tambah kepala dah makin kuat berdenyut.

Balik ke pejabat dah hampir Zohor, terus rehat sekejap untuk hilangkan denyutan. Adalah kurang sikit. Ni semua bercampur-campur dengan kerisauan kakchik pasal MariBaca tu. Staf dan berhenti kerja semalam, hari ni terpaksa tutup. SEDIH. Kalau asyik macam ni, bahaya untuk masa depan kedai kakchik tu. Nak ambil cuti adhoc manalah boleh.

ADA KE SESIAPA KAT KOTA BHARU NI YANG NAK JADI JURUJUAL KAT KEDAI BUKU KAKCHIK? LULUS STPM/SPM, AKHLAK BAIK, PEREMPUAN DAN PERAMAH, SILA HUBUNGI KAKCHIK YA.

Oklah... kakchik mohon Allah bantu kakchik dalam hal ni. Tolong Ya Allah!

Bila sakit kepala macam ni terasa nak makan sekali lagi je MAKARONI SUP ni. Semalam dah makan kat rumah, Ummi yang buatkan. Hmmm memang sedap. Air tangan ibu kita semuanya sedap. Minggu ni kakchik masak dua kali je, itupun untuk sarapan. Bila balik petang-petang, Ummi dah sediakan macam-macam untuk kami, tinggal lagi nak makan je. Ummi, terima kasih banyak ya Ummi. Moga Allah lapangkan hidup Ummi dunia dan akhirat.

Sedapnya... petang ni kakchik pula yang nak masak makaroni sup. Jenis sup ni masak setiap hari pun takpe sebab semua orang suka.

Nak sambung kerja dulu. Wassalam.

29.6.09

Bisnes Mudah Untuk Bantu Keluarga

Assalamualaikum dan salam malam semua. Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua sentiasa di bawah lindungan payung rahmat Allah SWT. Bila dah hampir 2 hari tak kemaskini blog, terasa macam diri ni tertinggal banyak perkara dan peristiwa. Sebenarnya banyak yang kakchik nak kongsikan tapi talian broadband kakchik ni memang TERAMAT LA 'SLOW' sekarang ni. Kalau tak 2.4 Mbps tentu sekadar 3.6Mbps saja kelajuannya, amat menyusahkan sekali kerana kebanyakan web atau blog di internet mempunyai banyak imej dan grafik. Kalau dapat masuk BLOGGER, nak 'upload' gambar punyalah lambat sekali. Boleh terlentuk dulu menunggunya. Jadi kakchik jadi malas nak menulis hinggalah sekarang ni.

Nak cerita sikit kat kawan-kawan semua. Kakchik dah mendaftar sebagai AHLI RORINE sejak 3 16 Jun yang lalu, semalam dah pun terima KAD KEAHLIAN seumur hidup. Sebenarnya dah lama kakchik dok tengok iklan Rorine ni dalam suratkhabar dan kakchik berkenan dengan banyak kasut dan beg-begnya. Lepas tu bila ke KB selalu juga letak kereta kat depan butik Rorine tapi tak pernah la masuk hinggalah 16hb. hari tu. Jadi... sebagai ejen kakchik bolehlah membeli pada harga diskaun dan boleh juga BERBISNES, hehehe.

Sehingga ke hari ni dah 4 kali kakchik berulang-alik ke butik tu sebab kawan dan kenalan dah mula membuat pesanan. Alhamdulillah... kakchik pun tak sangka begitu cepat rangsangannya. Setakat ni juga kakchik dah beli 2 beg dan 2 pasang kasut untuk diri sendiri. Kasut kat bawah ni adalah yang kedua, khas untuk dipakai ke majlis rasmi. Warna kelabu bertumit 2", tinggi sikit tapi samalah tingginya dengan wedges kakchik yang setiap hari dipakai ke pejabat.



Selepas mendaftar hari tu kakchik diberi 2 buah katalog ni. Satu katalog barangan dapur dan keperluan rumah (bawah) dan satu untuk kasut & beg tangan - kasut untuk kanak-kanak dan orang lelaki pun ada banyak pilihan. Abang ipar dah jadi pelanggan pertama membeli sepasang capal berjahit tepi, kemas dan elok je dia pakai.



Yang ni contok mukasurat dalam katalog. Kakchik beli KLS-1619 saiz 4, hari ni baru kakchik mula pakai. Alhamdulillah memang selesa sekali. Selepas kakchik tayang gambar kasut tu kat dalam KAKCHIK'S WARDROBE, sudah 6 pasang kakchik beli kasut yang serupa, dikirim kawan-kawan, hehe. Tak sangka kan.


Yang ni dalam ni pun dah ada yang membeli, kasut yang warna biru tu... siap beli beg warna biru juga, untuk 'matching' katanya.


Bisnes ni kakchik rasa agak mudah dibuat secara sambilan kerana ianya amat dekat di hati wanita. Betul tak kawan-kawan? Lagipun kakchik yang memakainya boleh membuat testimonial sama macam testimoni kakchik pasal abaya/jubah hitam yang selalu kakchik pakai. Orang yang memakai akan lebih mengetahui bagus atau tidak sesuatu produk yang dipakainya.

Selain dari bisnes buku, kakchik memang akan mula membuka cabang bisnes dalam bidang pakaian pula nanti. Itupun hanya fokus kepada pakaian tertentu saja misalnya abaya, beg dan kasut. Allahu'alam akan tercapai atau tidak hasrat hati ni sebab sekarang kakchik masih mempunyai amanah di Zahra' dan juga 4 semester lagi di OUM. Buat masa ni kakchik rasa nak mula perlahan-lahan hinggalah tumpuan dapat diberikan kalau tak 100% pun mungkin 50%.

Dunia bisnes tak pernah jauh dari kita sebab inilah punca rezeki yang juga SUNNAH NABI. 9 dari punca rezeki pun melalui bisnes. Cuma kakchik berharap akan dapat menjadi usahawan yang ISLAMIK dalam berurusan. Agar nanti ZAKAT dapat dibayar kepada yang HAK.

Wassalam.

27.6.09

Bagusnya Guru dalam Laskar Pelangi

Assalamualaikum semua dan salam hujung minggu bagi yang sedang berehat di rumah tu. Petang Sabtu ni kakchik nak kongsi sikit pasal satu filem yang kakchik tonton bersama beberapa orang teman semasa kakchik di MU tempohari. Sebenarnya filem tu dah ada dalam simpanan kakchik sejak beberapa bulan yang lalu cuma tiada masa untuk melihatnya. Oleh kerana hari tu kerja tidak banyak sangat maka kakchik mengambil peluang untuk menonton filem yang telah diadaptasikan dari sebuah buku karya Andrea Hirata bertajuk LASKAR PELANGI.

