Followers

31.1.09

Kesan Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulut Kita

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan blog-hopping dan terjumpa entri yang menarik ini dari blog Pn. Suzana Ghazali. Insya-Allah sebagai orang dewasa yang waras kita dengan mudah dapat faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis asal artikel ini. Silakan membacanya dan jom kita sama-sama buat eksperimen selepas ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik. Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji, sayapun tertarik untuk melakukannya.

Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti:

Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "

Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu rumah untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat kedua-dua botol.


Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik


Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik

Keputusannya: Inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu berlalu:
Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Sekarang anda bolehlah mencubanya sendiri……….

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan di sekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Pengajaran: Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

****Awasi setiap kata-kata yang anda luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!

Sumber: Blog Suzana Ghazali

Terima Kasih Mr. Erdogan

Rasa nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Mr. Recip Tayyib Erdogan kerana sungguh berani memperkatakan ketidak-puasan hatinya terhadap Isreal di Pentas Dunia, di Davos. KakChik nak bagi tabik spring kat beliau.

Ada orang kata, Erdogan adalah anak jantan yang bagus, berani, tegas, erk... walaupun Turki ada hubungan diplomatik dengan Israel (huhu, yang ni kena review semula ni.)

Tengok apa Erdogan kata,

".....you kill people! When it comes to killing, you know it too well!!"

"I find it very sad that people applaud what you said,"

"You killed people. And I think that it is very wrong."

"I did not target at all in any way the Israeli people, President Peres, or the Jewish people," .
"I am a prime minister, a leader who has specifically expressly stated that anti-Semitism is a crime against humanity"

"Don't interrupt me. You are not allowing me to speak."....... "I will not come to Davos again."


Kata seorang blogger pulak,
Kalaulah pemimpin negara kita macam itu.... tabik spring teman!!!
Namun malang sekali... yang ada rasa nyer cuma species yang.......

  • jenis angguk-angguk...geleng-geleng..
  • ada syndrom inferiority complex bila berdepan dengan pemimpin dunia sebelah sana.
  • hilang suara untuk memperkatakan tentang keadilan dan kemanusiaan bila berhadapan dengan kuasa dunia yan berpengaruh....
Tapi yang menghairan...... kalau dekat Malaysia..... fuuhh mak, lagak mereka macam jagoan!!!
Dengan gayanya.... dengan lantang suaranya..... dengan expressi mukanya.... ya Allah tak siapa lagi lah yang hero dan tak sape lagilah anak jantan.... tapi habuk pun tarak!!!
Itulah retoriknya pemimpin kita. Berubah lah banyak... tak boleh banyak sikit pun jadi ler!!
Tengok.... Erdogan balik ke negara dia... dia disambut macam hero oleh rakyat dia!!! Dan semua orang bercakap tentang keberaniannya.
Tak teringin ke, nak jadi macam dia.... disanjung rakyat jelata....

Apa pula kata diri kita?

30.1.09

Alhamdulillah... Dapat 4 Flat


Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukurnya kepada-Mu Ya Allah. Terima kasih banyak kerana mengizinkan hamba-Mu ini mendapat keputusan ini. Insya-Allah 5 semester yang masih berbaki akan aku usahakan sebaik mungkin. Biar angka 4 akan menjejaki diri ini sepanjang semester hinggalah aku graduat 2010 nanti.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

KakChik Dah Jadi Jutawan!!!

Assalamualaikum semua. Ceria-ceria selalu ya.

Hari ni lagi ceria, sebabnya KakChik dah KAYA! Kaya sungguh!

Ramainya orang nak bagi duit FREE-FREE kat KakChik. Dari awal minggu ni tiap-tiap hari ada je email yang sampai MEMBAWA KHABAR GEMBIRA yang KakChik ni BERTUAH. Ada yang bagi KakChik lebih dari 1 JUTA POUND, ada yang kata KakChik MENANG LOTERI 340 billion, ada kata KakChik TERPILIH kerana punya bisnes yang mantap, syarikat nak bagi hadiah 1/5 juta, macam-macam lagi.

Oh, alangkah bertuahnya nasib badan...

Alangkah bertuahnya KALAU SEMUANYA BENAR.

TAPI...

SEMUANYA PALSU belaka... SEMUANYA SPAM, SPAM, SPAM

Menyesakkan ruang email saja. Menyerabutkan. Menyusahkan KakChik, kena delete, kena setkan SPAM. Banyaklah diorang punya auta. Ingat kita tak tau ke diorang tu PENIPU. Kita ni orang ISLAM, mana ada main loteri. Kita tak pernah kenal pun siapalah kat Nigeria tu, pangkat PANGLIMA lagi tu... Kita tak pernah pergi pun kat UK tu, mana ada pernah melabur ke apa ke kat sana. Isyk, isyk, isyk... boring betul dengan SPAMMERS ni yang juga boleh kita panggil SCAMMERS.

