Followers

27.2.09

Friday's Lunch & Dinner

MALAM INI KAMI MAKAN SPAGHETTI

Spaghetti Bolognaise hasil tangan kakak. KakChik balik dari kelas jam 5 tadi, dia dah sibuk kat dapur dok masak. Buat pakai dua jenis, satu guna spaghetti dan satu guna fetucini. KakChik baru makan yang fetucini, yum-yum, sedaaaaap.


Anak bujang kakak, Munzir sedang enak menjamu selera. Dia memang suka makan spaghetti dan pasta. Kalau naik ke atas rumah ni, nampak aje KakChik mesti dia cakap, "Cheja... masak pasta Cheja. Nak pasta sup cendawan..."


INI PULAK LAUK-PAUK YANG DIMASAK TENGAHARI TADI.


Lauk-pauk untuk makan tengahari: Ikan kerisi goreng, gulai telur, sayur campur dan sambal.
Semuanya lauk-pauk orang kampung dan selera kita kat mana pun tetap teringat kat masakan kampung.

Playground & MarryBrown



Petang semalam bawa budak-budak gi playground kat Taman Bendahara, yang depan Pantai Timur Hypermarket tu. Masa kami sampai dalam 6.30 petang, orang masih tak ramai cuma ada budak-budak sek ren 7 - 8 orang dok main kat situ.

Lepas penat main, kami gi MerryBrown (MB) nak cuba makanan dia. Tak ingat nak ambik gambar premis MB kat Pengkalan Chepa ni. Tak lama lagi akan ada Radix FC pula kat sini, dekat juga dengan MB ni.

Mineral dan coleslaw yang KakChik order. Coleslaw tu memang sedap, unik sikit dari yang kedai makanan segera lain. Ada sesuatu yg berbeza kat dalamnya. Kalau nak tau, kena gi cuba la.

Naget tu KakChik punya. Rasanya berempah. Sedap... tapi KakChik makan 2 ketul je sebab dah kekenyangan makan 'fish & chips' dengan coleslaw.

Fish & Chip ni Adik yang punya... tapi sebab hidangannya besar sangat, kami pun makan berdua. KakChik makan sekeping ikan (boleh tahan sedapnya) dan separuh dari kentang goreng. Mayonis dia sedap la...

--------------------------------------------------------

INFO TENTANG MARRYBROWN

Marrybrown

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
Marrybrown Fried Chicken Sdn Bhd
Type Private limited
Founded 1981
Headquarters Johor Bahru, Johor,
Malaysia
Area served Flag of Malaysia Malaysia
Flag of Qatar Qatar
Flag of Sri Lanka Sri Lanka
Flag of the People's Republic of China China
Flag of Kuwait Kuwait
Flag of the United Arab Emirates UAE
Flag of Bahrain Bahrain
Flag of Tanzania Tanzania
Flag of India India
Flag of Iran Iran
Industry Food and beverage
Products Fast food
Owner Lawrence Liew and Nancy Chan
Website http://www.marrybrown.com.my

Marrybrown Family Restaurant is a Malaysia based fast food chain, operating outlets in various countries. It became the rival to the American based fast food chains such as A&W and McDonald's.

Established in 1981, they now have over 250 outlets serving Fried Chicken, Burgers, Seafood, Rice Base Products, Noodles, Finger Food, Ice Cream and Beverages. The company had also been negotiating with several parties interested in becoming master franchisees in Afghanistan, Australia, Cambodia, Iran, Indonesia, Laos, Myanmar, Russia, South Africa, Thailand, Tanzania, Syria, and Vietnam.

According to Liew, the company has laid a five-year program starting from this year to open franchised outlets in these places. Chan said that sealing the contract for the master franchisee was not just a matter of getting money from the licensee but also included help finding the right location,recruiting frontline staff, logistics, lining up the menu and investigating the existing players in the market.

Marrybrown went onto say that whenever they were on business trips overseas they would patronize as many fast food joints as they could, in order to see what other players were offering to their customers in terms of pricing and serving portions, and tailor their own offerings accordingly. Marinating ingredients for chicken and fish as well as sauces for all the outlets are manufactured in Malaysia to standardize the taste of Marrybrown fried chicken everywhere. However, the company is quite flexible when it comes to introducing other menu items popular with locals of the respective countries - thus an outlet in Dubai or Doha may have different offerings than one in China.

