Followers

31.3.09

Perjalanan pulang yang indah

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Terima kasih kerana kawan-kawan sentiasa sudi singgah menjenguk kakchik di sini walaupun hampir sepanjang siang hari ni kakchik berada di atas kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Dan terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang telah mendoakan agar perjalanan kakchik selamat. Alhamdulillah kakchik bertolak dari Air Kuning di Bukit Gantang jam 11 pagi selepas mengambil seorang penumpang tambahan di sana iaitu adik kepada Johan AQ yang pertama.

Kakchik memandu dari sana sehingga ke Batu Melintang di Kelantan iaitu melebihi 200km sebelum diganti kawan kakchik, Nurul. Gambar kat atas tu kakchik ambil semasa dia yang memandu. Sepanjang perjalanan segalanya baik kerana kami dah tambah minyak, cek angin dan mana yang patut sebelum memulakan perjalanan tadi. Tak sangka rasanya sebab inilah kali pertama kakchik memandu begitu jauh. Sebelum ni ke KT pun tidak sejauh itu.

Singgah solat, makan & rehat di Batu Melintang pada jam 2.30 ptg dan selepas tu kami meneruskan perjalanan menuju ke Machang untuk menghantar adik Abdullah Fahmi. Dapatlah kakchik kenal rumahnya, seronoknya...

Papan tanda yang menyambut kepulangan kami. Allahu Akbar! Memang Allah Maha Besar kerana dengan izinNya kakchik selamat sampai dan dengan inayahnya kakchik dapat menikmati perjalanan yang selamat juga melihat pemandangan yang indah sepanjang jalan.

Inilah rumah Ustaz Abdullah Fahmi yang kini sedang menuntut di Al-Azhar. Khabarnya beliau sudah pun berumahtangga dan bakal mengadakan majlis menyambu menantu tak lama lagi. Adiknya memang nak jemput kakchik datang... Yey... bestnya.

Perjalanan sudah hampir ke bandar Machang. Ternampak papan tanda ini. Siapa pernah pergi beriadah atau berehlah di situ? Kakchik pernah pergi ke kedua-duanya tapi sekali sahaja. Teringin nak pergi lagi.

Tengoklah indahnya awan di langit. Subhanallah. Sepanjang jalan mendengar Opick menyanyikan Subhanallah.

Jalan yang lengang sebab kami dah memotong kenderaan lain. Memotong dengan berhemah ya.

Cantik tak terkata. Indahnya langitMu ya Allah.
Ketika ini belum sampai ke Jeli dan kereta masih banyak di depan kami. Kami pulak baru lepas makan, badan pun dah rehat... bersembanglah pulak macam-macam cerita.

Bukit apa kakchik pun tak tau tapi menarik perhatian. Sebenarnya banyak sekali gambar pemandangan yang kami ambil tapi sebahagiannya masih di dalam digicam Nurul jadi kakchik pilih-pilih yang kakchik punya dan kongsikan di sini.

Alhamdulillah. Jam 5.30 petang kakchik sudah pun sampai di rumah, disambut meriah oleh anak-anak saudara di halaman dengan macam-macam soalah. Masing-masing tolong angkat beg sebab nanti nak dapat hadiah. Jumpa orang tersayang dengan pelukan rindu, terasa hilang segala penat lelah memandu dan bekerja di Bukit Gantang. Memang berbaloi.


Inilah dia 3 orang anak saudara kakchik yang riuh-rendah menyambut kepulangan Makcik kesayangan diorang ni, hehehe. Bergaya dengan baju upin-ipin, "Taati Allah & Rasul, Taati Ibu & Bapa" dan "Jangan Tinggal Solat."

Mee Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah hari ni Allah masih lagi mengurniakan kita umur untuk terus berusaha meningkatkan amalan kita di dunia ini sebagai bekalan untuk bertemuNya nanti. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang merendah diri terhadap segala nikmatNya kepada kita.

Nampaknya hari ni tugas KakChik di Bukit Gantang akan tamat dan bakal digantikan oleh rakan-rakan yang lain. Insya-Allah jika tiada aral melintang, KakChik bersama 2 orang kawan akan bertolak balik jam 10 pagi ni. Sementara diorang menyambung tidur KakChik nak kongsi sedikit kenangan semalam.