Asalnya kakchik tengok sendirian tapi bila ada kawan yang juga pernah membaca bukunya begitu teruja sekali bila dia nampak filem yang sedang kakchik tengok, akhirnya penonton jadi bertambah dari seorang menjadi 5 orang. Tonton di laptop saja, hehe.

Subhanallah... memang bagus sekali filem ini. Kakchik entah berapa kali mengalirkan air mata sepanjang menonton filemnya. Walaupun kebanyakan dialog menggunakan bahasa Indonesia, tapi banyak yang masih boleh difahami. Memang patut filem ini 'pecah panggung' kata orang Indonesia atau 'box office'.

Kakchik sarankan para pendidik dan ibu bapa menonton filem ini kerana jiwa kalian pasti tersentuh dengan semangat mendidik anak bangsa dengan iman dan ilmu. Jika kita pernah melalui kehidupan yang sukar atau kemiskinan hidup, pengalaman peritnya mahu mendapatkan wang untuk belajar dan jauhnya perjalanan ke sekolah, pasti jiwa kita akan bangkit. Bangkit dengan semangat LASKAR PELANGI.

Kalau nak beli buku, singgah ke sini: MARIBACA (klik saja)

Kalau mahu nonton ceritanya, sila ke bawah.

























Bagaimana?

26.6.09

Catatan perjalanan.

Assalamualaikum.

Khamis 25/06/09

Seawal pagi kakchik sudah bersiap dengan beberapa pakaian dan telah mengemaskan beg laptop. Semuanya dibawa masuk ke kereta. Pagi ini kakchik akan bertolak ke Manek Urai, ada kerja di sana. Tau-tau saja... sekarang ini musim pilihanraya kecil, maka sedikit kelapangan yang ada ingin kakchik sumbangkan untuk kerja-kerja Islam. Berbekalkan izin suami dan rengekan anak-anak saudara yang ingin ikut serta, kakchik mulakan doa dan perjalanan ke MU. Sebelum itu singgah sebentar di Kampung Sireh untuk mengambil seorang teman. Berdua lebih baik dari berseorangan kan.

Sepanjang perjalanan segalanya berjalan lancar cuma jalan KB - KKrai pada pagi semalam amatlah sibuk. Kenderaan seolah-olah di musim cuti sekolah, bertali-arus hampir sepanjang perjalanan. Kami menganggarkan akan tiba ke destinasi sebelum pukul sebelas tapi akhirnya sampai pukul 11 lebih kerana memandu perlahan. Alhamdulillah... gembira bertemu rakan-rakan seperjuangan yang lain yang telah berhari-hari berkampung di sana. Terharu dan kagum dengan mereka. Kakchik baru kali pertama ke situ.

Posting yang semalam tu kakchik tulis di sana kerana siangnya tiada program dan malam tadi baru kakchik memulakan tugas.

Selepas Asar, kakchik bertemankan seorang junior ingin menziarah kakak kakchik, chenah yang tinggal di Kg. Laloh, juga dalam MU. Bila dah naik kereta, terasa semacam je... macam kereta tu senget, rendah di sebelah kakchik (pemandu). MashaAllah! Pancit lagi rupanya! Hmm... dalam cuaca yang sangat panas kami menelefon Penghulu meminta bantuan. Kakchik tak mampu nak jek tayar naik sebab takde 'jek angin' yang sesuai.


Penghulu telah berjaya menaikkan tayar dan sedang membuka skru. Pakcik jiran pun datang membantu. Terima kasih kepada mereka berdua.

Alhamdulillah Penghulu memang baik hati. Begitu juga dengan pakcik yang berjiran dengan rumah kami. Mereka berdua terutama Penghulu telah bersusah payah menukar tayar kereta kakchik. Alhamdulillah tayar 'spare' masih banyak anginnya. Bila selesai, kakchik ingat nak beri upah kepada Penghulu sebab dia telah bersusah sampai berpeluk sakan, tapi dengan rendah diri beliau menolaknya. Bagi kakchik dia patut menerima upah tu sebab sebelum ni orang di kedai tayar pun kakchik beri upah. Tapi orang yang ikhlas menolong, dia tidak ingin menerimanya. Sebaliknya dia nasihatkan kakchik agar membeli 'jek angin' dan satu pemutar jek yang berbentuk sesiku. Nampaknya balik KB nanti kakchik memang kena membelinya.

Akhirnya hampir 6.40 petang barulah kami menuju ke rumah chenah. Ini kali kedua kakchik ke situ selepas rombongan menghantar chenah ke rumah mertuanya 6 tahun lalu. Lama kan? Itulah kakchik ni, walaupun kakak tinggal senegri tapi nak menziarahi pun jarang sekali.

Bila sampai, Akiff sudah pun tidur sebab keletihan semasa di ambil di taskanya. Sayu hati melihat kakak hanya berdua di rumah yang besar tu. Abang ipar dan Aqim (anak sulung chenah) pula berada di Perak kerana abang ipar kakchik mengajar di sana. Chenah pula mengajar di MRSM Kuala Krai. Petang semalam kami berbuka di rumah chenah dan kakchik buat keputusan untuk bermalam di rumahnya selepas ceramah malam nanti. Selepas solat Maghrib kami kembali ke MU Baru untuk taklimat tugas. Malam tadi kakchik diamanahkan membuat lupitan di program ceramah YB Dato' Muhammad Amar di Kg. Manjor.

Perjalanan kami berdua menuju ke Kg. Manjor rasanya adalah pengalaman pertama bagi kami berdua. Tak akan dilupakan kerana jauhnya jarak kampung tersebut dari jalan utama. Dengan keyakinan bahawa Allah bersama kami, kami beranikan diri dalam kepekatan hutan getah meredah jalan dan jambatan sempit menuju ke kampung tersebut. Mengejutkan! Selepas jauh masuk ke dalam kawasan getah akhirnya kami sampai di Kg. Manjor yang seperti sebuah pekan di tengah hutan. Tak sangka langsung. Kakchik ada ambil gambar, sayangnya 'flash' kamera tidak berfungsi dengan baik, kebanyakan gambar nampak bayang saja. Hakikatnya kampung di dalam hutan getah itu amat padat sekali.

Bekerja sebagai wartawan sambilan ini bukannya ada upah atau gaji tapi yang pasti kami merasakan satu kepuasan kerana serba sedikit dapat berbakti untuk agama dengan kemahiran yang ada. Syukur ke hadrat Ilahi yang mengizinkan kakchik mendapat ilmu dan kemahiran yang berguna sekali. Dapat membantu sedikit pun jadilah. Perjuangan ini ialah perjuangan yang bakal disoal di hadapan Allah nanti, maka lebih baiklah kakchik cuba sebaik mungkin. Betul tak?