KakChik rasa kawan-kawan pun dah jadi JUTAWAN macam KakChik juga kot.

29.1.09

Semangat Nak Ke Tadika

29 Januari 2009, Kakak lengkap beruniform Tadika Iman, ikut KakChik ke BIMB, tak mahu masuk dalam tadika. Gementar kot sebab baru nak masuk sekolah.

Semalam KakChik membawa Kakak @ Ameerah ke Tadika Iman berdekatan Zahra' untuk mendaftar diri ke tadika. Masa kat rumah punyalah semangat dan beraninya dia nak ke sekolah tapi bila sampai je kat pintu pagar sekolah, terus jadi lembik, menangis tak mau turun dari kereta. Last, last KakChik sorang yang masuk ke dalam sekolah jumpa Gurubesar dan bincang-bincang pasal yuran dan lain-lain. Ibu Kakak (La) masih belum dapat bertukar ke hospital di KB tapi akan pindah balik ke KB mungkin bulan depan, jadi dia mintak tolong KakChik daftarkan Kakak, bimbang ketinggalan. Umur Kakak pun dah nak masuk 5 tahun, sepupu-sepupunya yang sebaya, Syuhada, Aqim dan Iffah semua dan ke tadika dan sudah pandai menulis. Tinggal Kakak sorang je yang belum sekolah.

Selesai semua urusan, KakChik dah belikan uniform Kakak, sampai kat rumah baru dia nak cuba. Semangat... tapi menangis tak mau masuk. Itu cerita semalam. Hari ni pagi-pagi lagi KakChik dah siap mandikan dia dan hantar ke Tadika Iman, dengan uniform lengkap tapi sama macam semalam jugak, menangis tak mau masuk. Akhirnya balik je ke rumah. Kata Kakak, nak Abah yang hantarkan. Hmm... kenalah tunggu adik ipar KakChik balik dari outstation minggu depan. Kakak...Kakak...

28.1.09

Palestin Untuk Kita Dan Anak-Anak


"Nak, kalau nak bantu rakyat Palestin, tolonglah ibu dan ayah buat kerja di rumah

Biar ayah mu ada masa untuk edar risalah boikot Israel/US.


Nak, kalau kesian tengok anak Palestin dibom
Belajarlah rajin-rajin
Dapat kerja elok-elok
Dapat gaji, dermalah untuk bantu umat Palestin.

Nak, kalau kau marah pada tentera pengganas Israel
Janganlah kau beli lagi barangan Israel/US
Pesan pada kawan-kawan kau yang tak tahu

Nak, orang kita masih ramai tak peka lagi
Semalam khutbah Jumaat di Bongek tak bincang isu Palestin
Khutbah Jumaat di Batu Pahat bincang isu kesihatan

Bukan salah mereka
Tapi salah orang-orang macam ayah ni
Tak kerja sungguh-sungguh untuk beri kesedaran

Belajarlah rajin-rajin nak
Tolonglah ibu di rumah nak
Biar ayah boleh edar banyak risalah lagi

Rozmal bin Malakan

Semangat Nak Solat

Amreena @ Nana, 3 tahun yang memang semangat nak solat. Hapir setiap hari minggu lepas dok menelefon Tok Meknya minta dijahitkan kain sembahyang. Balik cuti raya Cina ni memang dia rajin ambil wudhu' dan solat ikut mak-mak sedaranya. Suka sungguh hati ni tengok Nana.

Sedia nak solat Isyak. Sebenarnya gambar ni diambil sebelum solat hajat beberapa hari lepas.

Semoga, ibadah solat ini menjadi pembina karekter yang baik pada diri anak-anak sedara KakChik. Biar mereka membesar sebagai hamba Allah yang soleh/solehah.

27.1.09

Tak ke mana-mana, perut tak sihat

Assalamualaikum semua. Hari ni KakChik tak ke mana-mana pun. Rumah ni riuh-rendah dengan telatah anak-anak saudara KakChik berlarian ke sana ke mari tapi KakChik pulak dok tunggu bilik air je. Perut ni entah kenapa tak tau? Barangkali malam tadi makn sup banyak sangat. Sepatutnya KakChik ke MariBaca hari ni nak cek stok dan kemaskinikan tempahan pelanggan, gayanya dok kat rumah ajelah.

