Followers

30.4.09

Letih

Assalamualaikum kepada Cik Abe di rumah tu dan semua pengunjung Keluargaku Sayang. Kepada teman-teman terutamanya, terima kasih banyak ya kerana masih sudi singgah walaupun tuan rumah takde.


Oleh sebab habis sakit badan kakchik selepas naik bas semalam, tadi pagi kakchik berehat-reha je kat rumah abang sambil sembang-sembang dengan kak ipar. Pukul 12 baru kakchik dan angah keluar ke stesen bas Kg. Melayu Subang untuk ke KL Central. Stesen bas tu lah yang paling dekat dengan rumah abang tapi sebenarnya jauh la jugak nak keluar dari rumahnya ke situ.


Selepas makan tengahari dan solat di KLCentral jam 3 petang baru kami naik Rapid KL ke MPH. Turun di stesen Taman Jaya terus cari teksi untuk ke gudang MPH tu. Masuk jauh ke dalam la jugak. Nampaknya nak keluar nanti kenalah kami jalan jauh untuk cari teksi sebab kata pemandu teksi tu jarang-jarang diorang masuk ke situ.


Bila sampai orang dah agak ramai tapi kebanyakannya keturunan Cina. Orang Melayu tak ramai mungkin sebab hampir keseluruhan buku yang dijual dalam Bahasa Inggeris. Ada buku-buku Melayu terutama yang berkenaan cara nak buat duit atau nak jadi jutawan tulisan Azizi Ali dan juga Irfan Khairi.


Kakchik datang nak cari buku-buku untuk bayi dan awal kanak-kanak tapi sedihnya tak banyak pilihan. Kalau ada pun kebanyakannya mengandungi unsur-unsur Kristianisasi. Memang tak sesuai langsunglah nak beli.


Jadi kakchik tukar pilihan kepada membeli novel-novel untuk menambah koleksi buku-buku sewa di MariBaca. Dari harga biasa RM34 - RM39 sebuah menjadi RM18 - RM20 sebuah. Boleh tahan la kan tu. Kakchik beli dalam 14 buah. Tak puas hati lagi tu... hehehe.


Selain tu mata sibuk juga mencari buku-buku resepi. Cari buku pasal roti, jumpa sebuah je. Tanya pekerja MPH, rupanya memang takde... beli ajelah yang sebuah tu dan juga buku kat bawah ni. Nampak menarik dan mudah-mudah je resepi kat dalam tu.


Buku kanak-kanak memang banyak tapi bagi kakchik memang tak sesuai nak promo kat pelanggan sebab terlalu banyak unsur kemewahan, hidup sosial, peperangan, keseronokan, parti dan sebagainya yang banyak dijual untuk kanak-kanak sekolah rendah dan awal remaja. Memang kakchik tak akan beli atau jual.


Selepas berhabis RM622 dan tangan dah lenguh mengangkat raga yang berat tu kami pun terhegeh-hegeh ke jalan besar mencari teksi. Mak oiii... letihnya berjalan kaki. Nasib baiklah anak sedara kakchik tu memang baik hati. Ditolong makciknya mengangkat plastik-plastik tu. Sampai kat rumah dah jam 7 petang.

Letih.

KakChik di Shah Alam

Assalamualaikum semua. Harap kawan-kawan semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Maaflah ya semalam langsung tak update blog. Banyak sungguh keje yang nak kena settle sebab malam tadi dah bertolak ke sini. Hehehe sapa-sapa yang ada kat sini dan KL tu kalau nak jumpa boleh lah... tapi kakchik takde transport ni, kena naik bas, teksi @ komuter je... (ada ke orang yang nak bagi tumpang ni?)

Kakchik datang ni menumpang di rumah abang no. 2 di S.Alam dan ingatnya nak heret anak sedara sorang tu ikut kakchik gi MPH Warehouse Sale di PJ tu. Tengoklah... abahnya dah bagi green light, dia je belum bagi keputusan tu.