Ceramah memang 'best' menyentuh isu-isu akidah dan kepentingan mengutamakan agama dalam segenap jalan kehidupan di samping penjelasan-penjelasan yang berkaitan isu-isu pembangunan di Kelantan. Kelantan telah banyak membangun, terlalu banyak bagi kakchik. Kalau orang Kelantan yang tinggal di negeri lain tidak balik setahun, pasti dia terkejut melihat kebanyakan tempat di Kelantan ini.

Usai ceramah, kami memecut ke rumah kakak. Lagipun sudah lewat malam. Manjor dan Laloh bukannya dekat sangat, walaupun lebih dekat dari MU Baru. Gembira hati bila dapat bermalam di rumah chenah. Terasa macam kakchik menghilangkan rasa 'kesik' mereka berdua. Selepas memindahkan fail-fail rakaman audio ke dalam komputer, minum lewat malam dan membersih diri. Hampir jam 2 pagi barulah kami lena.

Jumaat 26/06/09

Hari ni kakchik terpaksa balik sebab kakchik ada kelas di OUM. Kakchik tidak mahu ketinggalan apa yang dibincangkan di dalam kelas. Bila masa nak membaca kita terlalu terhad maka bagi kakchik tumpuan yang baik dan interaksi positif di dalam kelas adalah amat penting. Bertolak jam 8.30pagi sampai di OUM jam 9.40pagi. Alhamdulillah... dapat hadir semua kelas hari ini. Sebelum balik kakchik singgah di pejabat OUM kerana ada sedikit urusan berkaitan gerai MariBaca sempena Hari Terbuka OUM pada 4 Julai nanti.

InsyaAllah kedai buku kakchik akan membuka gerai jualan. Jadi, JEMPUT KE GERAI MARIBACA di Hari Terbuka OUM nanti Sabtu, 4 julai, 9pg - 5ptg.

Selain itu, kakchik sempat berjumpa dengan ALONG kepada Cikgu Zamani, salah seorang Follower KakChik's Wardrobe. Cikgu Zam... kakchik dah tahu satu rahsia...

Sampai di rumah melepaskan rindu pada orang-orang tersayang. Berjumpa & melayan anak-anak saudara terutama Amni yang ditinggalkan Umminya yang pergi konferens di USM Penang selama 3 hari. Kesian anak saudara kakchik tu, asyik nak dengan kakchik aje... rindu ibunya la tu. Hati puas, gembira dan bermain-main di minda, "JANGAN LUPA... MID TERM EXAM PADA 16, 17 DAN 18 JULAI NI..."

25.6.09

Bernilainya Persahabatan Ini

Assalamualaikum dan salam petang untuk semua. Semoga di saat ini kalian semua dalam keadaan bahagia, ceria dan sihat sentiasa. Hari ini adalah satu hari yang penuh kesyahduan dan perasaan terharu bagi kakchik. Dari pagi lagi beberapa peristiwa yang kakchik lalui menyebabkan sudah beberapa kali air mata ini mengalir. Banyak kali juga hati ini memuja-muji Allah SWT yang begitu hebat dalam mengatur segala apa yang berlaku.

23/06/09 Sucinya sebuah persahabatan.

Pagi tadi hati kakchik cukup sayu melihat cik abe yang agak muram. Mungkin hatinya masih terasa kehilangan sahabat baik dan rakan sekerja yang telah pun berhenti mengajar dan akan menyambung perjuangan hidup beliau di medan ilmu. Kakchik begitu terharu kerana selama ini cik abe jarang ada kawan rapat apatah lagi sahabat yang boleh diajak ke sana ke mari, berbual bersama, makan berjemaah dan beraktiviti bersama. Selama ini kakchik sentiasa mendoakan agar cik abe akan menjalinkan persahabatan dengan lebih ramai orang terutama yang sebaya kerana kakchik telah lama merasai kemanisan persahabatan sebegitu.

Kakchik peluk dia dan beri kata-kata semangat agar cik abe bersemangat untuk ke sekolah dan menerima hakikat dengan hati yang tabah. Sudah adat hidup kan bertemu... kemudian berpisah dan mungkin akan bertemu lagi di suatu hari nanti. "InsyaAllah Yang, suatu hari Yang akan berjumpa lagi dengan dia. Doakanlah dia berjaya dalam pelajarannya. Mungkin Yang akan jumpa kawan baik lain pula lepas ni."

Semangat ya Yang!

20/06/09 Bertemu Sahabat Lama

Petang tu Adik sibuk mengajak kakchik ke KB Mall sebab dia nak beli beberapa keperluan. Dalam kekalutan kami mengejar masa kerana pergi pun dah pukul 6 petang, sampai pula dalam jam 6.30 maka masa untuk berada di sana tentulah pendek tambah-tambah Maghrib pun dalam setengah jam saja lagi. Kaki kami berjalan agak laju ke beberapa kedai yang kami pergi dan bila nak ke Popular, kakchik berjumpa dengan sahabat lama.

MashaAllah.... seronoknya hati tak terkira. Siapa tak gembira kan, kawan yang tinggal berdekatan tapi begitu sukar untuk bertemu lantaran masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Takdir Allah kami bertemu di tepi tangga di KB Mall. Sempat bertanya khabar serba sedikit dan bertukar-tukar no telefon. Alhamdulillah... insyaAllah kini kami kembali bertaut.

23/06/09 A Shoulder to Cry On

Dalam berkawan, kadang-kadang kita bermasalah dan kadang-kadang kawan kita pula yang bermasalah. Bila ada je masalah kita tentu ingin meluahkannya kepada seseorang selain itu kita jangan lupa tempat luahan yang terbaik ialah di hadapan Allah SWT.

Kakchik amat menyayangi sahabat-sahabat kakchik terutamanya sahabat seusrah yang begitu rapat sehinggakan kami saling berkongsi ilmu, tegur-menegur, mengambil berat dan yang paling penting ialah persahabatan itu dikemaskan dengan perjuangan kami untuk melihat Islam ini subur di dalam kehidupan masing-masing dan masyarakat.

Petang itu kakchik sekali lagi terharu apabila seorang sahabat datang menjenguk di pejabat dengan membawa bersamanya bebanan yang hebat. Di atas bahu seorang perempuan sepertinya menggalas pelbagai tanggungjawab dan amanah. Sementelah pula dia adalah seorang yang sentiasa cuba untuk memenuhi tuntutan tersebut. Datangnya dengan wajah yang sugul, terasa sarat dengan tanggungan. Ingin saja rasanya kakchik melegakan hatinya tapi hanya cara itu saja yang kakchik tahu. Mendengar, mendengar dan berkongsi.

Alhamdulillah... dalam tangisan hiba kami masih dapat senyum dan ketawa. Bila dia mahu pulang kakchik lihat wajahnya sudah banyak ceria. Hati kakchik juga merasa amat bersyukur. Terfikir di hati, ya Allah... alangkah besarnya kekuatan persahabatan ini. Saling percaya mempercayai menjadikan hati-hati kami begitu erat sekali. Terima kasih ya Allah.