Kemas-kan stok kat dapur terutama dalam gobok buruk tu. Sekarang masih meneruskan boikot, jadi KakChik gantikan Milo dengan Vico. Belum bukak pun lagi sebab dah lama tak minum Vico, ambil masa lah sikit nak biasakan diri. Yang lain-lain stok untuk buat pizza, roti, pau dan penkek.

Maaflah ya, perut sakit pulak. Isyk, jumpa lagi.

26.1.09

Betul ke hari ni Gerhana Matahari?

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan berketurunan Cina.

KakChik nak bertanya sikit. Betul ke hari ni akan berlaku Gerhana Matahari? KakChik baru terbaca di satu blog yang mengajak untuk solat sunat gerhana petang ni. Tapi, kalau memang benar makluman tu, kita ni tau ke macamana nak solat gerhana tu?

Ok, ikut maklumat yang KakChik baca, bila berlaku gerhana, kita dianjurkan mendirikan Solat Sunat Gerhana. Bagaimana caranya ya? Ok, berikut ialah cara nak solat gerhana. KakChik cut & paste dari sini.

GERHANA MATAHARI ~4.30 - 7.00 PETANG

~Jangan lupa solat sunat Khusyuful Shamsi (Gerhana Matahari)


Cara Solat:
  • Niat - berimam "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"
  • Jika solat seorang diri "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Raka'at Pertama
  • Takbiratul Ihram
  • Baca Surah A-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Baca Al-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud (macam solat biasa)
Rakaat kedua
  • Baca Al-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Baca Al-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud
  • Tahiyyat Akhir
* Kalau boleh baca surah panjang @ mana-mana ayat dari surah Al-Baqarah
** Jika berimam sunat membaca khutbah selepas solat

*** Jika tidak berkesempatan solat sunat seperti solat sunat biasa


Kalau petang ni memang gerhana, jom kita sama-sama solat sunat gerhana.

Sarapan: Nasi Kerabu & Penkek Gebu

Assalamualaikum semua. Hari ni cuti kan. Untuk Kak Aliya, Selamat Tahun Baru Cina! Semoga akak dapat bergembira bersama keluarga. Hari ni KakChik buat penkek lagi tapi kali ni penkeknya lebih gebu dan lembut. Agaknya sebab masukkan minyak zaitun kot.

Dan... kami juga akan makan nasi kerabu. Masa KakChik dok menulis ni, Ummi sedang hiris ulam-ulamannya. Yang dalam gambar tu sebahagian dari bahan-bahan dalam nasi kerabu. Ikut arah jam, sambal kelapa (kelapa goreng + serai + halia + bawang merah + bawang putih), sos budu (budu + cilipadi + limau nipis), sambal pedas cili padi dan sambal ikan tawar (isi ikan rebus digoreng).

Nantilah lepas ni KakChik update dengan gambar hidangan siap ya. (dah siap dah hidangannya)
Jemput makan ya. Ke.... ada yang masih berbungkus dalam selimut ni? Hehehe

25.1.09

Sarah, Terima Kasih Banyak Ya

Keluarga MamaHusna = Sharing is Caring

Hati siapa yang tak gembira bila dapat jumpa dengan teman blogger. Hari ni KakChik amat-amat gembira, dapat bertemu Sarah @ mamahusna dari blog Sharing Is Caring. Sarah datang bersama Insyirah dan babahusna ke Zahra' menjenguk KakChik yang sedang ralit membaca akhbar online.




Happy... happy sungguh! Akhirnya kami bertemu juga. Walaupun masih baru lagi usia perkenalan kami tapi sudah rasa kemesraannya. Terima kasih ya Sarah sudi ke sini. Melihat pejabat KakChik yang bersepah dengan buku dan majalah. Malu.

Selepas sembang-sembang baru KakChik tahu yang Sarah dah pernah ke Zahra' sebelum ni. Di zaman-zaman 'single' dulu. Ye lah, walaupun jarak Machang dan KB bukanlah jauh sangat tapi bila kita bekerja dan ada keluarga, bukan mudah untuk ke sana-sini sesuka hati. KakChik seronok tengok keluarga ini yang nampaknya bahagia. Semoga ukhuwah ini akan lebih mendekatkan hati-hati kami dalam menuju jalan-Nya.

Sarah, kalau datang lagi ke KB tu, jika sempat, singgahlah kat Zahra' ataupun kat MariBaca. KakChik mintak maaf tadi tak jamu apa-apa. Tak baik sungguh tuan rumah ni! Insya-Allah, bila naik rumah baru ni KakChik jemput makan ya.

Alhamdulillah... Maha Suci Allah.