For instance, the outlets in UAE or Qatar served chicken satay as the dish was similar to kebab. They also serve loose rice in Arab countries, rather than the sticky rice popular in Southeast Asia. The company's first Middle East outlet was set up in late January this year at Manama, Bahrain, while the second and third are in Jebel Ali and Sahara Mall. The balance 100 outlets would be in other Middle Eastern countries, with the majority in Jeddah, Medina and Mecca in Saudi Arabia, as these are the largest markets.

With over two million Muslims visiting Mecca and Medina for their haj and almost one million performing umrah outside the haj months, the company could not ignore the potential. The Middle East region would see about 120 Marrybrown restaurants within the next five years, of which 20 outlets would be in the Persian Gulf countries of Qatar, UAE, Oman, Kuwait and Bahrain.

In The UAE, it is one of the favourite fast food restaurants for Flipinos


26.2.09

Sarapan Pagi : Nasi Tumpang

Nasi Tumpang - nasi yang dimasak agak lembik tapi melekat macam pulut. Dibungkus berbentuk kon dengan gulai udang atau sambal udang, serunding daging dan telur goreng.
Dimakan panas-panas memang sedap.

Maaf la gambar tak berapa elok sebab ambik dengan fon kamera. Digicam, memory card rosak.

25.2.09

Award dari Mar

Pagi-pagi tadi bila buka je blog ni ternampak mesej dari Mar of The Villaz yang sekarang ada kat MMU. Terima kasih mar, comel la award ni. Membuatkan kakchik tersenyum sepanjang membaca, mengemaskini dan menulis blog.

Sebagai tanda gembira, kakchik sediakan saguhati ini untuk mar. Jangan lupa bawa balik ya.

Thank you mar.

Siapa dah tengok?

Isnin lepas KakChik ke Mydin temankan Adik membeli alatulis dan peralatan untuk sekolah dia. Bila nak ke mana-mana terpaksalah angkut sekali Kakak dan Nana (termasuk Bibik Aisyah) kalau tidak menangis tak berlagulah budak-budak berdua tu.

Diorang minta belikan VCD Dora the Explorer dan Telletubbies - KakChik belikan... sebab VCD2 tu kira baguslah untuk diorang. Bila dah nak balik tu teringat pulak kat Ikhwan yang ditinggalkan kat rumah sebab demam. Kesian pulak. Nanti jeles pulak dia dengan sepupu2 yang dapat VCD. Jadi KakChik belikan Kung Fu Panda.

Sejak Isnin sampai hari ni, hampir semua orang dah tengok cerita ni termasuklah my beloved husband, Cik Abe. Sampai dua kali tengok tu. Tapi kan, KakChik belum ada mood nak tengok. Asyik dok simpan kat atas buku. Takde masa...

Masa remaja dulu KakChik memang minat cerita kung fu. Selalu dok tengok lakonan Jet Li dan Jackie Chan, sampai beli VCD berlambak (sekarang dah jadi milik adik bongsu, Amar). hehehe, jangan main-main KakChik ada tali pinggang kuning Silat Terlak 4 (ilmu dah berkarat pun...) Tapi kini dah tak cukup masa untuk tengok tv atau movie. Lebih banyak masa untuk buku, keje, belajar, keje dakwah dan rumahtangga.

OK, sapa dah tengok?

24.2.09

Template Menarik Untuk Blogger

Kat sini KakChik senaraikan semua laman web atau blog yang menawarkan template @ layout @ design secara percuma untuk kita menghasilkan blog yang lebih menarik sesuai dengan citarasa masing-masing.

Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah pun melihat dan menggunakan sampel template dari laman-laman tersebut, tapi tak mengapalah sebab KakChik rasa maklumat ini masih boleh dikongsikan dengan teman-teman yang masih tercari-cari template yang paling memuaskan hati masing-masing.

Ok, ini senarainya ya. Senarai yang KakChik suka je dan setakat ni tak pernah bagi masalah kat KakChik. Untuk ke laman yang berkenan di hati, klik saja pada namanya.

  1. Free Islamic Blogger Templates
  2. Free Blogger Skins - ini yang KakChik guna untuk KeluargakuSayang
  3. Ipietoon
  4. Our Blogger Templates
  5. The Cutest Blog on the Block - Blog Backgrounds, layouts and more!
  6. Free Blogger Templates and How-To Blogger Articles | eBlog Templates
  7. Blogger Templates
  8. Blogger Templates - PYZAM
  9. Blogger Templates | Wordpress Templates | Blogger Layout | Wordpress Layout
  10. Download free XML blogger, blogspot templates,skins,design and layouts: 3 columns Page1
  11. Free Blogger Template | Free Template Design | Website Template | Idwebtemplate
  12. Free Blogger Templates
  13. Free Wordpress Themes - Free Blogger Templates | InfoCreek
  14. Gisele Jaquenod
  15. MagzNetwork Blog Design | Wordpress Themes, Blogger Templates, and Web Development

Senarai ni selalu juga KakChik singgah, tengok-tengok kota ada yang lebih menarik, sesuai dengan jiwa dan konsep, KakChik pinjam untuk blog-blog KakChik. Yang mana link yang KakChik bold tu ialah link yang layoutnya ada KakChik gunakan untuk blog-blog KakChik. Itu je... sekadar nak menolong. Pandai-pandai sendiri la ya.