Pagi tadi sampai di stesen bas seksyen 17 lebih kurang jam 6.15 pagi terus kakchik bergegas ke surau untuk solat. Yang sedihnya kakchik sorang ye Muslimah yang solat Subuh. Agaknya semua yang lain tu 'uzur' la kot. Tapi salute untuk penumpang lelaki sebab surau mereka penuh je, siap ada solat jemaah lagi. Lama kakchik kat dalam suarau tu dekat nak jam 6.30 baru ada 4 orang nenek datang nak solat Subuh. Kakchik kata 'nenek' sebab mereka semua memang warga emas. Mana pergi ek orang-orang muda ... mmmm pelik jugak.

Ok, lah itu saja untuk hari ni. Insya-Allah nanti kakchik update lagi kalau sempat.

JOM KE MPH WAREHOUSE SALE! Dah pergi PBAKL pun tak apa lah... stretch la budget sikit lagi, hehehe. Bye.

28.4.09

Sebelum Kita Lena

Kakchik dah nak tidur ni. Ada 3 minit lagi ke pukul 12 malam, jadi sebelum mata terlena, doa nak tidur pun dah baca, mungkin elok juga kalau sambil-sambil minda kita mengingati nama-nama Allah, Asma Allah ul-Husna.



Wassalam.

Chicken Rolls - Aduhai Laparnya.



Balik dari KB tadi dah pun jam 1 lebih sikit. Memang berpeluh-peluh kami berdua sebab cuaca sangat panas. Perut pun dah lapar. Kat bandar tadi, masa lalu kat kedai-kedai di tepi stesen bas bandar untuk pergi beli tiket, kami masuk ke BREAD HOME untuk 'cuci mata'. Maklum... lama sungguh tak lalu kat situ. Perut yang lapar jadi makin lapar melihat begitu banyak pastri dan roti kat situ. Apa lagi, kami pun belilah CHICKEN ROLLS untuk setiap orang kat Zahra' tu. Kononnya untuk minum petang, hehehe. Panas-panas lagi dan kata Kak Ma dan Dila, MEMANG SEDAP! Berbaloi kami beli tadi. Kakchik belum cuba sebab dah ada nasi. Simpan makan petang nanti lah.


Tiket bas untuk ke Shah Alam pun dah beli. RM45! PUNYALAH MAHAL! Tak sangka setahun tak naik bas, dah begini tinggi harganya. Insya-Allah kakchik naik bas di Pengkalan Chepa esok malam jam 9 dan akan terus ke Shah Alam. Biasanya kalau pergi dengan Adik, kami turun di Putra. Kali ni pergi sorang, elok terus ke SA, dekat sikit abang nak ambil.


Lepas membeli buku di Jaafar Rawas kami ke Bazaar MPKB untuk beli makanan tengahari. Nasi campur untuk kakchik dan Dila, bihun + kuey tiau sup untuk Kak Ma. Sambil tunggu nasi siap dibungkus, nampak la kedai Laila Rawas yang jual tekstil kat depan tu. Kakchik belum pernah masuk lagi tu. Tu kedai adik-beradik Jaafar Rawas la tu. Dah banyak deretan kedai kat kawasan tu dibeli keluarga diorang. Keturunan Arab ni memang pandai berniaga.


Tu beg plastik Jaafar Rawas yang kedainya di tingkat bawah Bangunan PAS Kelantan. Punyalah ramai orang kat kedai buku tu. Kat situlah paling banyak dijual kitab-kitab Arab, buku-buku agama dan juga kaset, CD, VCD, DVD pelbagai bidang keagamaan dan pendidikan. Memang terkenallah kedai ni.

Dan gambar di sebelah tu ialah semua buku yang kami dah beli tadi. Insya-Allah dalam seminggu lagi buku-buku tu akan berada di Rak Buku Terbaru di Lobi Zahra'. Kami pula yang tak sabar nak membelek dan membacanya. Masa memilih tadi pun dah naik 'kelabu mata' dibuatnya. Apa pun bab membeli buku ni, kakchik memang tak kisah, memang suka punya. Lama pun tak apa kat kedai buku, hehehe.