KakChik nak ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang telah sama-sama menjayakan usaha kutipan ini. Sebagai salah seorang yang turut serta ke padang stadium malam tu, KakChik amat bangga dengan kerjasama kita semua. Solidariti untuk membantu saudara kita di Palestin di samping mengeratkan hubungan di antara pelbagai kaum dalam misi kemanusiaan ini.

Syabas!

Gaza - Lebih banyak terowong digali ~ Malaysiakini

SELEPAS membaiki terowong mereka Khamis lalu, pekerja untuk seorang penyeludup, Abu Wahda mula memunggah masuk makanan melalui laluan yang sempit itu.

Terowong yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir itu kembali beroperasi biarpun ratusan tan bom dan peluru berpandu dijatuhkan Israel ke muka bumi Palestin.

Pemulihan pantas terowong itu, bagaimanapun, menyukarkan pembanterasan aktiviti penyeludupan dan sekali gus menguatkan lagi ketakutan Israel bahawa pemimpin Hamas akan menggunakan rangkaian terowong itu untuk membawa masuk senjata bagi menambah semula bekalan senjata setelah mereka dibom baru-baru ini.
"Saya berjaya membaiki kerosakan (pada terowong) dalam masa tiga hari," kata Abu Wahda yang tidak mahu nama sebenarnya didedahkan.
Menjelang tengah hari, mesin pengangkut sudah memunggah masuk 12 karung besar cip kentang.

Abu Wahda berkata laluan setinggi satu meter di bawah pasir lembut Gaza itu masih belum beroperasi sepenuhnya dan berbahaya untuk lapan pekerjanya yang sedang memunggah barang dari Mesir.
"Tetapi bahaya yang lebih teruk datang dari ruang udara jika mereka (Israel) mengebom sekali lagi," katanya.
Seorang remaja diarah bersedia di pintu masuk untuk memerhatikan kapal terbang Israel.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, berkata bahawa Israel sanggup untuk memulakan semula perang jika pengeboman masih belum memadai untuk menghentikan penyeludupan.
"Jika kami perlu lakukan operasi ketenteraan tambahan untuk menghentikan penyeludupan, ia akan dilakukan," katanya kepada Radio Israel. "Israel mempunyai hak untuk menentang penyeludupan, itu saja."
Untuk menghentikan penyeludupan itu - di samping menghentikan Hamas daripada melancarkan serangan roket di selatan Israel - merupakan objektif utama serangan Israel, yang telah membunuh 1,285 rakyat Palestin, dengan kebanyakannya orang awam.

Tentera Israel berkata mereka telah memusnahkan antara 60 hingga 70 peratus daripada terowong yang ada sebelum gencatan senjata Ahad lalu. Israel menganggarkan terdapat kira-kira 300 terowong sebelum serangan itu.

Penyeludup di Rafah, bandar sempadan selatan Gaza, tempat sebahagian besar terowong dikorek, memberitahu bahawa terdapat kira-kira 1,000 terowong beroperasi sebelum serangan itu dan sehingga 90 peratus daripadanya dimusnahkan.

Kebanyakan terowong dikorek selepas Israel dan Mesir menutup pintu keluar dan masuk ke Gaza berikutan rampasan kuasa Hamas pada Jun 2007.

Manakala Israel percaya terowong itu digunakan Hamas untuk menyeludup masuk senjata, terowong itu sebenarnya digunakan untuk melepasi sekatan Israel mengimport barangan yang sukar untuk ditemui di Gaza seperti minyak, pakaian, bekalan pembinaan, rokok dan juga cip kentang yang sudah lama mereka tinggalkan sejak diserang.

Terowong itu yang berada pada kedudukan 15 meter di bawah permukaan bumi, sebelum ini dikorek sepanjang 800 meter dari Gaza ke Mesir dengan pintu masuknya tersorok dalam rumah-rumah.

Abu Wahda dan penyeludup lain menegaskan mereka tidak pernah membawa masuk senjata untuk Hamas. Kata mereka, Hamas menjalankan penyeludupan melalui terowong mereka sendiri di kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh orang luar.

Seorang penyeludup, Abu Bilal berkata dia gembira jika diberi peluang membawa masuk senjata untuk Hamas, tetapi sejujurnya, Hamas tidak pernah meminta kami melakukannya."

Hamas pula tidak pernah menyebut sama ada mereka membawa masuk senjata atau wang melalui terowong itu, tetapi berkata urusan yang dijalankan adalah sah.
"Orang ramai tidak akan memerlukan terowong ini jika sempadan dibuka," kata Ehab Ghussein, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas.
Menariknya, aktiviti penyeludupan di Gaza dilakukan secara terbuka. Ratusan pekerja beroperasi pada Khamis lalu di bawah khemah-khemah lusuh dan rumah hijau palsu sejauh satu batu. Berdozen-dozen lagi pintu masuk ke terowong-terowong itu adalah terbuka dan tidak ditutup.