Bila hati gelisah

Pandangan dari dalam liang lahad


Kadang-kadang gelisah datang bertandang mengusik emosi.

Terasa seperti ingin saja membawa diri

jauh ke satu lokasi

biar dapat menyendiri,

berfikir, bermunajat pada Ilahi.

Gelisah memikirkan pelbagai situasi

yang memerlukan kekuatan jasmani dan rohani

untuk ditempuhi.

Ya Allah,

Siapakah yang ingin bersamaku memikul beban ini?

Bilakah agaknya segalanya dilangsaikan? Adakah esok hari?

Aku ingin ke sejadah mengadu sambil mengoreksi diri

tapi apakan daya ini musim 'dinihari'

hanya minda yang pantas beroperasi

dan kalbu jua yang saban waktu menyampaikan hasrat hati.

Aku gelisah.

Bimbang diri dipanggil menghadapMu Rabbi

dalam keadaan diri masih mencintai

duniawi.

Bagaimanakah aku di alam Barzakh nanti?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nukilah hati: KakChik yang dalam keadaan sayu. Kini sedang mengulang baca 2 buah buku ini.

Moga mendapat iktibar bagi yang masih hidup untuk meneruskan perjalanan hidup menuju ke akhirat. Bimbinglah dirimu sebelum kamu ke liang lahad...

23.2.09

Rumah dah jadi tadika

Beginilah suasana sebelah petang di rumah kami. 5 orang budak-budak kecik ni sibuk belajar menulis dan melukis. Dah macam tadika dah rumah kami. Inilah yang menghilangkan segala tekanan di tempat keje. Bila sampai je kat rumah, nampak anak-anak sedara bising, meriah sedang belajar, macam dalam tadika. Cikgunya tentulah CikNi (Adik) yang sedang sakit tekak tu.

Giliran KakChik ialah bercerita dengan diorang di sebelah malam. Membaca komik Baby Blues dengan diorang sampai naik sakit perut ketawa sebab banyak sangat soalan yang diorang tanya. Watak Zoe dan Hammy memang ada banyak persamaan dengan budak-budak ni. Kadang-kadang tak terbuat keje sendiri sebab dipaksa diorang bacakan buku.

Masing-masing seolah-olah serius sedang belajar. Walhal dalam semua yang ada tu, hanya Iffah sorang yang betul-betul dah kenal huruf, yang lain tu hanya tiru bentuk huruf yang mereka selalu lihat. Kiranya kena ucap terima kasih kat CikNi yang rajin mengisi masa lapang diorang dengan aktiviti macam ni. Si Manis Amni pun sibuk tumpang sekaki. Yang dia tau, makan kertas, hehehe.

Nak tengok macamana kelas berjalan tak? Sila klik video kat bawah ya.

video

Ibu bapa sentiasa mengimpikan mempunyai anak-anak yang soleh dan terpelajar.

22.2.09

Hadiah Dari Noorma & CikMin

Note: KakChik mintak maaf sesangat sebab telah tersilap nama pemberi award tu. KakChik ni mamai agaknya, tu yang boleh tertukar antara Noorma dengan Suzi. Noorma, maafkan KakChik ya sebab tersilap.

This is the special award from dear Noorma. Terima kasih banyak ya Noorma atas pemberian award ni. KakChik suka sangat. Noorma ni KakChik letak link blog dia kat senarai Chef-Chef Inspirasiku sebabnya dia rajin memasak dan selalunya update terbaru mesti pasal makanan, hehehe. Yang terbaru tu roti kerca (selalu gak tengok dalam myR tapi tak teringin lagi nak try). Satu lagi Noorma ni penulis... dah tulis beberapa buku cerita untuk pelajar sekolah. Antara yang KakChik jumpa ialah Padah Ponteng Sekolah dan Membebaskan Tebusan PKM (betul ke tajuk2 ni Noorma?) KakChik dok ingatkan dia tulis novel cinta :) ...