Ada kawan mengidam nak makan Mee Udang. Katanya mee udang di Kuala Sepetang memang sedap kerana udangnya segar dan manis. Jadi petang semalam selepas kami meninjau-ninjau sekolah yang menjadi pusat pembuangan undi, KakChik pun bawa kereta tuju ke Kuala Sepetang. Nasib kami baik sebab ada seorang makcik tempatan yang sudi menjadi pemandu pelancong. Banyak sungguh restoran yang jual mee udang ni dan ada satu restoran glamor yang pernah masuk tv iaitu Warong Mee Udang Mak Teh (kami tak gi situ sebab terlalu ramai orang, perut dah lapar, tak mahu menunggu lama). Kami nampak satu restoran, luas, orang tak ramai sangat, suasananya bersih dan nyaman, apa lagi singgah ajelah.

Dan... inilah Mee Udangnya. Bukan lagi 'ada udang sebalik mee' tapi 'mee di sebalik udang'!

Kami makan yang paling istimewa dengan harga RM12 sepinggan. Alang-alang datang jauh, baik cuba yang terbaik la kan. Tengok tu udangnya, sangat lah besar, segar sangat dan isinya manis. (Sebenarnya KakChik tak makan mee udang, yang tu kawan punya). Sebenarnya hidangan ni ada 3 pilihan: RM6, RM8 dan RM12 sepinggan, ikut saiz dan kualiti udang.

Yang ni barulah KakChik punya, Nasi Goreng Udang, RM12 juga. Memang SEDAP! Cukup rasa. Memang puas hati. Bau dah la wangi, bila dimakan... Subhanallah... nikmat tak terkata, hehehe.

Atas meja kami ada di letak bungkusan ala nasi lemak ni tapi KakChik tak pasti nasi lemak atau benda lain sebab dah petang sangat tak kan ada nasi lemak lagi kan. Allahu'alam.

Kalau ke Taiping dan rasa nak makan Mee Udang yang setanding Mak Teh punya (KakChik dah makan sehari sebelumnya), bolehlah ke restoran ini:

KakChik jamin makanannya sedap berdasarkan apa yang kami telah makan petang semalam. BERBALOI.

30.3.09

Papan Iklan Ni Menariklah!


10 Cara Untuk Tangani Stres:
  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata, "Rilekslah"
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif
Sebenarnya kakchik ternampak papan iklan ni di Jalan Panggung Wayang di Bandar Taiping semalam. Ke jalan apa kat situ, tak berapa ingat dah.

Bolehlah dibuat panduan jika kita mengalami stres. Agaknya papan kenyataan ni dibuat kerana pihak Jab. Kesihatan Negeri Perak nak membantu rakyatnya dari mengalami stres. Bagus jugak tu sebab gejala stres ni telah banyak menyebabkan orang menjadi hilang kewarasan diri. Kita dah banyak kali baca dalam suratkhabar tentang orang yang cuba membunuh akibat stres dan telah ada yang telah mati akibat stres ni.

Sebagai peringatan bersama.

Jom makan keropok goreng & cakuih

Malam tadi selepas mendengar forum perdana di Simpang, KakChik ada beli keropok lekor ala Perak sebab rasa dia tak sama dengan yang biasa dibeli di Kelantan atau Terengganu. Pencicahnya kurang umph sikit tapi keropoknya boleh tahan.

Sebelah petang sebelum tu KakChik ada beli cakuih yang dimakan dengan kuah kacang. Oleh kerana kuah kacang ni sedap, KakChik makan je dengan keropok... alhamdulillah.

29.3.09

Pagi tadi di Taiping

Pagi tadi, seawal jam 5 pagi kakchik dah bangun untuk bersiap ke masjid di bandar Taiping. Hari ni ada peristiwa besar di sana. Kak Ubai yang tidur sebilik, sudah bangun seawal jam 4 pagi. KakChik tengok dia dah siap mandi dan sedang asyik berqiamullail. Harap-harap sempatlah beribadah seperti beliau tapi jadi lambat juga sebab bilik air cuma satu sedangkan yang beratur menunggu menggunakannya adalah ramai. Alhamdulillah dapat giliran yang agak awal.