Wokeh, sambung malam nanti la pulak.

Satu Untukku, Satu Untukmu



Assalamualaikum...

Pagi ni kakchik nak kongsikan koleksi terbaru kakchik. 5 buah buku yang kakchik beli di SMO 2 hari lepas. Tentu fiza nordin happy ni sebab kakchik beli 2 buah novel dia.

Belum mula baca satu pun lagi sebab sekarang kakchik sedang baca buku di bawah ni.

Satu untuk kakchik dan satu untuk cik abe. Barulah seimbang kan hehehe. Ini hadiah birthday dia semalam. Buku-buku elok dibaca oleh pasangan suami-isteri untuk rumah tangga yang lebih harmoni. Insya-Allah. Dengan syarat - DIBACA.


Apa pun insya-Allah kejap lagi kakchik nak ke Jaafar Rawas di KB bersama Dila untuk mencari kitab-kitab Arab terutamanya tajuk=tajuk berkenaan Adab Nusus dan Balaghah. Orang belajar Arab tentu tahu buku apa ni. Sambil-sambil tu mungkin akan singgah di kaunter tiket bas untuk beli tiket untuk ke KL. Insya-Allah kalau takde aral dan alhamdulillah cik abe pun bagi green light, kakchik akan bertolak hari Khamis sampai ke Shah Alam. Menumpang di rumah abang yang no. 2. Nanti kena heret anak sedara si Izzudien untuk ke mana-mana sebab kakchik ke Kl sorang-sorang ni. Cik abe ada banyak keje kat sekolah dia, tak dapat nak temankan.

Mmmm... itu sajalah kot untuk pagi ni. Hingga ketemu lagi. Wassalam.

27.4.09

Jamuan & Solat Hajat Kakak

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Terima kasih kepada semua teman-teman yang telah sudi menghulurkan ucapan selamat untuk Cik Abe. Insya-Allah dia sendiri pun ada datang menjawab mesej kalian. Terima kasih ya. Moga Allah kurniakan rahmat & kasih-sayang kepada kita semua.

Petang ni kakchik ada masa nak rehat kejap sambil-sambil nak kongsi dengan kalian pasal aktiviti keluarga malam tadi. Kakak kakchik, Chenah tak lama lagi akan turut mempunyai rumah baru, di kampung ini juga cuma jauh sikit ke dalam kampung. Hari ini ialah hari pecah tanah tapak rumah dia. Jadi malam tadi kami sekeluarga telah mengadakan sedikit kenduri dan solat hajat untuk keselamatan dan kelinciran proses membina rumah Chenah. Dia takde di rumah sebab masih di Kuala Krai, belum dapat berpindah ke MRSM KB.

Kami ajelah yang tolong uruskan. Sebab ada jamuan makan, bolehlah kakchik kongsikan apa yang disediakan untuk tetamu malam tadi.

Ini lauk utamanya iaitu gulai kari daging dicampur kentang. Memang yum yum gulai Ummi ni. Makan dengan roti atau paratha pun sedap ni. Kakchik belum capai tahap sedap macam yang Ummi buat & tak reti nak masak untuk ramai orang.

Ini pula lauk sampingan pertama yang kami panggil teresek cumanya kali ni kami tak masukkan jantung pisang sebab tak sempat cari. Selalunya Ayah ambil dari pokok pisang kat kebun dia. Bibik-bibik semua suka ni...

Lauk sampingan yang lain ialah ikan kering/masin goreng. Memang tak sah kalau makan gulai ni tanpa ikan kering. Barulah ada UMPH!

Sambal putik pauh atau sambal mempelam muda, memang wajib ada kat dalam petiais tu. Kakchik tak pandai buat. Selalunya Ummi yang buat banyak-banyak. Lagipun mempelam muda berlambak dari pokok yang Ayah tanam kat tepi porch tu.

Tembikai sebagai pencuci mulut. Ringkas je jamuan malam tadi tu. Kira kenyanglah perut para jemaah masjid yang datang untuk solat hajat malam tadi.