Yang keduanya ialah hadiah istimewa dari orang yang baru balik dari Jakarta. Seronoknya kalau dapat tumpang sekaki dengan CikMin & The Gang melancong ke Jakarta. Melihat keindahan saujana mata memandang ni. Kata orang jauh berjalan luas pandangan. Terima kasih ya CikMin. Rasa macam nak buat desktop background je hadiah ni. Sejuk... hati melihatnya.

Hadiah pemberian kalian berdua ni KakChik amat hargai. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan untuk Noorma & CikMin sekeluarga dunia dan akhirat.

Dan KakChik mengharapkan Noorma dan CikMin sudi menerima kad di atas ni sebagai tanda persahabatan dan terima kasih.

21.2.09

Updated - Blogger Asyik 'Server Error'

Assalamualaikum semua.

KakChik cuma nak tulis pendek je sebab Blogger sedang bermasalah ni. Dia punya skrin utama pun bila lepas login memang pelik.

Ok,

1. Semalam KakChik tak dapat nak update langsung sebab a) tak dapat login blogger, b) ada kelas ganti HDPS4203 9 pg - 12 tgh dan c) sibuk melipat kain dan memvakum bilik SOHO.

2. Hari ni sampai ofis KakChik dah boleh login tapi menu2 dan layout kat dalam blogger ni jadi berterabur macam dalam Safe Mode. Tak boleh nak upload gambar.

Inilah rupa dashboard kakchik siang tadi. Sekarang dah ok.

3. Nasib baik boleh menulis tapi tak pasti bila klik Publish, dia menjadi ke tidak. KakChik cuba ya.

19.2.09

Hari ni hari Khamis

Assalamualaikum.

Bila hari Khamis maka banyaklah pulak aktiviti yang nak dibuat dari pagi sampailah ke petang. Sekarang ni dah 2.41 petang, KakChik sebenarnya masih keletihan selepas pulang dari melangsaikan beberapa tugasan.

Dari awal pagi sudah tersedia menanti:
  • 1 bakul kain kotor untuk dicuci
  • 1 bakul kain-baju untuk dilipat
  • beberapa helai baju untuk digosok
  • sarapan untuk orang-orang nak ke sekolah dan ke tempat keje - hari ni masak penkek lagi.


Ingatkan dapat siapkan keje-keje tu dengan cepat sebab Kakak dan ke sekolah dan Nana senang diuruskan, bagi buku sebuah, dia akan ralit menghadap buku tu sambil mulut becok bertanya itu ini. Tup-tup datang pulak Ikhwan, Iffah dan Amni. Ikhwan tak ke sekolah, demam dan si Iffah katanya malas nak ke tadika. Amni tak apa bibiknya ada. Kelihatannya hari yang aman kembali gegak gempita. Alahai, kain-bajuku... nak dibiarkan budak-budak tu kesian pulak Ummi yang tak berapa sihat tu.

KakChik layanlah sebentar diorang terutama Nana dan Iffah sebab si abangnya dah terbaring tak larat. Kesian pulak, Ikhwan ni selalu je demam. Antibodi apa yang di kurang agaknya?

Dalam dok sibuk tu, kakak pulak datang mintak tolong hantarkan dia ke kliniknya sebab depan klinik susah nak parking sebab RHB buat karnival. Klinik dan RHB berjiran, habis parking lot diambil RHB. Tapi lepas negotiate dengan kakak, lagipun masa tu KakChik ni belum mandi, badan masih berbau minyak menggoreng penkek dan kain masih dalam mesin basuh. Dan... lega... kakak kata biarlah dia pegi sendiri.

Bila budak-budak dah makan dan sedang main sekolah-sekolah, KakChik cetak invois pelanggan-pelanggan yang order buku sebab pagi ni semua bungkusan nak dihantar melalui poslaju. Sebelum tu nak kena singgah di MariBaca dulu dan ke rumah kawan mengambil buku barulah ke pejabat pos. Bila sampai di kedai, otak takde fikir lain, "Jangan le tuan kedai datang hari ni. Malas KakChik nak berbahas dengan dia." KakChik hot sikit dengan tuan kedai ni, tiba-tiba je nak naikkan sewa. Kedai bukannya besar mana pun, bukannya ada pembaharuan pun dan kerosakan yang 5 tahun lepas pun belum dibaiki, tiba-tiba dia nak naikkan sewa! Katanya nak tambah RM250 lagi dari harga sewa yang lama. Isyk, geram betul ingatkan tuan kedai ni. Padahal dalam Perjanjian Sewa yang kita sain pada 2005 terang-terang kata selepas 5 tahun baru sewa naik. Maknanya tahun depanlah. Nasib baik dia tak datang. KakChik cabut ke pejabat pos.