Adik yang comel tu sampai tertidur di sebelah ibunya yang asyik bersembang dengan seorang wanita Cina. Kak Ubai kata 'Sleeping Beauty'

Bila siap waktu subuh dah dekat, kakchik bersama kawan, Lenny bertolak ke Masjid Bandar Taiping. Bila sampai di bandar kami dengar azan berkumandang. 2 buah masjid yang kami lalui nampaknya sangat padat dengan jemaah. Bila sampai di maajid yang dituju memang terlalu padat keadannya tapi dapat juga masuk bersolat di dalam masjid. Alhamdulillah.

KakChik bersama Lenny selepas solat Subuh di Masjid Bandar Taiping dan menanti untuk bersolat hajat dan solat dhuha.

Pagi tadi sebelum berarak, kami singgah beli 'breakfast' di kedai serbaneka sebab tak banyak kedai makan orang Melayu yang buka. YB EXCO pun duduk sebelah makan sama-sama dengan kakchik.

Adik-adik dari Nisa' Kelantan yang sama-sama menginap di banglo yang besar tu.

Saja snap gambar dengan YB Kak Ubai yang sedang sibuk mengemaskini blog beliau.

Itulah lebih kurangnya pagi tadi di Taiping semasa penamaan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang. Masih tak dapat nak biasakan diri lagi dengan jalanrayanya di sini tapi boleh bergilir dengan kawan-kawan untuk memandu.

Tayar pecah di Benariang, Gerik

Assalamualaikum semua dan semoga kalian sekarang dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. KakChik hari ni sedang berada di Bukit Gantang, tau-tau ajelah buat apa kat sini di waktu ini. Bertolak petang semalam jam 4 petang, ambil 2 orang kawan di Kedai Mulong dan terus menuju ke Jeli. Sebaik sampai di Rantau Panjang hujan pula mula turun dengan lebat, suasana macam waktu malam yang hujan ribut. KakChik bawa ajelah kereta dengan hati-hati sambil mata mencari masjid untuk singgah solat Asar.

Akhirnya kami singgah solat Asar di sebuah masjid di Bukit Bunga dalam hujan yang lebat tu. Habis basah kami bertiga tapi solat mesti dilaksanakan juga kan. Alhamdulillah, lega bila dah solat. Sambung perjalanan, tiba-tiba 'wiper' depan KakChik pulak tercabut. ALAMAK! Berhentilah kejap baiki 'wiper' dan sambung perjalanan.

Bila nampak minyak dah nak 'E' kami dah masuk daerah Gerik. Singgah isi minyak di DESCO sebuah stesen minyak kecik. Semua ok lagi. Teruskan perjalanan. Tukar pemandu, kawan pulak yang bawa. Tapi KakChik asyik dengar bunyi tak sedap je.

"BUNYI APA TU?"
"BERHENTI NOR. KAKCHIK NAK TENGOK LA"
"YA ALLAH... TAYAR PECAH LA NOR"

Selepas cuba meminta bantuan tapi takde orang yang nak berhenti menolong, kami ambil keputusan untuk undur semula ke stesen minyak tadi. Gerak sikit kami ternampak sebuah restoran. Alhamdulillah.. ada orang.

Alhamdulillah dapat jumpa Maklong dan Paklong tuan punya restoran yang baik hati tu. Merekalah yang menumpangkan kami berteduh dari hujan sementara Paklong mendapatkan bantuan sebab dia pun tak pandai nak buka tayar kereta KakChik. Solat Jamak Taakhir Maghrib & Isyak kat situ sambil menunggu tayar ditukar.

Syukur takde apa-apa yang bahaya berlaku. Ini baru dugaan yang kecik. Ujian Allah masih banyak yang bakal dilalui.

Mekanik yang dicari oleh Paklong sedang tukar tayar. Nasib baik adik mekanik ni tak ikut kawan-kawannya masuk hutan main motorcross. Dapatlah bantu kami. Katanya malam-malam hujung minggu selalunya diorang suka main motorcross. Rezeki kami, alhamdulillah.


Tengok tu bukan main penyek lagi!
Sedang menanti mekanik balik ke bengkel dia untuk isi angin ke dalam tayar 'spare'. Inilah orang pompuan, bukannya nak beringat sebelum bertolak. PENGAJARAN yang sangat besar ni!