Semasa majlis tu ada macam-macam aktiviti lain yang berlaku dalam rumah kami. hehehe, contohnya, kelas tadika pun buka malam tadi.


Ini pula gambar-gambar yang diambil oleh 2 orang jurufoto yang asyik bergaduh sebab berebut kamera kakchik iaitu Ikhwan dan Iffah.


Wassalam.

Selamat Ulang Tahun Yang!


Kepada suami tercinta,
Yang, hari ini hari ulang tahun kelahiranmu yang ke-34.
Kudoakan dirimu sentiasa sihat dan sejahtera selalu
Semoga bertambahnya angka di usiamu,
akan menjadikan dirimu suamiku
seorang suami yang lebih matang dalam segala hal
seorang hamba Allah yang lebih taat kepada-Nya
seorang anak yang lebih prihatin kepada mak dan ayah
seorang guru yang lebih bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

Suamiku,
akan kusentiasa mendoakan kepada Allah
agar mengampunkan segala dosa-dosamu
sama ada yang telah lalu atau yang akan datang
akan kudoakan agar dirimu sentiasa mendapat hidayah dan taufikNya
akan kudoakan agar dirimu adalah suami yang begitu prihatin terhadap tanggungannya
akan kumohon dari Allah agar dirimu seorang lelaki yang bertanggungjawab
terhadap mak dan ayah
terhadap diriku dan keluarga
terhadap masyarakat
dan paling utama terhadap agama kita, Islam
akan kumohon dari Allah agar dirimu sentiasa dilindungiNya
dari mara bahaya di dunia
dari godaan nafsu dan syaitan
dari sifat-sifat mazmumah
dan lebih-lebih lagi dari azab di Neraka.

Suami kesayanganku,
semoga hidup kita bersama
akan memberikan kebaikan kepada kita
kepada ahli keluarga kita
kepada saudara-mara kita
kepada teman-teman kita
dan kepada sesiapa sahaja
di dunia dan di akhirat.

Moga bahagia kita adalah kerana Allah
Moga bahagia kita turut membahagiakan orang lain
Moga bahagia kita mendapat redha-Nya.

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics

25.4.09

Exam Selesai, Jom Masak-Masak

Assalamualaikum kepada semua teman-teman yang setia berkunjung sepanjang kakchik tiada di rumah hari ni dan kesibukan dengan ulang kaji semalam. TERIMA KASIH banyak-banyak atas doa kalian untuk diri dan peperiksaan kakchik. Insya-Allah doa, nasihat dan cadangan kalian amat kakchik hargai dan pandang penting. Alhamdulillah exam pun dah selesai petang tadi. Rasanya kakchik dah jawab dengan sebaik mungkin. Moga-moga Allah makbulkan doa kakchik dan kalian semua.

Bila lega dari sesuatu beban ni terasa nak sangat melepaskan tension dan macam biasa terapi terbaik ialah dengan membaca al-Qur'an dan memasak. Semalam kakchik ada masalah sikit tapi semuanya dah ok. Jadi kakchik tumpukan masa yang ada dengan ulang kaji dan mengaji. Hari ni masalah dah ok, beban exam pun dah lepas jadi jom ke dapur.

Kali ni kakchik cuba masak BESHAMEL. Resepinya kakchik dapat dari Ange dari Hegab Rehab selepas beberapa kali kakchik dok baca cerita dia dan suami yang addicted dengan Beshamel ni. Tengok gambar dia pun kakchik naik terliur. Jadi hari ni berjaya juga akhirnya membuat Beshamel. Baunya harum, makan pun sedap. Sekali tengok nampak macam Makaroni Bakar tapi agak lain sikit sebab ada sos beshamel.

Inilah close up Beshamel yang telah hilang separuh.


2 mangkuk Beshamel untuk seisi keluarga.


Sedia untuk dibakar.


Sos bolognaise - campuran bawang putih, bawang besar, tomato, capsicum, daging cincang dan sos pasta kimball. Kakchik pandai2 je tambah capsicum tu.