Pejabat pos di hujung minggu bialah ramai orang, terpaksa tunggu giliran melepasi 30 orang. Kaunter ada 6 tapi yang dibuka cuma 3. Tahu-tahu sajalah macamana ramainya orang kat Pej. Pos KK tu. Lepas tu ada saja yang nak potong line. Kurang kesedaran sivik sungguh! Sepatutnya nak cepat datanglah cepat, dah kita lambat, ingatlah sikit orang yang masih lama dan lebih awal menunggu ni. KakChik dok aja kat situ sambil tengok gelagat orang. Ambil iktibar buat diri. Selalunya KakChik bawa buku tapi kali ni nak cepat tertinggal pulak kat dalam kereta. Jadi dok buang masa ajelah... sambil otak berfikir-fikir pasal tugasan yang belum siap.

Alhamdulillah, 12.45 selesai urusan di pej pos, terus pecut (berhemah ya) balik ke MariBaca semula, ada pelanggan tetap sedang menanti. Adik-adik tu memang peminat setia buku-buku Ain Maisarah, penulis novel remaja terbitan PTS. Mereka datang nak ambik tempahan untuk buku Impiana 3 dan Aku Mahu Ke New York 1 & 2. Bila sampai, diorang dah takde. Kata Aziah (sepupu), diorang dah ke sekolah dan janji akan datang ambik buku hari Sabtu ni. Sabo ajolah... takpelah kalau macam tu, serah kat Aziahlah uruskan.

Dari kedai KakChik ke kedai borong pulak untuk beli barangan dapur yang Ummi pesan. Nasib baik dekat saja tempatnya tapi punyalah ramai orang beratur nak membayar. Tau ajelah kedai borong ni yang kami panggil gudang, memang tempat peruncit beli barang tentulah dalam troli diorang bertimbun-timbun barang. KakChik punya hanya 5 item saja dibeli untuk bekalan 2 minggu (bihun, kek apollo, serbuk teh, kraker dan teh ais segera) untuk menjamu pekerja yang sedang buat rumah tu. Beratur panjang le ... perut pulak keroncong, lidah minta dibasahkan, aduhai... sabar la, sekejap lagi selesai.

Balik ke rumah, elok masuk ke dapur dengan barang-barang azan Zohor pun berbunyi. KakChik makan juga separuh biji penkek untuk alas perut takut masa solat nantikan terbayang-bayang pulak. Dapat tunaikan solat dan makan tengahari, rasa macam hilang masalah sehari, hehehe.

Patutnya KakChik gi BIMB ni tapi terpaksa kenselkan sebab dah takde masa nak studi dan siapkan pembentangan untuk pagi esok. Esok ada kelas ganti yang tak jadi petang Jumaat lepas. KakChik kena present 2 tajuk, jadi petang ni kena studi dan buat presentation. Ok, itu saja setakat ini. Jom tengok buku!

18.2.09

Saja nak kongsi

Kuih untuk makan pagi staf-staf Zahra'. KakChik makan karipap je.

Makan tengahari, Mee Bandung. Mmmm.... sedaaaaap...

Tak dapat nak tulis panjang, banyak keje.

17.2.09

Ela... Tag dah jawab ni

Assalamualaikum semua.

Macam biasa bila pepagi ni gi jalan-jalan blog kawan kalau takde isu yang nak KakChik tulis. Bila dok jenjalan ni ada kawan-kawan yang terkena tag dan diorang pu dah jawab. Eh, KakChik masih ada hutang tag yang belum berjawab, 5 tag lagi. 3 tag tu memang panjang jadi KakChik peram dulu lah sebab memerlukan masa nak menjawabnya. Sekarang ni keje ofis dan keje kedai memang banyak jadi keje nak jawab tag ni terpaksa tengok keadaan.

Tag terbaru ni KakChik terkena selepas saja-saja berjalan ke Doha. Tengok-tengok dah kena tag... Ela, Ela... diam-diam dia tag KakChik. Ok, lah yang ni tagnya pendek dan senang, jadi KakChik boleh selesaikan bila ada masa luang yang sikit macam sekarang ni. Jom tengonk tagnya.

::Rules::
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.

Go to the 6th picture in that folder.

Put the picture on your blog and description of it.

Invite six friends to join the challenge.