24/06/09 Berkongsi Gembira

Kakchik dapat merasakan banyak yang kakchik kongsikan dengan sahabat tersayang. Tujuannya ialah untuk mendapat kekuatan diri dan menjadikan diri ini seorang yang ceria dan gembira. Bila kita gembira insya-Allah orang di sekeliling kita juga akan gembira. Semalam, sahabat baik yang jarak usia kami agak jauh datang berkunjung. Inilah sahabat yang kakchik sendiri tidak sangka yang kami akan menjadi begitu akrab... bagi kakchik akrab sebab kami boleh bercerita apa saja di antara kami.

Mungkin eratnya kami kerana ada banyak perkara yang kami mempunyai minat yang sama. Kami sama-sama minat membaca, kami juga sukakan fesyen, hehe, sama-sama pakai niqab, dan rasanya ada lagi persamaan yang lain. Terima kasih ya Allah kerana menghubungkan kami di atas perjalanan hidup ini. Kakchik cukup berterima kasih sekali.

25/06/09 Sahabat Hingga ke Akhir Hayat

Teman-teman tersayang di alam blog ini, kalian juga kakchik harap dapat menjadi teman kakchik hingga ke akhir hayat. Walaupun kita mungkin tidak bertemu di alam nyata kerana jarak yang memisahkan kita, namun kakchik sentiasa mendoakan agar ukhuwah yang telah kita bina ini mendapat manfaat bagi diri kita semua sama ada di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Kakchik berharap benar agar setiap perkongsian di sini mempunyai kebaikan walaupun sekadar tulisan rambang yang tidak ilmiah. Sedikit kisah kehidupan yang bukan contoh terbaik tapi diharapkan menjadi inspirasi kepada orang lain. Mohon kalian semua sudi menjadi sahabat kakchik dunia akhirat.

22.6.09

Tag Dari Ummi Hanie

TAG : AMAL ISLAM

Peraturannya:

Very the easy one ok .
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) COPY gambar amal Islam di bawah.
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.

Penyelesaiannya:


Nombor 1 dah selesai.

Untuk nombor 2 pula, kakchik nak serahkan tag ni kepada:
  1. NORMI
  2. UMMU HANIS
  3. MASAYU
  4. YANMIE
  5. TUKANG CERITA
  6. UMMI @ LIANA
  7. KAK TIRANA
  8. SRI INTAH RH
  9. AWRAPURNAMA
  10. AFITI
Ok, dah selesai. Marilah kita sama-sama menyebarkan Islam dan gaya hidupnya ke seluruh alam. Semoga diri kita semua menjadi hamba Allah yang benar-benar berjaya di dunia dan akhirat.

21.6.09

Pagi Yang Malang

Assalamualaikum dan salam pagi semua.

Alhamdulillah... Terasa lega hati ni bila laptop ni masih lagi dapat berfungsi dengan baik. Tak tahulah kalau kakchik tutup nanti bila nak buka semula dia masih ok atau tidak. Tadi memang berdebar-debar rasanya hati ni bila melihatkan nasib yang menimpa laptop kesayangan ni.
Nak tahu apa yang berlaku?

Minum Pagi

Selepas siap mengecop dan memeriksa suratkhabar hari ni, kakchik terus bergegas masuk ke pejabat. Sebelum sempat memasang laptop dan menghidupkan suisnya kakchik ke pantri untuk membuat segelas air. Sambil-sambil tu bersembang sebentar dengan Dila dan Makcik.

Bila air dah siap, kakchik tinggal sekejap di pantri dan masuk semula ke pejabat untuk memasukkan password di laptop. Lepas tu keluar semula ambil air di luar, bawa masuk pejabat dan kakchik letak berdekatan dengan laptop dalam sejengkal jaraknya.

Di sebelah meja komputer tu ada satu lagi meja yang kakchik letakkan pelbagai koleksi majalah Zahra'. Kakchik ada sedikit kerja yang memerlukan kakchik membaca kembali majalah Dara.com yang tersusun kat atas meja tu. Apa lagi, kakchik pun angkatlah satu susunan koleksi tahun 2006 dan letak kat hujung bucu meja. Sebelum tu kakchik ada ambil senaskah majalah iSihat dan letakkan atas laptop menutupi keyboard.

Tiba-tiba!

Alamak!

Susunan majalah Dara .com terbalik dan mengenai gelas air. Dan apa lagi gelas pun terbalik terus keluar segala air, tumpah ke atas laptop ni, huhu dan bergenang di atas meja dan lantai di bawahnya. Alhamdulillah kakchik tak panik dan dengan pantas mengalihkan pelbagai alatan elektrik yang sememangnya ada banyak berdekatan meja komputer tu.


Laptop terpaksa diletak begini untuk keluarkan air. Tuala di bawah untuk menyerapnya. Kesian laptop kakchik.

MashaAllah.... bergenang air kat atas iSihat dan semestinya mengenai keyboard laptop. Ya Allah! Mohon janganlah air masuk ke dalam laptop ni. Tahu sajalah air manis masuk dalam ni tentu akan ada kesan sampingan nanti. Mohon dijauhkan...

Dipendekkan cerita, akhirnya kakchik masih dapat menggunakan laptop ni.

Kesian Makcik

Bila dah bergenang air manis kat dalam pejabat ni terpaksalah pula memanggil Makcik untuk mencuci dan mop lantai. Sebenarnya kakchik nak buat sendiri tanpa memberitahu dia apa yang kakchik nak buat dengan mop tapi Makcik memang baik hati, dia nak bersihkan juga. Jadi kakchik kompromi dengan dia, kami sama-sama membersihkan tumpahan tu.


Keadaan selepas kami siap membersih. Nampak susunan majalah di hujung tu?

Sekarang semuanya dah clear dan bolehlah kakchik kembali sambung kerja. Laptop kakchik dah alih ke meja kerja. tadi kakchik letak di depan LCD tu. Keyboard tu sepatutnya dalam laci tapi diangkat ke atas untuk mengeringkan bahagian laci.

Hai Dara.com, kenapalah engkau terbalik?

19.6.09

Masakan Hari Jumaat.

Salam Jumaat untuk semua teman-teman di mana saja berada. Burp... alhamdulillah... lega bila dah selesai makan tengahari kan. Rasanya kebanyakan dari kita sudah atau pun sedang menikmati hidangan tengahari kita. Hari ni kakchik takde tutorial jadi dapatlah menolong Ummi di dapur. Banyak juga yang kami masak tadi tapi kakchik cuma nak kongsi 2 gambar je.

Lauk utama kami hari ni ialah Daging Goreng Kampung atau pun senang kami panggil daging goreng bawang lada. Mungkin sebab bahannya hanyalah daging, kunyit, garama, bawang besar dan lada hidup/hijau. Sangat senang memasak lauk ini dan sedap pula dimakan bersama nasi panas dan beberapa hidangan sampingan yang lain.