Malah, ada yang yang membuka perniagaan dalam terowong itu dengan nama The Underground Crossings.

Pemiliknya, Mahmoud Baroud, memulakan semula operasi selepas gencatan senjata bermula dan menjangkakan sekurang-kurangnya 200 pelanggan datang untuk makan tengah hari di situ.

Sekarung barangan seperti cip kentang, pakaian atau rokok yang sebelum ini dijual pada harga AS$40 (RM119) setiap satu kini mencecah AS$400 (RM1,190). - Agensi

24.1.09

Pizza, Jamuan, My Sisters and Hola-Hoop

Hai... macam ni lah kalau adik-beradik ramai pompuan. Ni baru ada 4 orang. Kalau balik yang 2 orang lagi tu, makin gamatlah rumah kami ni.


Lauk untuk jamuan malam ni, antaranya acar mentah & dalca.

Semalam dalam pukul 2 pagi, La sekeluarga sampai dari Penang. KakChik pun tak sedar diorang sampai sebab masa tu dah lena sebab keletihan balik dari stadium. Diorang bawa balik kereta baru. KakChik pun belum tengok betul-betul lagi. Katanya jenis Toyota Moist ke apa, tukar Vios hari tu. Baguslah jugak. Sebab yang ni lagi besar, keluarga pun dah makin besar, 7 bulan lagi nak dapat oarang baru lagi. Hehehe murah sungguh rezeki adik KakChik yang sorang ni.

Yang besar ni bakar guna api lower je, macam biasa.

Jadi, bila dah ramai ni, riuh-rendahlah jadinya. Tambah-tambah malam ni nak buat solat hajat dan jamuan makan kecik-kecik untuk keselamatan naik kereta baru. Dah biasa dalam keluarga kami ni, kalau beli apa-apa yang baru buat solat hajat dan jamu orang makan.


Dari pagi sampailah ke Maghrib, rumah jadi gamat dengan telatah kami dan macam-macam cerita. Kakak dan adik semua doktor, cerita pun banyak yang lucu-lucu pasal hospital dan klinik.


Yang kecik sikit ni bakar dengan api upper-lower, lebih garing dan mendapat sambutan hangat.

Tapi... sambil kita dok masak-memasak ni, KakChik sempat buat 2 biji pizza dan adik-adik pulak, sibuk main hula-hoop mengalahkan anak-anak. Tengoklah tu, isyk, isyk, isyk...


Adik-adik dan kakak yang riuh-rendah bermain hola-hoop.
Actually benda alah tu KakChik punya buat main dengan anak-anak sedara.

Abang ipar kata dah boleh buka kedai pizza, hehehe satu perangsang yang baik.
Begitulah adanya hari ni kat rumah KakChik.

Semalam di Stadium (editted)


Solat Hajat Pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin

Jemaah Muslimat semasa azan solat Isyak. Malam tadi menyaksikan ruangan padang stadium hampir penuh. Subhanallah. Tak terkata rasanya. Tak dapat nak digambarkan betapa semangat solidariti. Ya Allah, mohon Kau perkenankanlah doa-doa dari hati-hati yang datang di malam ini.

Bersama-sama rukuk, solat menunaikan amanah Allah mencari keredhaan-Nya.

Selesai sudah solat Isyak berimamkan Yb Ust. Muhammad Mustafa, ADUN Demit. Doa beliau sungguh panjang, khusyuk dan beliau seringkali terisak-isak.

Pantomen, "Kenapa Aku Dibunuh?" - ramai yang merah mata malam tadi. Moga-moga deraian air mata kita menyaksikan simulasi kehidupan di Palestin akan tidak melalaikan kita dari tugas dan tanggungjawab kita sebagai Muslim.

Pantomen dari pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang hampir berakhir.

Sebahagian isteri-isteri VIP yang memakai ikatan merah di kepala, Selamatkan Palestin. Orang ramai di padang sudah mula bergerak untuk memberi laluan kepada ruangan pentas utama.

Kelihatan wakil pemimpin HAMAS bersama YAB Tok Guru sedang mendengar ucapan dari wakil bangsa Siam, En. Charan yang penuh bersemangat (ucapan dalam bahasa Siam, hehehe).

YAB Tok Guru berucap dalam masa yang cukup pendek tetapi padat. Beliau juga yang membacakan doa qunut Nazilah. Penutup dalam hujan yang semakin lebat penuh syahdu.
Related Posts with Thumbnails