Link them in your blog and let them know they have been challenged

Ini jawapannya:

Folder no 6 dalam My Pictures tu ialah folder bernama 02022009 dan gambar no 6 dalam folder tu ialah gambar pizza kat atas tu. KakChik pernah cerita pasal pizza ni dalam posting yang ni, Pulun Bakar Pizza. Kawan-kawan boleh baca cerita selanjutnya kat situ ya.

Jemput 6 orang 'join the challenge'... tang yang ni KakChik jadi pemalas la pulak. Kesian nak pilih 6 je. KakChik jemputlah semua kawan-kawan yang di senarai Chef-Chef Inspirasiku dan Teman Blogger tu untuk menjawab tag ini. Kalau kawan-kawan SUDI...

Ok, dah selesai.

16.2.09

Mood turun dan naik

Hari ni cuaca berjerebu sejak pagi tadi. Sekarang jam 12.53 tengahari, matahari dah mula nak menghilang, awan pun makin mendung. Sebentar je matahari terang. Harap-harap hujan la hari ni sebab dah banyak hari cuaca panas terik. Batuk ni pun masih belum kurang. Dah cuba dua petua yang kawan-kawan bagi tu tapi belum nampak kesannya. KakChik teruskan makan ubat dan minum air asam jawa diperah asam limau.

Mood takde... musim perubahan hormon ni. Kalau tak banyak sabar dan bertenang, ada lah yang nak kena marah hari ni. Jadi ketua orang ni memang kesabaran cepat teruji terutama di masa kitaran bulanan. Hari ni belum tegang lagi tapi ada tanda-tanda ke arah itu... huhu, mintak dijauhkan Allah. Tak mahu buat orang sakit hati. Kalau ada yang terasa tu KakChik nak mohon maaf awal-awal. Maafkan ya.

Hari ni ada kuih makan pagi kat Zahra' bertukar kepada nasi impit bercampur pulut pagi, tak pernah makan lagi. Dila kata sekali-sekala tukar selera tapi KakChik belum ada selera nak makan ni. Cuma rajin ambil gambar je tapi tak dapat nak upload sebab card reader rosak la pulak. Jadi layan lunch kelmarin ajelah. Kalau menjadi nanti KakChik update.

Mee Goreng Basah yang KakChik makan untuk tengahari semalam. Mak oi... pedas sungguh, sampai berair hidung dan mata. Kuah kicapnya agak pahit sebab banyak sangat kot diorang masukkan sampai meleleh keluar dari polisterin. Lepas ni tak mau dah KakChik beli mee ni. Kembali dengan Bihun Tomyam atau Mee Bandung.

Ok, rehat dulu. Nak tenangkan diri yang mood kurang ni sambil tunggu Zohor.

15.2.09

Dia datang dah...

Membimbangkan.

Dunia semakin kacau. Kanak-Kanak menjadi ibu bapa. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Kita akan mula bertanya, "di mana ibu bapa mereka?", "salah siapakah sampai mereka boleh berzina?", dan macam-macam soalan lagi.

Sebagai Muslim, kita memang belum cukup berperanan. Bimbangnya perkara ini lambat laun menjadi satu kebiasaan.


Pasangan kekasih kanak-kanak yang 'clueless' bagaimana nak menyara & membesarkan anak mereka.

14.2.09

Hilangkan Stres Dengan Memasak

Assalamualaikum & salam rehat untuk semua.

Hehehe, siang tadi banyak stres, stres masa mesyuarat, stres menyiapkan senarai buku untuk suku pertama tahun ini, stres kena tipu (ops, yang ni sekejap saja dah hilang ya) dan stres kereta kena potong mengejut oleh pemandu 'gila'...

Balik je ke rumah, siapkan air minum untuk Cik Abe dan terus cek oven yang telah dibaiki. Hmm... jom masak sesuatu. Bila KakChik dapat membakar sesuatu dalam oven tu, secara automatik hilang semua stres yang dirasa cuma satu stres yang tak hilang-hilang lagi ni... stres otot bahu... hehehe nanti Cik Abe boleh tolong urut.



Si Munzir dari Khamis lepas dok mintak nak makan Pasta Sup Cendawan, tapi KakChik tak berapa rajin nak buka tin campbell tu. Main taram ajelah apa yang ada dalam gobok dan cepat boleh dimakan. Maka terjadilah 'Shangria Pasta' - nama yang Adik berikan, entah dia ambik dari mana. KakChik rasa pernah dengar dia sebut pasal satu drama Taiwan yang tajuknya bunyi macam nama pasta tu. Anyway, tak kisahlah... KakChik cuba-cuba je... lebih kurang macam makaroni bakar je rupa pasta ni.