Inilah tayar depan sebelah kiri yang pecah tu. Tadi bukan main penyek lagi tapi bila dibiarkan dia jadi normal balik.

Akhirnya, selesailah sudah mekanik tu menggantikan tayar kereta KakChik yang pecah tu. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat.

Alhamdulillah, syukur sesangat akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Walaupun perjalanan tanpa Cik Abe yang tak dapat ikut sebab ada urusan sekolahnya, kami selamat. Dan tiada siapa pun yang panik. Mungkin kerana perjalanan ini telah dimulakan dengan doa dan niat yang mulia. Segalanya dilalui dengan tenang. Semoga perjalanan pulang pun akan selamat juga.

Terima kasih kepada pasangan suami-isteri, Maklong dan Paklong yang telah sudi membantu kami.

28.3.09

Barang yang orang perempuan minat

Pelbagai jenis keronsang, dapat dibeli RM10 untuk 4 pasang. Murah tu... pilih aje yang mana suka.

KakChik tak tahu yang ni nak panggil apa tapi kata tuan kedai, benda ni orang biasa bubuh kat tepi tudung atau buat lining jubah atau lengan baju.

Keronzang lagi... ada banyak jenis sebenarnya tapi KakChik tak berani nak ambik gambar banyak-banyak. Tapi... mak oi... murahnya.... Jangan lupa PILIH DENGAN BAIK agar tak terpilih yang tak elok.

Pelbagai jenis batu-batu dan manik-manik hiasan. Orang yang rajin menjahit dan membuat kraftangan tentu suka ke kedai ini.


DI MANAKAH SEMUA INI BOLEH DIBELI?

Pergilah di bawah BAZAAR MPKB, Kota Bharu. Gambar-gambar ni KakChik dah lama tapi tadi masa dok tengok-tengok koleksi gambar terjumpa pulak. Memang rancangnya nak kongsi kat sini. Kedainya besar.... jenis terbuka. Segala macam manik-manik dan seumpamanya ada kat situ. Kalau minat silalah ke sana.

27.3.09

Seronok imamkan diorang solat.

Inilah dua beradik yang semangat nak solat berjemaah. Kakak (Ameerah) sudah elok pakai telekong cuma tak pakai anak tudung. Nak cepat punya pasal. Si Kakngah (Amreena) pulak kepanasan sebab kipas tek kena dia masa solat.

Gambar-gambar ni diambil selepas kami dah siap berdoa. KakChik sedang bercerita sikit dengan diorang. Sebelum solat tadi dah diajar mengambil wudhuk sorang demi sorang. Kelakar... tapi KakChik pun jadi gembira sebab diorang semangat sungguh.

Sibuk nak buat tanda 'peace'.

Seronok kalau selalu dapat solat berjemaah macam ni. Bila berdoa, Kakak ikut dengan kuat, Kakngah pulak ikut juga tapi entah apa yang disebutnya, berterabur je.

Takpe... pelan, pelan... lama-lama pandailah diorang solat dengan baik.

26.3.09

Gulai Lemak Udang

Assalamualaikum dan salam petang semua. Dah makan ke belum? KakChik alhamdulillah baru selesai makan tengahari. Cuma teringat Cik Abe dah makan ke belum kat sekolah tu.

Hari ni kat rumah ni masak Gulai Lemak Udang. Kegemaran KakChik la ni tapi Cik Abe kurang suka, dia makan tapi tak 'menyungguh' orang Kelate kata.



Hidangan ringkas untuk tengahari tadi. Sebenarnya bukanlah makan pukul 12.00 tapi selepas sembahyang Zohor, lebih kurang pukul 2 barulah KakChik makan bersama Bibik Aishah dan Bibik Seri. Sebelum tu CheNa, Abg Di, Ayah dan Ummi dan makan. Bergilir-gilir sebab ada budak-budak kecik kat rumah ni, Ameerah, Amreena, Emran dan Amni.