Masakan sayur pula ialah Sayur Lemak Sawi. Huhu... baunya aje sudah cukup menggoda selera. Ditambah pula dengan ikan goreng atau ayam goreng panas-panas, memang tak ingat orang keliling kelalang dah.


Selain dari 2 hidangan ni, kami juga sediakan sambal pedas, ulam-ulaman dan juga budu. Yang budu tu takde lah pula kakchik makan, hehe.

Lepas ni kakchik nak keluar, ada usrah bersama kawan-kawan di Kubang Kerian. Itulah sekali sebulan nak juga menghadiri program ilmu begini agar jiwa ini mendapat pengisian rohani dan kekuatan iman. Menghadiri kuliah agama tu satu hal mesti juga pergi kalau ada kesempatan tapi berusrah ni seperti menservis diri sekali sebulan. Iman kita sentiasa turun naik, sebab itulah kita kena selalu dekat dengan orang-orang yang mencintai ilmu dan Islam. Barulah diri kita makin dekat dengan Allah dan tidak hanyut dibawa kelalaian hidup.

Ok, kalau lepas usrah nanti ada cerita menarik, kakchik akan kongsikan di sini.

Wassalam.

18.6.09

Terima kasih Suzi, Sha & Srikandi (3S)

Assalamualaikum dan salam petang semua. Dah makan tengahari ke? Harap-harap semua dah makan ya. Kakchik belum makan lagi sebab tadi ada makan ayam panggang setengah peha dan french fries di ayamas. Jadi masih kenyang lagi. Lagipun, kalau hari cuti macam ni selalunya lambat sikit rasa lapar.

Hari ni kakchik nak tampalkan 3 hadiah yang kakchik terima dari teman-teman.

Hadiah SAHABAT ini kakchik terima dari SUZI yang kini bermusafir di negara OZ. Terima kasih ya Suzi. Suka kakchik tengok gambar ni. Terasa beginilah gambarannya persahabatan di antara kita. Ianya mungkin akan lebih erat jika kita dapat bersua muka kan.



Hadiah seterusnya kakchik terima dari SHA yang kini mengajar di Perak. Orangnya sukakan kraftangan dan memang menerima tempahan. Terima kasih juga untuk Sha yang sudi berkongsi hadiah ini dengan kakchik. AWARD NENO'S ni nampak Abstrak!



Dan yang terakhir sekali ialah hadiah yang agak lama kakchik terima, mungkin bulan lepas tapi kakchik baru berkesempatan hari ni menampalnya di sini. BERTUAH AWARD 2009 ini ialah dari Medan, Indonesia. Terima kasih adik ya. Kakchik memang rasa bertuah kerana dapat mengenali adik.



Sebagai tanda terima kasih kakchik kepada kalian bertiga, kakchik titipkan kad ini untuk kenang-kenangan. Diharap kalian sudi menerimanya.


16.6.09

Beli-belah Uniform Zahra'

Assalamualaikum dan salam petang semua. Ceria-ceria selalu ya... kalau ada gundah gulana, marilah singgah di 'rumah' Kakchik ni, insya-Allah ceria sikit hidup hari ni, hehehe. Semalam kami rancang nak ke kedai kain mencari kain untuk uniform baru kami tapi Kak Mar pula kurang sihat jadi pagi tadi baru kami dapat keluar. Keluar shopping di waktu kerja, siapa yang tak seronok kan? Kami cuma ada masa 1 jam untuk membeli-belah sebab di Zahra' ni tinggal warga tua semuanya, hehe.

Cadangannya hendak ke Nagoya tapi bila tiada parking kami melencong ke hadapan Kelantan Silk Store (KSS) dan sudah rezeki kami mendapat parking betul-betul di hadapan pintu utama Butik Rorine, jiran KSS. Alhamdulillah... tidak perlu kami berjalan jauh. Apa lagi, kami terus je masuk ke KSS dan mulalah 'kelabu mata' melihat segala macam pilihan kain.

Kali ni kami mencari kain yang kehijauan. Kat atas tu ialah pilihan pertama kami. Sayangnya tidak cukup meter untuk 4 orang staf perempuan. Huhu, kenalah pilih lagi. Susah juga ya nak mencari yang semua berkenan dan cukup meter. Maklum saja sekarang ni orang dah mula membeli kain untuk baju raya. Banyak kain yang cantik sudah pun tinggal hujung-hujung.

Selepas puas memilih, kami jumpa beberapa corak yang sesuai. Sebelum ni uniform kami ialah warna biru laut dan selepas itu warna coklat kekuningan. Akhirnya inilah pilihan kami, RM56 sepasang (4m). Warna sebenar lebih gelap tapi di bawah flash kamera jadi nampak buruk pula. Boleh la asalkan semua orang setuju.


Sambil menunggu pekerja memotong kain untuk baju kemeja CikMat dan CikAziz, Kakchik sempat tengok Jurufesyen KSS menghias patung dengan kain yang baru sampai. Kreatif juga...


Sebelah Kelantan Silk Store tu ada butik Rorine dan sementelah pula Kakchik parking kereta betul-betul depan pintu utamanya. Kami bertiga pun apa lagi, masuk le... Memang dah lama juga Kakchik berhajat nak menjadi ahli Rorine ni sejak ternampak iklan barangannya dalam suratkhabar. Harganya pun agak murah dan hari ni kami dapat diskaun 20%. Kakchik beli beg dan sepasang kasut. Jangan marah ya...


Selepas keluar dari Rorine, masa masih banyak jadi kami singgah pula di Mydin kerana Dila nak belikan anak patung tu untuk anak kesayangannya, Nuha. Katanya saiz badan Nuha dengan anak patung tu sama je, hehe kalau Nuha dakap memang Kakchik rasa sama tinggi je dengan dia. Seronoklah Nuha nanti dapat hadiah dari Mamanya.

Sementara Dila dan Kak Mar membayar barangan mereka di kaunter Mydin, Kakchik tunggu mereka di luar sambil melihat-lihat suasana pusat bandar ni. Kelihatannya bangunan Giant akan siap tak lama lagi. Tengok tu... kubahnya dah siap (hijau-kuning di sudut atas, kiri). Makin sesak la KB selepas ni.


Sempat la posing sekejap di luar Mydin. Saja je nak rakam kenangan keluar membeli-belah di waktu pejabat, hehehe. Kakchik pakai abaya terbaru ni. Kalau ada sesiapa yang berkenan, Kakchik nak jual. Harga asalnya RM139.00.