Inilah dia Shangria Pasta.

Resepi boleh tengok di My Culinary Adventure.

Cukup dulu setakat ini. Selamat berehat semua... esok masih ramai yang boleh berehat, KakChik keje... tata.

Hati sakit tapi terpaksa ...

Inilah yang ditinggalkan, balang kosong yang telah rosak.

Tadi, pekerja @ sepupu KakChik hantar mesej kata ada orang gi hantar pemadam api kat kedai. Hai, siapa pulak yang memesan? KakChik pun balaslah kata takde pesan pun nak pemadam api. Dia pulak tak baca mesej, habis kena tipu dek 2 orang malaun tu. Hangus RM100, free-free je diorang dapat. Iiiii.... geram je rasa, nak marah kat sepupu pun tak jadi apa jugak. Bila dia dah bayar tu baru dia nak tel bagitau... padahal KakChik dah pesan sebelum ni, kalau ada orang pelik-pelik gi ke kedai kata bos order apa-apa jangan bayar melainkan KakChik dah maklumkan awal-awal. Tel KakChik dulu... tapi dia lupa, panik kena gertak kat 2 malaun tu yang kata, dah order tu bayarlah! Isyk...

Hai... sabar ajelah. Bukannya senang pun nak cari balik 2 manusia tu. Sah, sah penipu. Tinggalkan bil kosong, datang pulak naik teksi... isyk, geram.... dah dapat duit terus cabut. Sepupu pulak tak ambik apa-apa maklumat, no tel ke... nama syarikat ke... dia kata dia ingat no teksi, tapi no teksi nak buat apa?

Maaf lah kawan-kawan, nak lepas geram jugak. Geram kat sepupu pun ada, geram kat malaun 2 orang pun ada. Kita ni tengah pening-pening lalat lagi baru sudah mesyuarat bincang kewangan Zahra', datang pulak musibah sebegini.

Ok, okay... KakChik dah ok sikit.

Tadi jantung KakChik dah kencang la sikit tapi sekarang dah normal... oklah, nak takdir Allah hari ni KakChik akan rugi RM100, terima aje. Allah nak hapuskan dosa KakChik la tu. Lagipun kes ni bukan senang nak selesai sebab malaun tu pun dah tak tahu ke mana.

Sepupu kata dia akan bayar sebab dia yang senang-senang guna duit kedai bayar benda tu. Tapi KakChik tak sampai hati la pulak. Gaji dia pun bukannya banyak sangat. Macamana kawan-kawan? Apa pandangan anda dalam soal ni?

Jom Baca Cerpen!

Assalamualaikum semua. Hari ni KakChik ada mesyuarat kejap lagi, jadi kot-kot la semasa KakChik bermesyuarat tu ada kawan-kawan yang datang menjengah, KakChik nak hidangkan cerpen dari seorang kawan rapat iaitu Ummu Abbas. Tapi KakChik tak ambik semua, kira-kira macam ni lah, jika kawan-kawan nak baca cerita selanjutnya, boleh la singgah ke blog dia, Islam Itu Indah.

Ok, cerpennya bertajuk ANDAINYA SUAMI SEORANG YB.

Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak usiaku menjengah remaja, aku bertanya pada diri, apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Kekayaan? Disenangi ramai? Punya peminat tersendiri? Glamour? Wajah yang cantik?

Setakat yang aku tahu, semua manusia suka pada keindahan, kecantikan, kemewahan, pengaruh yang luas dan kuat, kedudukan atau pangkat yang tinggi, disayangi ramai dan pelbagai lagi yang muluk-muluk. Baik di kalangan lelaki, wanita, dewasa dan kanak-kanak. Aku teringat satu ayat Quran yang bermaksud,

‘Diperhiaskan kepada manusia itu kesukaan kepada keinginan-keinginan nafsu seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak terdiri dari emas, perak, kuda yang bagus, haiwan ternakan, dan tanam-tanaman. Itulah nikmat hidup di dunia. ‘

Hmm, aku salah seorang dari manusia itu. So tak salahlah kalau aku pun sukakan semua tu. Macamana cara aku akan mendapatnya? Zaman sekarang ni, bak kata orang ‘ada duit semua jadi’. Boleh buat istana besar 20 bilik. Lengkap dengan kolam mandi, spa, taman bali, landskap ‘omputeh’ dan lain-lain. Duit juga boleh mancungkan hidung di Bangkok, sedut lemak di salun-salun, slimkan badan di pusat-pusat kecantikan, putihkan kulit dengan tempe…ish… biar betul!.