Sos beshamel - 3 sudu besar mentega (dicairkan) + 1/2 cawan gandum + 3 cawan susu segar + 3 biji telur. Baunya... mmmm... harumnya.


Pasta/makaroni yang direbus. Kakchik buat macam ni - rebus air yang dicampur garam hingga mendidih kemudian baru masukkan pasta dan satu sudu besar minyak. Lebih cepat pasta kembang.


Bahan-bahan yang kakchik dah putong dadu - 3 biji bawang putih, 1 labu bawang besar, 1 biji capsicum hijau dan sebiji tomato. Keju cheddar tu untuk masukkan dalam sos beshamel. Pastikan ianya HALAL.


RESEPI BESHAMEL (copy & paste dr blog Ange)
ANGE'S BESHAMEL

go grab yourself some of this::::
1kg penne pasta kakchik guna makaroni 500kg
500g minced/ground beef kakchik punya 400gm je
whatever pasta sauce you usually buy or make kakchik guna 1 btl sos pasta kimball

180g butter
1 1/2 cups plain flour
6 cups milk
6 eggs
1/2 cup parmesen cheese
mozzarella
salt & pepper

here's what you do:::

cook pasta. drain. set aside.
cook pasta sauce with beef however you like.
i usually do my regular bolognaise sauce which involves alot of onions, garlic, fresh tomatoes, parsley, herbs, etc and i usually throw in a bit of ricotta or romano cheese in to add some more flavour. set aside.

melt butter in a large pot. add flour and stir until mixed and golden.
add milk and mix. wait until it boils.
mix eggs together lightly and add to pot. let boil. turn off heat.
add Parmesan cheese.
add salt and pepper to liking.

layer the bottom of an over proof dish with some beshamel sauce.
add a layer of pasta.
add layer of the bolognaise sauce.
add another layer of beshamel sauce....

keep going until you have run out of either food or room.
finish off the last layer (try to make the last layer from beshamel sauce) by covering it in shredded mozzerrella cheese.
put it in the oven and cook until the cheese becomes golden.

NOTE:
some people dont use eggs in the beshamel sauce but i find it adds a beautiful thickness and texture to it. i always cook it with eggs, otherwise you can get a beshamel in varied degrees of sloppiness. it doesnt taste nice, trust me, especially when the sauce is slightly watery.

Kakchik buat setengah adunan je itupun dah dapat 2 mangkuk besar. MEMANG SEDAP! Kalau nak tau, kena cubalah.

24.4.09

Resepi Penkek

Assalamualaikum dan salam malam semua. Kakchik update ringkas je. Oleh sebab ada yang tanya resepi penkek jadi kakchik kongsikan aje kat sini. Senang je resepinya. Tengok kat bawah ya.

http://www.churpchurp.com/kakchikniza/share/berita-harian

Bahannya:

2 cawan penuh tepung serbaguna
2 biji telur
2 sb minyak zaitun
1 1/3 cawan susu segar
2 sb gula/madu

Caranya:

1. Gaul rata semua bahan hingga tiada lagi ketulan. (kakchik guna garfu lebih cepat)
2. Bila adunan telah sebati bolehlah digoreng.
3. Gunakan kuali tanpa minyak @ ceper.
4. Goreng hingga keperangan.
5. Angkat, sedia untuk dihidang.

Senang kan. Selamat mencuba.

Hadiah dari Suzi & Sarapan Kami

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua teman-teman bloggers dan sesiapa saja yang singgah ke sini. Entri hari ni pun pendek saja sebab kakchik mengejar waktu, hehehe... untuk esok. Sementara kakchik bersantai sambil mengulangkaji, kakchik nak bagitau Suzi yang hadiahnya telah kakchik terima. TERIMA KASIH BANYAK ya Suzi dearie. Dua-duanya comel dan cute.