Semalam kat ofis tak makan tengahari, hari n kat rumah dapatlah makan sepuas-puasnya tapi takde lah sampai kekenyangan sampai tak larat nak buat apa-apa. Orang kata makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Insya-Allah petua Nabi Muhammad s.a.w. tu memang amat baik kita amalkan untuk menjaga kesihatan badan terutama perut kita sebab perut ni boleh menjadi punca penyakit. Makan berpada-pada... asalkan hilang rasa lapar dan masih mampu mengerjakan ibadah. Janganlah pula selepas makan tu kita terus tersadai kat kerusi malas atau sofa, nampak sangat kekenyangan. Tapi berjalan-jalanlah barang 10 minit agar sistem penghadaman kita dapat mencerna makanan kita sambil kita mengelakkan mudahnya lemak berkumpul.

Kalau selalu amal lepas makan terus duduk menyandar, lama-lama perut pun jadi buncit, pinggul pun makin lebar, lemak-lemak pun mulalah berkumpul. Sekali timbang, "eh, ringan lagi", dua kali timbang, "alah... naik sikit je...", tiga kali timbang, "mesin ni dah rosak agaknya!".
Hehehe, berhati-hati ya.

25.3.09

Sekali-Sekala Tak Makan Nasi


Balik dari bandar tengahari tadi dalam kepala tu memang la dok fikir nak singgah beli bubur ayam atau pun bihun rebus tapi bila sampai kat restoran yang berkenaan, takde tempat nak parking pula, jadi terus je pandu kereta balik ke Zahra'.

Takpelah, agaknya kuih untuk staf minum teh masih ada lebih kot. Dan... alhamdulillah masih ada rezeki, banyak lagi kuihnya. Tengok dalam peti ais ada buah 'pauh' yang dah agak masak (ingat ke boleh dimakan tapi sayang dah buruk).

Tengahari tadi KakChik makan cakuih dan karipap dihadamkan bersama dengan vico 3-in-1. Alhamdulillah, kenyang juga.

Yang Terbaru !


Semalam KakChik dah janji nak 'update' dengan gambar buku-buku yang KakChik gi ambil di Popular. Sebenarnya bukan semuanya buku tapi termasuk 2 kotak peralatan untuk membantu dalam pendidikan kanak-kanak. Dah lama mencari sekitar KB ni tapi tak jumpa hinggalah diberitahu yang Popular akan mempunyai stok untuk promosi bulan Mac, alhamdulillah.

Novel-novel tu pula untuk menambah koleksi novel untuk disewakan di MariBaca.
Buku FAHAMILAH PERASAANKU: 30 Luahan Perasaan Suami tu untuk bacaan dan koleksi sendiri. Order dengan PTS tak dapat, mungkin stok takde, jadi dah tak sabar nak baca, beli dengan Popular boleh la 20% diskaun.

Sekejap lagi nak keluar ni, mungkin akan keletihan bila balik nanti. KakChik nak gi menyelam sambil minum air ni, hehehe.

Pagi ni nak ke bandar sekejap untuk beberapa urusan berikut:

1. POSLAJU - menghantar 3 bungkusan buku, membayar bil Celcom Broadband & elektrik

2. MAYBANK - mendeposit 2 cek (PTS & Personal)

3. BIMB - mendeposit tunai (ansuran kereta) & cek (MariBaca)

4. SMO & Jaafar Rawas - membeli buku untuk koleksi suku pertama Dar Nur al-Zahra'

Jadi, jumpa petang nanti.

24.3.09

Ke KB Mall Mengambil Buku

Assalamualaikum semua & selamat petang. Semalam selepas habis kerja KakChik ke Popular Books untuk mengambil buku-buku baru (nanti KakChik update gambar) yang KakChik booking sambil nak bertanyakan Kad Ahli yang belum sampai-sampai. Selain tu KakChik ada matlamat lain juga ke sana iaitu nak:
  • beli kad memori yang baru untuk kamera KakChik tu, asyik ambil gambar dengan kamera telefon manalah cantik, kelabu je... beli yang 2GB - RM39.00
  • beli tripod kecil untuk kamera juga - RM10.00
  • beli wedges Bata yang Adik pesan, sama dengan yang KakChik punya - RM60.00
  • beli kek di Secret Recipe 2 slice strawberry cheese cake, 1 slice mix fruit cheese cake dan 1 slice apple cheese - RM24.55
  • dan untuk cek sama ada kasut Marie Claire yang baru dah ada ke tak kat kedai Bata tu.
Cerita hal kasut Marie Claire ni, KakChik ingatkan KakChik je yang berkenan kat kasut tu, rupanya habis semua adik & kakak kat rumah tu berkenan, siap memesan, jika nak beli, tolong belikan untuk diorang sekali, ada ke? Tapi kalau jadi beli, kena caj duit minyak la kot hehehe.
Inilah dia kasut yang kami berkenan tu... cantik tak?