Oleh kerana Dila berhajat nak makan nasi 'atas kedai' maka dia pun ke Pasar Siti Khadijah. Kakchik tak lapar sangat dan Kak Mar pulak dah bawa bekal jadi dia hanya kirim Sup Perut dan Kakchik pula kirim Jagung Rebus (gambar kat bawah). Jagung ni dimakan bersama kelapa parut dan gula. Gambar kiri tu sebelum digaul dan bila nak makan, Kakchik gaul rata macam gambar di sebelah kanan. Alhamdulillah... kenyang makan jagung ni.


Entah dengan siapa Kakchik nak tempah jahit baju ni? Tukang jahit yang selalu ambil tempahan Kakchik pun dah bagitau yang dia dah tak terima tempahan kerana sudah terlalu banyak tempahan baju kahwin dan baju raya. Ni yang nak kena fikir ni...

14.6.09

Oh, mengantuknya...

Allahu Akbar!

Tolonglah mata, janganlah terlelap.

Banyak lagi kerja yang nak disiapkan.

Kan tak sempat pulak nak cetak.

Esok mahu hantar.

Kalau poster tak siap, kerja lain pun akan jadi lambat.

Hai... kenapalah hari ni sunyi sangat?

Selalunya bising la juga dengan kereta lalu lalang.

Kalau terus macam ni...

alamat kena geliat-geliat la pulak.

Huhuhu, basuh muka la sikit.

Padahal tadi baru je ambil wudhu' untuk solat.

Beginilah kalau perut kenyang.

Itupun makan separuh je...

Entah macamana kalau habis satu mangkuk.

Agaknya terus terkandas di atas sejadah.

Oh, mataku...

Bersabarlah sekejap.

Jom ajak kaki jalan-jalan kat luar.

Mungkin mengantuk ni akan hilang.

Alangkah seronoknya kalau boleh berendam barang sebentar.

Di air yang sejuk,

barulah badan jadi segar.

13.6.09

Macam-macam perasaan

Assalamualaikum dan salam pagi semua.

hmmm.... nak mula macamana ni? Dari semalam lagi asyik tulis sebaris tak jadi, dan dok termenung je tengok skrin.

Mungkin sebab mental dan fizikal yang letih menyebabkan kakchik kepupusan idea nak menulis.

Mungkin juga kerana di dalam minda kakchik ni terlalu banyak cabang perkara yang sedang difikirkan. Kalau buat mind mapping ni mungkin kalah sarang labah-labah.

Adoi la... perasaan pun ada macam-macam. Ada rasa sedih, ada rasa geram, ada rasa terima kasih, ada rasa terkilan, ada rasa takut, ada rasa malu - semuanya berkecamuk sekarang ni tapi yang paling pasti, kakchik masih dapat bertenang. Alhamdulillah. Insya-Allah segalanya ada penyelesaian. Oh, terlupa... rasa menyampah pun ada.

Saja je nak lepaskan tension sekejap. Kalau tak lepas nanti kan meleret pulak... kakchik ni jenis yang nak cepat hilangkan perasaan yang negatif sebab ia akan melambatkan segala kerja. Lebih baik banyak perasaan positif barulah semangat je nak buat apa-apa. Sebab tu wajah nak kena selalu ceria. Kalau ada masalah sikit, tentu orang lain boleh rasa TAPI MUNGKIN BUAT-BUAT TAK FAHAM saja.

Yang paling atas dalam fikiran kakchik sekarang ni ialah MARIBACA. Kalau kakchik ni jenis tak fikir panjang, agaknya dah banyak kali kakchik ni merajuk. Kesian kat kedai kakchik tu... kalau staf bercuti alamak meranalah dia. Kakchik pun tak kan nak selalu ambil cuti kan... inilah susahnya kalau bekerja dan ada bisnes pulak. Dulu ingatkan ORANG-ORANG TERDEKAT akan cuba membantu tapi bila dah masing-masing SIBUK, dalam saat-saat adhoc terpaksalah memendam rasa dan usahalah sendiri. Kalau IKUTkan HATI, nak saja rasanya BERHENTI KERJA tapi cukupkah hanya dengan GAJI CIK ABE sorang? Itulah masalahnya.

Dalam kehidupan yang belum betul-betul stabil ni, kakchik akan usaha juga menambah pendapatan. Hajat di hati nak buat umrah tahun depan, nak naik haji tu mungkin lambat sikit. Tapi yang prioriti sekarang ni ialah HUTANG WAJIB DIBAYAR. Kakchik nak selesaikan dulu hutang-hutang dengan penerbit buku dan juga hutang dengan bank (kereta). Mana boleh nak bersenang-senang saja sedangkan hutang-hutang tu belum langsai kan?

Bagi kakchik, kita WAJIB BERTANGGUNGJAWAB atas setiap urusan yang kita pikul. Misalnya kalau ambil barang orang dengan kredit, SEBOLEH MUNGKIN kita usaha membayarnya dengan segera. Kalau tak boleh bayar cepat, maklumkan kepada pemiliknya bukan berdiam diri saja. Diam dalam situasi begini langsung tak akan menyelesaikan masalah malah menambah masalah seperti, orang akan hilang kepercayaan kepada kita, buat tanggapan buruk, meluat dengan kita, benci dengan kita dan boleh jadi membawa mulut pasal kita. Itulah yang kakchik bimbang sebab kakchik tahu Allah tak suka sikap begitu. Moga-moga dijauhkanlah sikap begitu dari diri kakchik.

Gitulah dulu... kepala pun masih sakit lagi ni sejak 2 hari lepas. Kat luar tu bunyi riuh-rendah staf lain sedang minum pagi. Kakchik pun nak rehat sambil minum susu sekejap. Dah lega sikit, hehehe.

(Gambar kat atas sekali tu, gambaran pagi tadi... sekarang dah COOL)

11.6.09

Melayan Buku dan Pelanggan

Assalamualaikum semua... ah, baru ada masa nak update blog. Apa khabar? Kakchik sihat-sihat saja. Sekarang ni kakchik di MariBaca, menguruskan kedai. Dah 4 hari kedai bertutup sampai pelanggan pun dah mula menelefon bertanya khabar. Isyk, susah jugak bila takde pembantu kan. Sepupu kakchik bercuti 2 minggu sebab baru berkahwin 3 hari lepas. Dalam kesihatan yang tak menentu dan ketiadaan pekerja ni, MariBaca menjadi mangsa. Kakchik ingatkan balik dari KL dapatlah kakchik uruskan kedai ni tapi segalanya tergendala.

Apapun, hari ni kebetulan kakchik memang tak keje dan dengan semangat berkobar kakchik buka kedai pagi-pagi lagi. Eheh, takde lah pagi sangat tapi awal setengah jam dari biasa. Dah lah pagi tadi budak-budak semua nak ikut sama, sampai terpaksa pujuk sakan. Kesian campur gelihati tengok air muka sorang-sorang. Iffah dengan mata merahnya, Nana dengan buku Barneynya dan Ameerah dengan hidung berair, lebih dulu turun ke bawah menunggu kakchik di luar rumah. Alahai ... kesian sungguh, tapi hari ni memang kakchik tak boleh nak bawa diorang. Susah nanti kat kedai tu. Bukannya diorang boleh tahan lama kat kedai. Akhirnya termakan pujuk juga... dengan syarat masing-masing nak buku sticker. Aduh... boleh pokai tuan kedai kalau cam ni.