Dan hari ni kakchik ada masa sikit melayan permintaan anak-anak buah, kakchik buatkan penkek untuk diorang. Buat penkek biasa je. Nak makan, ikut cara masing-masing. Kakak makan dengan susu segar, Emran makan begitu saja, Cik Abe makan cicah air teh O, kakchik makan dengan chilli tuna dan orang lain dengan cara sendiri. Asalkan masing-masing puas hati...


Jadi, itulah sedikit cerita untuk pagi ni. Sambil-sambil tu, jangan lupa... hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Kiamat pun akan berlaku pada hari Jumaat kan. Elok juga kalau banyakkan amalan baik di hari ini. Mendengar kuliah agama, menghadiri program keagamaan, bersedekah, menolong ibu bapa dan sebagainya.

Ok, jumpa lagi.

23.4.09

Banyak Kerja

Assalamualaikum semua. Kakchik minta maaf sebab takde update pun siang tadi. Banyak kerja pulak hari ni. Lusa dah nak exam untuk last paper. Kalau ikut hati tu rasa macam nak cerita macam-macam tapi tak tertulis la pulak. Jadi kalian layan ajelah gambar-gambar 3 keping ni.

Tadi kami makan ccolek jambu. Tunjuk jambu je... ccoleknya ialah rojak Langkawi.


Petang pulak makan Puteri Mandi.


Inilah kerja yang belum siap ni. Terlalu banyak majalah yang nak disusun dan diperiksa sebelum dihantar jilid. Dari tahun 2005 hingga 2008. 3 tahun.... huhuhu punyalah banyak. Setiap bulan ada dekat 20 tajuk majalah yang dilanggan.


Pagi tadi kakchik ada sesi mengurut dengan bibik. Dia nak tolong kakchik untuk mendapat zuriat. Satu badan diurutnya, alhamdulillah... walaupun agak sakit tapi selepas berurut badan terasa ringan saja. Insya-Allah jika ada kelapangan kakchik pasti teruskan usaha untuk mendapat zuriat sendiri. Tolong doakan ya. Lepas mengurut membasuh kain pulak sebab nak kejar masa sebelum zohor. Kalut pulak dengan budak-budak kecik ni. Hari Khamis macam ni lah selalunya.

Nak jalan-jalan rumah teman-teman pun tak sempat apatah lagi nak ke mana-mana. Petang tadi sempat ke MariBaca sekejap untuk bungkus buku-buku yang pelanggan order. Lepas tu nak pilih pulak buku-buku untuk serahkan kepada adik-adik USMKK untuk usahaniaga diorang. Lepas tu terpaksa pula berkejar ke KB untuk sedikit urusan di Maybank. Hari Khamis kalau ikut hati tak mahu ke bandar sebab punyalah jam. Letih.

22.4.09

Tak Dapat ke PWTC tapi Dapat Gi MPH Sales



Assalamualaikum untuk semua teman-teman yang sudi ke sini.
Sebagaimana yang kawan-kawan tahu, kakchik memang berhajat untuk ke Pesta Buku KL yang masih berlangsung di PWTC tu. Tapi sedihnya cuti ditunda ke hujung bulan April. Hati adalah sikit perasaan keciwa tapi Allah Mahu Tahu, ada peluang lain pula yang datang.
Insya-Allah kali ni kakchik akan ke KL sempena MPH Warehouse Sale. Bagi teman-teman blogger kat KL tu mungkin kita boleh jumpa di sana nanti.

21.4.09

Mengenali Anak Didik Cik Abe


Baru-baru ni kakchik berpeluang bertemu, berkenalan dan bermesra dengan anak-anak didik Cik Abe yang sempat kakchik jumpa semasa di GBR, Bachok.

Segan ada, malu pun ada bila berjumpa adik-adik ni. Apa tak nya... diorang dah banyak kali singgah di blog kakchik ni cuma kakchik je yang belum pernah ke blog diorang (eh, masa jumpa dengan adik-adik ni kelas 3P1 dah ada blog ke?). Hanya 4 orang yang sempat kakchik kenali namanya iaitu Najihah, Ayu, Azfa dan Amirah.

Bila sempat bersembang serba sedikit dengan diorang, teringat kenangan sewaktu di Faris Petra dulu. Banyaknya kenangan manis. Nasib baik kakchik masih lagi berhubung rapat dengan kawan-kawan sekolah dulu terutama sejak ada akaun facebook, ramai juga yang dapat dijejaki semula. Boleh kata merata dunia dah diorang semua.

Untuk adik-adik 3P1, isilah masa kalian di MADA dengan penuh ilmu dan pengalaman. Bina dan bentuklah peribadi masing-masing ketika usia remaja kerana bila menginjak dewasa, terlalu banyak cabaran yang bakal ditempuhi. Jika iman kita rapuh, tiket sebagai pelajar agama juga boleh melayang dan menghanyutkan kita. Semoga kalian menjadi perintis yang terbaik di MADA dan akan sentiasa dikenang selepas peninggalan kalian dari sana.

Selamat Berjuang!

20.4.09

Budak-budak yang 'happy'


Anak-anak sememangnya cahaya mata kita orang dewasa. Di kala mereka masih kanak-kanak inilah kita memang mudah memberikan mereka kasih sayang dan didikan yang sebaiknya. Walau kadang-kadang anak-anak ini ada kerenah masing-masing tapi sebagai ahli keluarga mereka terutama jika kita adalah ibu dan bapa mereka marah kita hanya sebentar.


Allah mengurniakan kita anak-anak sebagai penyeri hidup kita. Mereka menjadi sumber keceriaan hidup kita. Tingkah laku dan tutur kata mereka sungguh menghiburkan sekali.


Anak-anak yang pintar seperti Kakak dan Nana ni memang mudah menjadikan kita begitu menyayangi mereka. Petah berbicara dan kadang-kadang pandai pula berdrama terutama si Nana tu.


Dunia anak-anak ialah dunia indah yang penuh permainan dan keseronokan. Zaman 'innocent' yang sepatutnya kita lentur dengan baik mengikut lunas-lunas agama.


Indahnya dunia kanak-kanak.


Anak-anak kita memerlukan kasih sayang dan didikan yang sebaiknya agar mereka membesar dan berkembang dalam semua aspek dengan seimbang. Fizikal yang sihat, bahasa yang jelas dan petah, otak yang pintar, diri yang kreatif, mempunyai nilai estetika dan yang PALING PENTING - PEGANGAN dan FAHAMAN AGAMA yang baik.


Anak-anak adalah insan yang begitu telus dalam menyatakan rasa hati mereka. Didiklah mereka dengan kebenaran walaupun pahit tapi sampaikan ia dengan penuh berhikmah. Elakkan berbohong dengan mereka dan pastikan JANJI DIKOTA.


Dunia anak-anak sudah jauh kita tinggalkan kerana kita sudah pun di alam belia atau dewasa. Belajarlah menjadi insan yang matang dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri, isteri/suami kita, ibu bapa kita, masyarakat kita, negara kita dan PALING UTAMA - AGAMA KITA.


Biarkan anak-anak menikmati keseronokan dunia mereka tapi pastikan kita tidak mendidik mereka dengan KHAYALAN dan KESERONOKAN DUNIA. Sebolehnya, ELAKKAN anak-anak dari mengenali atau mengetahui apa itu Akademi Fantasia, 1 in a Million, dan seumpanya.

MALUlah kita bila nanti ALLAH bertanya, apa yang kamu ajarkan kepada anak-anak kamu? MALUlah kita jika anak-anak lebih kenal NABIL dari mengenal TUAN GURU.
MALUlah nanti bila anak-anak berpakaian seksi sedangkan kita BERTUDUNG LITUP.
MALUlah nanti jika anak-anak menari terkinja-kinja bila mendengar muzik berbanding menghormati AZAN.
MALU kita. MALU.

Dengan siapa?

TENTULAH...

Dengan ALLAH Subhanahuwata'ala.

Wallahu'alam.



p/s: Peringatan untuk diri agar berperanan dalam keluarga - saling menegur yang silap dan menggalak yang baik.

Related Posts with Thumbnails