Keluarga KakChik ni kebanyakannya memang suka warna ungu. Kawan-kawan di KL tu, ada nampak kasut ni tak?

23.3.09

Malasnya nak gi beli nasi


Makan tengahari kali ni ialah sepertimana yang dalam gambar tu. KakChik bukan suka sangat ni dan selalunya memang tak habis le... tapi tak perlu risau sebab ada kawan-kawan yang akan sama-sama makan. Boleh tolong habiskan.

Kalian yang dok kat rumah tu, tengahari ni tentu masak yang sedap-sedap kan. Nak balik.... huhuhu, nak makan spagheti marinaraaaaaaa..... kat mana nak cari kat KB ni?

Sapa tahu?

22.3.09

Apabila Persahabatan Dihargai...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga hari ni teman-teman semua dalam suasana ceria dan sedang menikmati hujung minggu bersama keluarga.

Kali ni KakChik nak kongsikan satu kegembiraan yang datangnya langsung tak disangka. KakChik memang tak sangka langsung akan menerima kegembiraan ini. Kawan-kawan nampak bungkusan dari POSLAJU kat bawah tu? Itulah dia kegembiraan yang tak disangka-sangka.

Ok, mari KakChik cerita sikit.


Dalam dunia blogging ni kita biasa menjalinkan perkenalan yang jika dipupuk dengan baik akan menjadi persahabatan yang amat bermakna. Biasanya perhubungan ini terjalin dengan rajinnya kita berziarah ke blog kawan-kawan kita untuk membaca posting terkini mereka atau sekadar menjenguk bertanya khabar dan melepas rindu sambil memberi komen-komen yang sesuai dengan post yang kita baca (kalau ada idea nak tulis la).

Jadinya, KakChik pun macam tulah juga. Suka jalan-jalan ke blog orang lain bila ada kelapangan. Kalau ada yang KakChik rasa ingin dikomen, KakChik tulis berdasarkan ilmu dan keikhlasan di hati. Sebab KakChik rasa dengan itu rakan kita akan rasa perkongsian mereka di blog mempunyai NILAI yang berupaya memberi impak kepada orang lain.

Tapi tak tahulah pula ada TEMAN ni dia buat ala-ala pertandingan untuk mencari TOP COMMENTATOR untuk blognya. Teman yang sorang ni ialah CIKMIN... yang sekarang ni adalah pengguna dan pengedar JUS MATE 5. Walaupun KakChik tak pernah lagi jumpa CikMin di luar tapi terasa dah kenal serba sedikit beliau dari tulisan-tulisan di blognya MyLifeMyLoveMySoul.

Ringkas cerita, KakChik dapat HADIAH!!!

Hadiah yang CikMin bagi ni memang amat berharga ni CikMin. Sekarang dah jadi 8 pasang dah. Ummi KakChik kata, cantik kainnya & sangat konvinien. Adik pulak kata, bagi hadiah kat dialah. Hehehe, mana boleh kan... ini hadiah CikMin yang bagi kat KakChik. Insya-Allah kenangan sampai bila-bila. Apatah lagi akan digunakan untuk melaksanakan ibadah yang utama.

Kat bawah ni adalah kandungan Poslaju dari CikMin.


KakChik terharu sangat. KakChik bukannya buat apa sangat kat blog atau pun kat CikMin sendiri tapi begini berharga pula hadiahnya. Terima kasih banyak ya CikMin. Semoga Allah murahkan rezeki CikMin, dipermudahkan segala amal ibadat dan urusan dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.

Hanya Allah yang Maha Tahu betapa KakChik terharu dengan pemberian ini. Rasa macam nak peluk je CikMin kalau ada kat depan mata.
Related Posts with Thumbnails