Alhamdulillah... kiranya bagus juga kakchik buka kedai hari ni. Ada buku baru sampai dan pelanggan pun agak ramai. Ramai pelanggan tetap yang datang bertanya khabar, risau takut kakchik tutup kedai, hehehe, minta dijauhkan Allah... insya-Allah MariBaca akan terus berkembang walaupun ekonomi kurang baik sekarang ni. Walau apa pun yang berlaku, kakchik akan cuba sebaik mungkin untuk pastikan kedai buku kesayangan ni kekal di sini dan berkembang ke tempat lain.

Wassalam.

10.6.09

Letihnya dengan kenduri-kendara

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua... Apa khabar hari ni? Masih banyak lagi ke jemputan kenduri yang perlu dipenuhi? Sabarlah ya... beginilah hakikat musim cuti sekolah di negara kita ni. Masa ni lah ramai orang mengambil peluang mengadakan kenduri-kendara. Kat Kelantan ni sejak awal cuti sekolah hinggalah hari ni masih lagi sesak dengan kenderaan terutama di jalan-jalan utama ke bandar. Isyk, naik letih juga makan JEM hari-hari.

Kakchik pun ada banyak jemputan kenduri jauh dan dekat tapi banyak juga yang kakchik terpaksa tak hadir kerana berada di KL sebelum ni dan kesihatan yang tak mengizinkan. Ada yang hanya Cik Abe sorang yang pergi dan kakchik hanya sempat pergi ke kenduri sepupu dua beradik yang mengadakan walimah mereka semalam. Kebanyakan jemputan yang kakchik tak dapat hadir, kakchik telefon mohon maaf tapi ada dua yang kakchik terlepas tapi masih tak dapat berhubung dengan pengantin. Maafkan kakchik ya YUSEREE dan HAFIZ. Untuk kesemuanya kakchik doakan kalian semakin matang dalam melalui fasa baru dalam kehidupan agar sentiasa berbahagia bersama pasangan masing-masing dan tidak lupa peranan dan tanggungjawab dalam menjadikan rumahtangga masing-masing rumahtangga Muslim seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad saw. Selamat Pengantin Baru!

Di Zahra' pula kakitangan silih berganti mengambil cuti kebanyakannya kerana kenduri sanak-saudara. Ye lah kan, tak kan tak mahu tolong-menolong di waktu ini sedangkan semasa kenduri kita dulu pun saudara-mara turut bercuti dan meluangkan masa membantu memeriahkan majlis kita. Nasib baik pengunjung tidaklah begitu ramai. Tenang dan damai saja suasana di dalam perpustakaan. Kakchik pun tak masuk ke pejabat sendiri tapi duduk di Kaunter Informasi menggantikan Dila dan Kak Mar. Hari ni tinggal 3 staf je kerana yang 3 orang lagi bercuti. Bersabarlah... keadaan ini akan kembali seperti biasa mulai minggu depan bila sekolah dah buka.

Hmm... tu nampaknya dah mula ramai adik-adik datang untuk membaca dan mengulangkaji, kakchik pun nak minum air lah sekejap. Sampai sini dulu ya. Hari ni kita baca buku, The Psychology of Selling oleh Brian Tracy.

8.6.09

Mulakan dengan semangat baru

Assalamualaikum dan salam pagi semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera sentiasa. Kakchik juga berharap diri kakchik dan keluarga turut sentiasa dalam keadaan baik dan gembira selalu walaupun kadang-kadang ujian datang bertandang. Tapi, inilah kehidupan yang perlu ditempuhi bagi mendewasakan diri dan membina peribadi yang lebih baik sama ada di sisi insan lain ataupun di sisi Allah SWT.

Kakchik, alhamdulillah rasanya sudah banyak berehat dan ingin bangkit seperti hari-hari sebelum ini yang ceria malah akan lebih bersemangat berbanding sebelum ini. Akan dijadikan kenangan dan pengajaran akan apa yang telah berlaku. Biar diri menjadi manusia yang lebih berhati-hati dan tabah. Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Mungkin diri yang mengalami sahaja yang betul-betul memahami. Tapi itu episod semalam, jom kita bina sejarah baru yang lebih gembira.

Hari ni kakchik masih punya sehari untuk berehat di rumah kerana esok kakchik akan kembali bekerja seperti biasa. Insya-Allah sudah terbayang kerja-kerja yang bakal menghilangkan kebosanan dan me'ralit'kan kakchik. Kawan-kawan yang sedang bercuti, makan angin di mana-mana tu tentu mendapat pengalaman yang sangat menyeronokkan bersama orang tersayang. Mungkin kakchik pun akan mencari peluang untuk bercuti bersama cik abe. Insya-Allah jika kewangan dan masa mengizinkan.

Jadi... azam untuk hari ni, MESTI SENYUM dan CERGAS.

7.6.09

Akhirnya terjawab

Assalamualaikum teman-teman tersayang.

Dalam keadaan badan yang masih tidak berapa sihat ini kakchik ingin juga cepat-cepat menulis entri ini agar perkhabaran sebenar ini akan segera sampai kepada kalian.

Selepas peristiwa turun darah semalam, hari ni kakchik sudah pun mendapat jawapan sebenar atas apa yang berlaku. Selama 9 minggu kakchik TELAH PERCAYA yang kakchik mengandung tapi hari ni dalam kesedihan kakchik terpaksa menerima berita bahawa kakchik sebenarnya TIDAK MENGANDUNG. Segala simptom yang berlaku selama ini hanyalah FALSE PREGNANCY.

Kata kakak, sayangnya kakchik tidak cek secara klinikal sebelum ini kerana ia akan memastikan sama ada kakchik betul-betul hamil atau tidak. Kakchik tidak ke klinik kerana ingin menunggu betul-betul melepasi tempoh 9 minggu bagi mengesahkannya. Membuat sendiri ujian dengan alat ujian kehamilan 2 minggu lepas menunjukkan jawapan POSITIF jadi kakchik biarkan sehingga kakak pulang dari Macau dan kakchik balik dari KL sebelum membuat ujian di klinik. Tapi petang semalam darah turun dengan banyak bersama ketulan-ketulan kecil secara mengejut. Habis pakaian dibasahi darah. Nasib baik kakchik sempat berlari ke bilik air kerana semasa ia berlaku kakchik sedang bersembang dengan abang sulung yang akan bertolak ke airport untuk balik ke KL. Kalau tidak tentu lencun sofa di ruang tamu.