Aku pakai tudung pun masih boleh berfesyen. Sejak ada penganjuran IFF oleh Dato’ Shah Reda meluaskan lagi pemilihan ‘gaya Islam antarabangsa’. Hmm, aku tentunya tidak akan kekeringan idea lagi memilih fesyen sesuai dengan majlis. Tambahan pula kalau suami aku menang pilihanraya tidak lama lagi. Boleh lobi labu-labi biar cepat naik pangkat. Kalau bukan exco… MB terus. Senang cerita. Masa tu dah tentu ramai tokeh-tokeh yang nak masuk rapat dengan suami aku menawarkan komisyen itu dan ini. Aku dok dengar sekarang ni tak main komisyen ratusan atau ribuan. Lekeh sangat bunyinya. Paling sedap sejuta! Jutaanlah…! Wah, makin kecur liur aku dibuatnya. Ish… ini tak boleh jadi ni. Aku mesti giat berkempen untuk suami nanti. Pada keluarga dan kawan-kawan. Jiran-jiran.

Aku dah berangan-angan nak bina istana maha agung mengalahkan istana Dato’ Zaki Di. Aku juga mahu meng’anak dara’kan semula wajah dan bodi aku di pusat kecantikan berprestij. Tak kan aku nak langgan di tempat yang hanya caj RM600- RM700 je. Buat ke aku koma, tak ke naya… cantik macam Maya pun dah tak guna kalau dah jadi mayat hidup. Aku juga mahu shopping kat Perancis, London, Jepun, Dubai dan merata tempat lagi. Bukan setakat 20-30 buah kereta nak mengangkutnya. Bahkan berpuluh buah lori.

Mak Tak Sokong

Suatu hari, mak aku datang ziarah aku. Dia selalu juga jenguk aku. Sebab aku jarang jenguk dia. Rumah mak kat kampung sebelah aje. Mana aku ada masa nak jenguk dia lagi. Bahang pilihanraya dah makin panas.

‘Minah, mak tengok kau sekarang ni tidur tak lena, makan tak basah…eh tersasul pulak. Makan tak kenyang. Mandi tak basah… kau mabuk cinta lagi ke?’ Mak menyapa aku yang tersenyum-senyum sambil menyapu sampah di dapur.

‘Eh..mak ni. Abang Khair tu sorang aje jantung hati saya. Tak lama lagi kan Abang Khair akan bertanding.’ Sahut saya.

‘Iya lah… tu. Tak salah telahan mak ni Minah. Kau tu mabuk cinta dunia. Mak datang ni pun kerana tak tahan dah dengar orang sekeliling cakap pasal kau.’

‘Cakap pasal saya?.. Pasal apa mak?’

‘Kau dah mula berkempen sana-sini. Kata suami kau baik. Beramanah. Alim. Setakat mak tahu, menantu mak tu alim-alim kucing je…’

‘Eh..takkan puji suami sendiri salah kot? Itu bukan kempen namanya mak. Borak-borak biasa orang pompuan. Calon-calon yang akan bertanding belum diluluskan. Borang pencalonan pun tak isi lagi. Macamana mak boleh kata saya berkempen.’

‘Alah..macam mak tak tau taktik kau… Mak ni bukan apa Minah. Mak tak nampak sangat suami kau tu layak jadi calon. Amanah dan tanggungjawab wakil rakyat ni berat Minah.’

‘Ayah dulu kan wakil rakyat jugak. Dulu, mak pun berkempen untuk ayah juga. Ke hulu ke hilir. Sampai saya pun jarang dapat tengok mak…’

‘Dulu lain Minah. Mak tak faham sangat soal amanah wakil rakyat yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Sejak ayah kau meninggal, baru mak ada masa sikit menambah ilmu.’

Aminah diam sahaja sambil menyimpan penyapu di stor belakang dapur.

‘ Selagi nama abang Khair naik untuk dicalonkan, saya akan terus berkempen untuk dia mak. Itu tanggungjawab saya sebagai isteri. Lagi pun, akhir-akhir ni pucuk pimpinan mahu sangat orang yang berimej seperti abang Khair tu. Alim kucing pun…alim kucing lah. Kalau alim betul-betul, tak sesuailah pulak dok dalam parti Barisan Naik-naik ni.’

‘Moga Allah berikan hidayah kepada mu nak.’ Doa Datin Fatimah dalam hati.

sambungan...


Sehingga itu, jumpa lagi selepas jam 12.30 pagi ya.
Related Posts with Thumbnails