Dengan itu kakchik MOHON BERBANYAK KEMAAFAN kerana telah membuatkan kalian semua percaya yang kakchik mengandung. Memang berat hati dan MALU pula rasanya bila ramai orang telah menghulurkan DOA dan UCAP SELAMAT sedangkan inilah yang sebenarnya.

Walaupun sedih dengan berita ini, kakchik dan cik abe akan menerima kenyataan ini dengan hati terbuka dan berbaik sangka dengan Allah Ta'ala. Kami hanya berusaha, Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

p/s: Jika ada yang bertanya kenapa menunggu 9 minggu untuk mengesahkannya, kakchik mempunyai alasan lain yang berkait rapat dengan pengalaman sebelum ini. Biarlah ia di antara kakchik dengan ahli keluarga sahaja yang tahu. Kakchik masih fobia.

Jangan Bersedih


Duhai hati, janganlah bersedih. Insya-Allah setelah kesulitan ini pasti akan ada kemudahan di kemudian hari. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hadid, ayat 22 yang bermaksud:

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya..."


Insya-Allah... Allah akan menggantikan yang lebih baik.

FirmanNya yang bermaksud:

"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan."
(Ar-Ra'd: 24)

Ya Allah! Mohon ampun kerana aku bersedih.

4.6.09

Harumnya Roti Canai Restoran Syedina



Assalamualaikum semua. Salam cuti sekolah kepada semua yang sedang bercuti dan Selamat Pengantin Baru kepada semua yang akan mengangkat ijab & qabul begitu juga kepada para ibu bapa yang bakal menerima menantu. Semoga semuanya berlangsung dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama.

Kakchik hari ni bersiaran dari bumi Shah Alam, Selangor sempena bertugas untuk Muktamar Muslimat. Macam biasa la kakchik kerjanya di bahagian yang sentiasa menggunakan kamera dan komputer. Invisible individuals yang bergerak di tingkat atas dewan.

Oklah, apa yang kakchik nak kongsi ialah sarapan pagi tadi. Aduh... harum sungguh bau kuah roti canai di restoran yang kami singgah. Tapi sayangnya kakchik tak berselera untuk menjamahnya. Sekadar meminum segelas milo panas (melanggar boikot hari ni sebab takde vico kat situ dan kakchik pulak tak minum kopi atau teh). Minum lah juga untuk tenaga.

Sekarang ni masih di Dewan MBSA sementara menanti sidang muktamar selesai sebentar lagi. Lepas tu barulah kakchik akan balik bersama rakan setugas ke rumah penginapan sementara iaitu di Sentul. Jauh la jugak...

2.6.09

Kek Keladi

Assalamualaikum dan salam petang semua.

Terasa macam lama tak sembang-sembang kat sini padahal semalam dah menulis, hehehe. Rindu kat kalian sebenarnya. Tentu ramai yang dah mula bertolak sama ada balik kampung, makan angin di mana-mana tempat percutian dalam atau luar negara (eh, kak e akan ke Medan kan?). Seronoknya kalian... kakchik juga yang masih di sini. Tapi, mungkin esok atau lusa kakchik juga nak gi makan angin, sambil bekerja.


Sekarang ni sambil tulis-tulis ni kakchik dok makan kek keladi. Kek yang Dila beli untuk jamuan minum teh kat pejabat ni. Mmmm.... sedap la kek ni. Khabarnya dibuat oleh pembuat kek terkenal di daerah Bachok, iaitu Kak Na. Rupanya Kak Mar pun pernah belajar buat kek dengan dia. Kata Kak Mar, Kak Na tu buat kek keladi ni menggunakan keladi yang asli, dibeli dari pembekal khusus. Memang sedap la... alhamdulillah, syukur dapat makan ni. Rezeki hari ni. Lepas makan kek, nak makan pisang sebiji lepas tu minum air suam. Cukup la tu.

Bandar KB ni bila cuti je, memang jem teruk. Kalau ada urusan yang terpaksa ke bandar, adui malasnya terasa. Masalah yang utama ialah nak parking kereta. Huhuhu, letih la berpusing-pusing, nasib baik KB tu jenis berpusat, kalau kena jalan kaki takdelah letih sangat. Orang Kelantan yang dok di luar balik bercuti, orang negeri lain pulak datang bercuti... pakat datang makan angin sambil beli-belah. Maklum la kan barangan & makanan masih lagi murah kat sini.

Kat rumah kakchik pun makin sesak dengan ahli keluarga jauh & dekat yang balik. Semalam kakak yang di Kuala Krai 4 beranak balik. Malam ni Abang long yang di Bangi juga 4 beranak akan balik. Entah sapa yang nak ambil diorang di airport tu. Kakchik ada meeting. Tengok-tengok Ayah jugalah tu yang pergi ambilnya. Kakak yang bercuti ke Macau pulak akan balik esok. Bak kata rumah yang dah meriah akan gegak gempita la lepas ni. Eheh, tak sabar sebenarnya nak berkumpul ramai-ramai ni tambah-tambah kenduri-kendara sedara-mara pun banyak ni.

Seronok kan dapat CUTI.

1.6.09

Mee Kari Berapi

Assalamualaikum dan salam tengahari semua. Perut dah lapar ya? Samalah kita tapi kakchik malas la nak keluar gi beli makanan. Lagipun baru je minum Vico satu mug. Bukan lapar sangat pun.

Oleh kerana waktu ni ialah waktu orang sibuk nak makan, kakchik nak kongsikan masakan yang kakchik masak pukul 12 malam tadi. Selepas siap kemas-kemas semua buku kat tapak pesta tu kakchik dan cik abe dengan kereta masing-masing mengangkut semua kotak, meja dan rak buku balik ke MariBaca. Malam tadi kan pesta buku dan berakhir. Sampai kat rumah dah dekat jam 12 malam. Masa tu rasa lapar sangat. Bukan takde nasi kat dapur tu... lauk-pauk pun masih ada tapi kakchik memang tak akan makan nasi kalau dah lebih dari jam 9 malam.

Teringat la yang stok mamee segera masih ada. 2 pilihan, perasa sayur atau kari berapi. Lidah pilih nak makan kari la... maka terjadilah MEE KARI BERAPI...


Masak sebungkus je. Tambah sayur, isi ayam, chicken meatballs dan telur. Kemudian tabur cili padi & perah limau nipis, waduh.... sedap bangat sih.


Close up sikit.

Kakchik dengan cik abe, itupun tak habis juga... sedap memang la sedap tapi jauh-jauh malam, perut kakchik ni mana boleh diisi banyak. Cik abe pulak mungkin dah makan di rumah kawan dia sebelum balik ke rumah. Kalau tak, tentu licin dia makan.

SO... SELAMAT MAKAN TENGAHARI!

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs