Followers

30.11.08

Ketawa Penawar Duka

EGO BETUL
-----------------


Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju je Johor Bharu melalui lebuhraya. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Setelah berehat agak lama, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: "Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!"

Suami: "Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la. Cermin mata tu pun awak tak boleh nak jaga. Nak pusing balik lagi, kena bayar tol lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni."

Si suami terus membebel sepanjang jalan manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamanapun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai di tempat tadi si isteri turun tergesa-gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tiba-tiba si suami memanggilnya semula.

Suami: "Nak pergi mana?"

Isteri: "Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!"

Suami: "Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!"

Isteri: *&^%^(##$!!!

================================================

KakChik :- Moralnya jangan cepat nak mengata orang, cek diri sendiri dulu.... kisah sebegini pernah berlaku dalam keluarga kami. Memanglah kelakar bila orang tua merajuk setelah dua-dua buat silap tapi saling tak nak mengaku... hehehe

Hadiah Istimewa Seorang Teman

Hati bagai berkata, adakah ini ujian-Mu Ya Allah?
Atau ini adalah rahmat dari-Mu?

Pantasnya masa berlalu
telah membina keakraban di hati dua insan
yang belum pernah bersua di alam nyata namun sentiasa dekat di alam maya.
Kukira, inilah antara hadiah dari dua hati yang membuka pintunya kepada talian ukhuwah
dalam berkongsi suka duka kehidupan
setelah dulu hati-hati itu pernah menadah ilmu
di bawah payung yang sama tanpa pernah kenal antara satu sama lain.

Aku titipkan terima kasihku pada-Mu Ya Allah
kerana telah menjadikan alam maya ini talian hayat dan kemesraan
di antara dua hati wanita yang saling memerlukan rahmat dan kasih sayang-Mu.

Aku mohon dari-Mu Ya Allah
Engkau eratkan hati-hati kami
dalam menjaga agama-Mu
melalui ukhuwah itu
kumohon Engkau melindungi tuan punya hati
yang telah ikhlas menerimaku sebagai tamu di dalam hidupnya.

Kuberterima kasih padanya yang telah sudi
melayan aku seolah-olah akulah teman istimewa
menganggap aku seperti saudaranya
menerima diriku seadanya
tanpa prejudis
tanpa prasangka.


Jazakillahi khairan kathira untuk 'azza dearie' di atas hadiah istimewa ini.

Ini pula hadiah yang tak seberapa dari KakChik untuk Azza. Semoga menjadi warkah membawa maksud yang tersirat di hati.


Salam sayang dari:

29.11.08

Santapan jiwa

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuhu.


"Mempersiapkan bekal"

تبلغ بالقليل من القليل
وهيء الزاد للسفر الطويل

Taballagh bilqoliil minal qoliil
wahayyizzaada lissafritthowiili
Carilah bekal dengan kehidupan dunia yang sementara ini Persiapkan modal untuk perjalanan negeri akhirat yang panjang

وطاعته غنى الدارين فالزم
وفيها العز للعبد الذليل
Wathoo'atuhuu ginaddaaroini falzami
wafiihaal'izzu lil'abdiddzaliili
Menta'ati ALLAH merupakan bekal kekayaan di dunia dan akhirat dan merupakan kemuliaan untuk hamba yang hina, maka perjuangkanlah.

وفي عصيانه عار ونار
وفيه البعد مع خزي وبيل

Wafii 'ishyaanihi 'aarun wa naarun
wafiihil bu'du ma' khizyin wabiilin
Dan mendurhakai ALLAH merupakan bekal kehinaan dan api neraka dan jauh dari rahmat dekat dengan kesengsaraan

فلا تعصي إلهك وأطعه
دواما علّ تحظى بالقبول

Falaa ta'shii ilaahaka wa athi'hu
dawaaman 'alla tuhzho bilqobuuli
Maka janganlah engkau durhaka pada Tuhanmu, ta'atilah selalu Semoga engkau diberikan keberuntungan.

وصلى ربنا في كل حين
وسلم بالغدوّ وبالأصيل

wa shollaa robbunaa fii kulli hiinin
wasallama bilghuduwwi wa bil ashiili
Semoga ALLAH mencurahkan rahmatNya tiap saat tiap pagi dan tiap petang

على طه البشير بكل خير
ختام الرسل والهادي الدليل

'alaa thoohalbasyiiri bikulli khoirin
khitaamirrusli wal haadiddaliili
Atas baginda Nabi Muhammad Pembawa khabar gembira Penutup para utusan, penunjuk jalan yang lurus.

" — Darb Al Shaleen



28.11.08

Wanita diciptakan untuk menyenangkan hati Lelaki


Soalan:
Apakah ciri-ciri wanita solehah atau wanita yang berperibadi mulia?

Jawapan:

Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja meskipun wajahnya tidak secantik mana.

Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa, sekiranya seorang remaja maka dia akan jadi remaja yang berhemah, JIKA SEORANG ISTERI, maka dia menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, DAN SEBAGAI HAMBA ALLAH, dia tunduk dan patuh hanya kepada-Nya.

Wanita berperibadi mulia ialah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah."
(Hadis riwayat Muslim)
Wanita begini sentiasa memelihara diri mereka daripada perkara-perkara tidak baik. Nilai diri mereka jauh bertentangan dengan perjuangan wanita Barat. Nilai diri mereka tidak dilihat pada fesyen pakaian yang menonjol, perhiasan yang dipakai, tetapi pada kesopanan, rasa malu dan terbatas dalam pergaulannya. Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak.

Mereka tahu bahawa syarat untuk masuk Syurga amat mudah. Seperti hadis yang menyatakan:
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu Syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."
Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya maka ia menggembirakan, apabila suaminya memerintah maka ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suami dan menjaga kehormatan dirinya. Mereka tahu bahawa dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian besar daripada penghuni Neraka ialah wanita, oleh itu mereka amat takut kepada Allah.

Wanita yang mulia juga tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki yang bukan muhrim kerana tahu bahawa Allah melaknat wanita sedemikian, begitu juga dengan perbuatan memakai pakaian jarang dan menarik perhatian lelaki maka tidak akan mencium bau Syurga.

Wanita yang mulia juga sedar bahawa wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu dia menjauhi segala kejahatan.

Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya, maka Allah tidak menerima seluruh amalannya.

Dipetik dari ruangan 'Peribadi Muslimah', Nur Julai 2003

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga kita semua (kaum wanita sahaja) sentiasa rajin berusaha untuk menjadi wanita yang berperibadi mulia ini. Tentu kita juga ingin menjadi antara ahli-ahli Syurga Allah nanti.

Sama-samalah kita RAJINkan diri kita dan BUKAkan hati kita untuk membuat perubahan positif mengikut apa yang Islam anjurkan sebabnya tentulah kita nak sama-sama berbahagia di akhirat nanti. Selamat berjaya semua!

Hari Raya Haji 8 Disember

KUALA LUMPUR, 27 Nov :-Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari Khamis mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu (Sekarang)

Assalamualaikum semua.

Pagi-pagi Jumaat ni kalau tak ke mana-mana, jom sama-sama ke kuliah Tok Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Sila ke link di bawah ni:



KakChik sedang ikuti kuliah sekarang ni. SILA GUNA INTERNET EXPLORER sebab FIREFOX tak nampak video.

27.11.08

Alamak panjangnya...!!!

Assalamualaikum semua. Petang-petang ni rasa bosanlah pulak. Nak baca buku, 'mood' tak datang-datang sebab pagi tadi baru 'exam'. Nak keluar jalan-jalan, hujan... lebih selesa dok dalam rumah, layan anak-anak buah dan baca blog kawan-kawan. Ronda-ronda baca berita 'online' sambil-sambil lihat isu-isu semasa.

Teringat pulak yang hutang TAG masih ada 2. Satu dari farah dan satu dari suri. Mmmm... sebelum ni dah tulis tak mau jawab tag dah hinggalah habis 'exam' tapi... Boleh la kan kalau kakchik jawab aje salah satu? Hilang sikit rasa bosan ni. KakChik jawab yang farah punya dulu sebab dia bagi lebih awal. Nanti lain kali kakchik jawab tag suri pula.
PERINGATAN !!! Tag ni teramatlah panjang... naik letih menjawabnya tapi boleh la... terisi juga masa lapang ni.

~~~~~~~~~~~~INI TAGnya~~~~~~~~~


01. Real name : NOR HANIZA TAIB

02. Nickname : CHIK/KAKCHIK, CHIKJA/CHE'JA & NOR

03. Status : BLISSFULLY MARRIED

04. Zodiac Sign : ARIES

05. Gender : FEMALE

06. Age : 34

07. High School : SEK TG MUHD FARIS PETRA, PENGKALAN CHEPA

08. College : NEVER BEEN TO COLLEGE EXCEPT TO UNIVERSITY

09. Height : 150 CM

10. Weight : 40 KG

11. Do you like yourself : ALHAMDULILLAH, I LIKE THIS CREATION OF ALLAH

12. Piercings : JUST EARS

13. Right or left : DEPENDS ON THE SITUATION

14. Are you a freak : NO

15. Hair : STRAIGHT & BROWNISH

16. Skin : FAIR

17. Allergic : CIGARRETTES SMOKE

18. What are you doing now : OF COURSE I'M ANSWERING THIS TAG

19. What will you doing 1 hour later : HAVING MY DINNER

20. What will you doing 10 years later : KEEP MY HUSBAND HAPPY, HAVE 5 CHILDREN, DOING MY PhD, OPENING 5 BRANCHES OF MARIBACA, OPEN A COMMUNITY LIBRARY IN MY VILLAGE, OWN A MUSLIMAH BOUTIQUE

21. Live with mother/father/parents/family : YES, UNTIL MY HOUSE IS READY

22. Siblings(included you) : 9

23. Eldest : 47, MY ELDEST BROTHER

24. Youngest : 26, MY TWO-WIFE YOUNGER BROTHER

25. Love/hate your family : OF COURSE I LOVE ALL OF THEM INCLUDING OUR IN-LAWS

26. You found your another half : YES, SINCE MORE THAN 6 YEARS AGO

27. If yes, who is he/she : MY HUSBAND la...

28. Who you want he/she to be : MY CARING-LOVING-UNDERSTANDING HUSBAND

29. Time(s) you in relationship : JUST ONCE

30. Ever woo boy/girl : NO, THEY WOO ME... heheheh

31. Anyone woo you before : YES cerita lama...

32. Did anything wrong to your other half : A COUPLE OF TIMES

33. What was/were the wrong you had done : IT'S BETWEEN ME AND HIM BUT EVERYTHING IS SOLVED NOW, ALHAMDULILLAH.

34. Ever argue with your other half : SELDOM

35. You with your other half since : 12 RABIUL AWWAL 1423HIJRAH

36. Are you straight : HEY, COME ON!

37. Reasons you love your other half : BECAUSE OF ISLAM AND ALLAH

38. You and your other half in which stage : HAPPILY MARRIED - STILL LEARNING TO LOVE AND UNDERSTAND EACH OTHER, STILL HONEYMOONING

39. You woo he/she or he/she woo you : WE OBSERVED ISLAMIC TEACHING, NO WOOING AND WE KNOW EACH OTHER THROUGH A MIDDLE PERSON (merisik khabar)

40. Ever think of marry he/she : WE ARE ALREADY HAPPILY MARRIED

41. Your first best friend : MAZIANA

42. Your first enemy : MY OWN NAFS (the inner Syaitan)

43. The friends you love the most : I CAN'T CHOOSE BECAUSE I LOVE ALL OF THEM

44. The enemy you hate the most(1only) : SYAITAN LAKNATULLAH AND HIS ASSOCIATES

45. Your most beautiful girl friend : ALL OF THEM ARE BEAUTIFUL IN DIFFERENT WAYS

46. Your most handsome boy friend : CAN'T REMEMBER... ALL OF THEM HANDSOME laaa...

47. The kind of girl you hate the most : SNOBBISH AND GOSSIPY

48. The kind of boy you hate the most : MMMMMMM... 'ALIM KUCING'

49. You fall in love with your close friend before : NO LAH... HOW COULD I FALL IN-LOVE WITH A GIRL?

51. If your friend backstabbing you : THERE'S NO IF. HOPEFULLY THEY WON'T.

52. If your friend betray you : SAME AS ABOVE.

53. If your friend woo your lover : HOPEFULLY NOT AND I PRAY TO ALLAH THAT HE'S ALWAYS IN LOVE WITH ME AND SEE ONLY ME

54. If your friends fall in love with you : PLEASE DON'T LET ME KNOW.

55. If you fall in love with your best friend : NA'UZUBILLAH

56. Are you a good student : INSYA-ALLAH, ALWAYS TRY MY BEST TO BE GOOD IN EVERYTHING I DO AND MUSLIM MEANS THE BEST.

57. You always done your homeworks/assignments : OF COURSE

58. The teacher/tutor you love the most : I LOVE ALL OF THEM BECAUSE ISLAM TAUGHT ME TO RESPECT AND LOVE MY TEACHERS/TUTORS

59. Always late to school/college : SELDOM. I LOVE TO BE EARLY.

60. Your class : PREVIOUSLY SOFTWARE ENGINEER AT USM AND CURRENTLY EARLY CHILDHOOD EDU. AT OUM

WHAT A LONG TAG THIS ONE. MY BACK IS HURTING FROM SITTING SO LONG, MY EYES ARE BLURRY AND MY FINGERS FEEL LIKE TREE BRANCHES!

OK, OK FARAH... I'M CONTINUEING..


61. You love your seniors : JUST LIKE THEM

62. Senior who you love the most : NO ONE

63. Your classmates good/bad : ALHAMDULILLAH, EVERYONE'S GOOD

64. Excellent result classmate : EHEM !

65. Laziest classmate : MMM... NO ONE

66. Smart people : KNOW WHAT'S IMPORTANT AND ORGANIZE THEIR TIME, EFFORTS, MONEY AND KNOWLEDGE FOR WORLDLY LIFE AND THE HEREAFTER

67. Stupid people : THEY STILL DECIDE TO DO IT ALTHOUGH THEY KNOW THERE'S NO BENEFIT FOR LIFE OR SOUL

68. Good looking people : PEOPLE WHO CARES ABOUT THEIR AKHLAK, IBADAH AND AURAH, WEAR THEIR CLOTH SMARTLY AND PRETTYLY.

69. Ugly people : PEOPLE WHO DO BAD THINGS TO THEIRSELVES OR OTHERS.

70. Funny people : WHO CAN EASILY MAKES ME SMILE AND LAUGH.

71. Cute people : I SEE THEM AND I FEEL "EIIIIII GERAMNYA....NAK CUBIT"

72. Bad people : UNFRIENDLY, UNCARING, UNLOVING, IRRESPONSIBLE, ABUSER, BACKSTABBER, GOSSIPPER, ETC.

73. Honest people : THEY WALK WHAT THEY TALK.

74. Acting people : IT'S JUST LIKE A HYPOCRITE

75. You are what kind of people : YOU MY FRIEND, HAS A BETTER JUDGEMENT ABOUT ME. WHAT DO YOU THINK?

76. Lip or eyes : MMMM... I LIKE BOTH

77. Hugs or kisses : BOTH

78. Shorter or taller : TALLER (ARE YOU REFERING TO MY DARLING?)

79. Hesitant or spontaneous : DEPENDS ON THE SITUATION

80. Nice stomach or nice arms : HAHAHAHA... I LOVE NICE STOMACH AND I'LL MAKE SURE IT MAINTAINS AND NICE ARMS FOR ME TO SLEEP ON.

81. Listener or talker : LISTENER BECAUSE I'M A TALKER...

82. Romantic or rich : DREAMING FOR BOTH (CURRENTLY STILL ROMANTIC AND GOING TO BE RICH... HEHEHE)

83. Good husband or Good Father : OF COURSE BOTH

84. Age to get marry : I'M MARRIED AT 28 BUT I'D SUGGEST TO GIRLS TO MARRY EARLIER THAN THAT.

85. Numbers of kid(s) : I'M HOPING FOR 5 BUT ONE IS ALSO OK.

86. Career : WIFE-MOTHER-DAUGHTER-ENTERPRENUER-BLOGGER-DAI'E

87. Salary : JUST ENOUGH

88. Retirement age : UNTIL DEATH DO US PART

89. Properties value : NONE. I'M LOOKING

90. Wishes : I'LL MEET MY CREATOR AS A GOOD KHALIFAH ON THIS EARTH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harap-harap farah puas hati. Maaflah kalau menjawab dalam BI tu bunyi macam tegas je... nak ringkaskan ayat-ayatnya.

Wassalamualaikum.

Alhamdulillah dah selesai 1 kertas

Assalamualaikum semua.

Pertamanya, kakchik bersyukur ke hadrat Allah kerana dah selesai satu kertas exam tadi. Alhamdulillah juga sebab rasanya dapatlah juga jawab dengan baik. Mungkin juga berkat restu suami, keluarga dan tak lupa juga doa dari teman-teman di sini. Terima kasih ya. Rasanya menjawab dengan bahasa Inggeris tadi boleh dikira ok. (Moga-moga betul-betul OK).

Sekarang ni kakchik di MariBaca sedang uruskan penghantaran bungkusan untuk pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum ini termasuk satu kotak yang akan dikurier khas untuk sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Dari minggu lepas lagi pihak rumah tu menelefon bimbang kakchik tak jadi nak menyumbang. Kelakarlah diorang ni, bila kakchik dah janji insya-Allah kakchik akan penuhi. Bukan sikap kita sebagai Muslim untuk memungkiri janji.

Dalam keadaan macam ni kakchik teringat kepada pelanggan/teman yang telah membuat tempahan buku BIOGRAFI TOK GURU. Alahai... sedih dan berat sungguh hati bila ingatkan buku tu. Sampai ke hari ni masih lagi belum dihantar oleh penerbit. Maafkan kakchik ya sebab ada yang telah pun membuat pembayaran. Bersabarlah kita ya. Kakchik pun sama seperti kalian juga, nak sangat aca buku tu.

Oklah dulu. Kakchik nak gi hantar bungkusan dulu. Balik nanti kita sambung lagi.

Wassalam.

26.11.08

Keropok Oh Keropok

Assalamualaikum dan Salam Pagi Ceria untuk Kawan-Kawan semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

KakChik tak sempat nak tulis panjang-panjang hari ni sebab nak tumpukan banyak masa untuk 'exam' esok. Oleh itu... kita tengok gambar ajelah.

Hari ni pagi-pagi lagi kami makan keropok. Keropok lekor ada, keropok biasa pun ada. Hujan-hujan ni makan keropok panas-panas cicah ccolek kan ke sedap? Selamat bersarapan untuk semua.....



Semoga hari ini Allah mengurniakan kita kekuatan untuk melakukan lebih banyak amal-ibadat. Yang wajib kita buatlah dengan sesempurna mungkin, yang sunat kita sama-sama tingkatkan. Selamat berjaya!




~~~~~~~~~~ATAS PERMINTAAN IBNURASHIDI~~~~~~~~~~~~

RESEPI KEROPOK LEKOR UNTUK PERANTAU (ikut kata tuan punya resepi)
---------------------------------------------------------------

Bahan-bahan ( 15 batang @ 15 cm)

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto (kakchik tak guna pun)
***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara-cara

  1. Ikan
    Bersihkan ikan.
  2. Koyak-ikan
    Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  3. Isi-ikan
    Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto.
  6. Lekor
    Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Rebus
    Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
  10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Sumber: myresepi.com

25.11.08

Hati kembali tenang...

Alhamdulillah nasib baik ada kawan yang rajin dan sempat teliti terlebih dahulu satu-satu berita. Barulah kakchik terasa lega sedikit membaca surat mohon maaf dari LEGO. Cuba baca di bawah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lego apologizes to Muslims over bogus box set image

Journal Inquirer ^ | 10/13/06 | Howard French

Posted on Sunday, October 15, 2006 10:09:22 AM by LibWhacker

Danish toymaker Lego Group today issued a pre-emptive apology to Muslims around the world for the appearance a second time since spring - via e-mail and on numerous Web sites - of an authentic-looking Lego box showing the prophet Mohammed in a sexually compromising position, company officials said.

"The picture of the box is computer manipulated and in the picture Lego elements are used to depict the Prophet Mohammed in a situation of a sexual nature - with a severely offensive text," Charlotte Simonsen, Lego's head of corporate communications, said in a company statement.

Lego operates its headquarters for North and South America in Enfield.

"The Lego Group wants to stress that there is no such Lego product, and that the company totally condemns the picture and the manner in which someone has made use of the Lego products and brand," Simonsen said.

"The Lego Group does not know the original source of the image which back in spring appeared on some European Web sites," she said. "Possibilities of stopping this use of Lego products and brands are being investigated, and the Lego Group is collaborating with the Danish police in the matter," Simonsen said.

Lego has posted a statement on its Web site, www.lego.com

A spokesman at Lego's Enfield offices could not be reached for immediate comment about possible tightening of security at the complex because of the offensive material. But in a brief phone interview from Denmark today, Simonsen said that Lego has not felt a need to increase security around its properties.

At this point reactions have been mostly disbelief that Lego would ever produce such a product, she said, adding people who have contacted Lego thus far have been understanding.

A cartoon published in a Danish newspaper last February sparked riots and other violence around the world as Muslims vented their anger over images that included one showing a turbaned figure suggesting an Islamic propensity for bombings.

In today's statement, Simonsen said Lego has watched a rising phenomenon in recent years of "artists" making "very creative models," usually promoting positive ideals.

"Other people, however, use our bricks for models that we never can and will support or endorse," she said. Such is the case with the Prophet Mohammed image being circulated around the Internet, Simonsen said.

"We would like to express our sympathy with anyone who is hurt by this. It is not at all in our interest that people are insulted by illustrations made with Lego bricks," she added.

Simonsen went on to say that Lego has no idea who might be behind the offensive image, adding the company has only "very limited legal possibilities" to stop such misuse of its products and images.

"We are, however, working with the Danish police in this recent specific matter," she said.

"We would like to stress that the Lego Group respects human rights and works actively against discrimination based on ethnical background, race, religion, gender, age, disabilities, or sexual orientation," Simonsen concluded.
Moga-moga benarlah berita ini. KakChik bimbang musuh-musuh Islam akan terus menyalahgunakan pelbagai kecanggihan teknologi untuk mewujudkan 'huru-hara' di dalam masyarakat Islam.

KakChik mohon maaf jika makluman yang disiarkan sebelum ini tidak tepat. Tapi ambillah ia sebagai peringatan bahawa musuh Islam akan sentiasa mencari jalan untuk merosakkan Islam.

MEREKA SUNGGUH JAHAT!

Diterima dari email pagi tadi. KakChik upload kat sini dengan mengedit ejaan perkataan yang salah. Yang selebihnya ialah ayat-ayat asal dari pengirim email. Apa tindakan kita selepas ini? TEPUK DADA TANYALAH IMAN masing-masing.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Boikot, jangan tak boikot demi kesucian Agama Islam dan Nabi kita Muhammad S.A.W.

Bagi sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdagangan, minta usahakan untuk menyekat Barangan Lego dari diimport dan dijual di negara kita Malaysia .

Kalau boleh sebarkan ke negara Islam seluruh dunia untuk menyekat sikap biadab ini..


Kawan-kawan sekelian,

Inilah satu-satunya contoh e-mail yang seharusnya kita 'on the spot' forward kan kat saudara-saudara seMuslim kita. Ianya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organisasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark
terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, diberi kitab termulia, dalam
bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah "wa la
n tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta tattabia millahum"

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!


Allahu Akbar!!!!!
Takbir! Takbir! Takbir!!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,


Gambar asal telah diedit oleh KakChik kerana terlalu lucah.

Refer to the latest Lego collection recently launched in Denmark , I wish we could start thinking about that. Please inform our Malaysian Muslim to stop buying and boycott all lego products.

Ya Allah! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W..T

24.11.08

I have a new blog check it out.


7 Award Sekaligus!

Kadang-kadang kakchik terasa pelik dan ajaib. Dunia blog ni memang telah banyak membantu kakchik menambah rakan taulan. Walaupun hanya melihat melalui gambar-gambar di blog masing-masing, tapi persahabatan tetap terjalin dengan baik. Mungkin kerana tutur kata melalui tulisan ini lebih bermakna dalam pertalian maya ini.

Hari ni kakchik bertuah lagi. Seorang kawan yang kakchik kenali selepas membeli 'bookmark' dari kedai mayanya telah menghadiahkan 7 'award' untuk kakchik. Subhanallah... banyak tu. Di sini kakchik nak ucapkan terima kasih kepada Sha of Sha's Love & Passion yang menghadiahkan 7 'award' di bawah.








Oleh kerana 'award2' ni juga mempunyai maknanya tersendiri, kakchik juga ingin orang lain merasainya. KakChik nak hadiahkan kepada semua teman-teman yang rajin menulis atau mengemaskini blog masing-masing sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sangat menghargai persahabatan. Haaa... kalau rasa-rasa termasuk dalam kategori ni silakan terima 'award' ni.

Terima kasih SHA!

Tengahari ni tak lunch...

Opps! Sorry. Sebenarnya hari ni bukan tak lunch tapi tak lunch di luar... sebab kakchik boleh order je suruh diorang hantar. Bagus betul Restoran MZ tu, ada servis penghantaran.

Asalnya kakchik tak nak makan makanan berat tengahari ni tapi ada sorang tu asyik dok cerita yang dia 'mengidam' nak makan mee. Asyik dok kata, "mmmm... bestnya chik kalau dapat makan mee bandung ke... mee hailam ke... uje-uje ni kalu dapak make hok panah-panah tu lagi sedak."

Akhirnya kakchik pun termakan pujuk le.... fikir punya fikir tak seronoklah keluar makan dalam hujan ni. Leceh... nasib baik ada restoran jiran yang buat servis penghantaran. Lagipun makanan kat situ sedaaap. Apa lagi, telefon ajelah dan pukul 1 tepat, mee pun sampai... tapi kakchik order mee kuah (rebus) je. Mmm.... baunya memang memikat.

Tapi satu je, mmm kakchik tak jamin kakchik habis makan ni. Banyak sungguh! Ok, makan dulu ya. Selamat makan tengahari semua.

23.11.08

Jalan-Jalan Cari Abaya

Assalamualaikum semua.

Walaupun hujan masih belum berhenti sejak dari beberapa hari yang lepas, KakChik doakan agar kita semua sentiasa ceria dan berada dalam lindungan Allah SWT. Sebenarnya KakChik baru balik dari KB Mall. Tadi minta izin dengan Cik Abe untuk ke situ nak cari abaya barang sehelai dua. KakChik pergi dengan Adik sebab dia pun nak membeli kasut dan beg baru. Katanya nak pakai semasa mengajar nanti.

Kami bertolak selepas waktu Isyak dan bila sampai di KB Mall, suasana masih lengang. Seronok sikit nak jalan-jalan. Kalau dah ramai orang nanti KakChik mudah naik serabut. Sebab orang tak ramai, sempatlah posing barang sebentar.

Sementara menanti Adik mencuba kasut-kasut yang berkenan di hati KakChik duduklah dulu di bangku ni. Kat dalam Pacific ni tak banyak kasut yang kena dengan selera KakChik. Lagi seronok memilih dan membeli kasut di SunShine Square, Bayan Lepas. Banyak pilihan dan rekaannya sangat cantik dan pelbagai. Kat sini... tak taulah, mungkin KakChik je yang tak berkenan.

Dekorasi butik ni sangat menarik. Kali pertama KakChik tengok dulu, terkejutlah juga. Ingatkan orang betul... rupanya patung model pakaian je. Takde orang nampak, boleh posing kejap... :)

Alahai sukanya warna baju sepasang ni. Warna 'mint' memang lembut dan ceria. Pakai buat raya boleh kot... tapi KakChik tak belilah sebab dah niat pergi KB Mall tu nak beli abaya. Jadi ... jangan ikut nafsu! Lagipun baju tu saiz L, KakChik ni S je.

Ada pulak kedai kasut yang 'offer' beli 1 percuma 1. Apa lagi, kami berdua pun terus mencuba. Yang ni 'simple' dan selesa KakChik pakai, tapi satu je, takde saiz pulak. Cuba punya cuba akhirnya semua yang kami berkenan tak dibeli sebab tak ada saiz yang sesuai untuk kaki kami yang kecik ni.

Adik nak beli pembesar suara untuk komputer dia, kami singgahlah satu kedai ni tapi banyak model pembesar suara yang mahal dan terlalu besar. Yang kecil pula tak elok 'design'nya dan tak comel pun... Adik ni dia suka yang comel-comel je. Sambil tunggu, ambik gambar dulu.

Adik merasmikan t-shirt Ukhti yang dibeli dari Tsabita House. Etik, pemilik Tsabita House tahu yang KakChik belum lagi membayar harga baju-baju yang dibeli. Etik ni bila sudah yakin dengan kita, murah hatinya moga Allah membalasnya. Insya-Allah bayarannya di CIMB ya Etik. Sempat Adik posing di hadapan deretan jubah-jubah yang dijual oleh peniaga Cina. Di Kelantan ni, orang Cina pun jual pakaian Islam sebab mereka tahu masyarakat di sini ramai yang kuat agamanya. Tapi usahawan Muslim pun ramai juga yang membuka butik pakaian di KB Mall tu seperti Butik Naz Indah Collection yang ingin KakChik tuju.

Letih mencari abaya, tapi kebanyakan kedai pakaian dan butik hanya menjual jubah-jubah yang paten lama dan saiznya besar-besar. Memang KakChik susah nak dapat saiz yang sesuai. Nampak gayanya KakChik balik hanya dengan sebungkus tamar, sebungkus asam dan beberapa buah buku dan majalah saja. Adik pun tak beli kasut. Kedatangan kami menghampakan. Dua jam mencari pilihan yang bagus akhirnya hampa... mungkin petang esok KakChik ke Billion pula.
Assalamualaikum

Hujan... kau ingatkan aku






Hujan, kau ingatkan aku tentang satu rindu..
Di masa nan lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu


KakChik

Sarapan pagi tadi

Sardin gulung dan donut

Nasi goreng ekspres

Hadiah khas dari seorang kenalan...AZZA

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan berbesar hati kakchik nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat AZZA yang murah dengan senyuman dan murah juga dengan hadiah. Rasanya AZZA lah kenalan yang paling cepat mesra dengan kakchik kerana keunikannya yang suka mengambil gambar dan memberi hadiah.

Terima kasih AZZA!



Semoga Allah murahkan rezeki AZZA dan sentiasa membimbing AZZA di atas jalan yang dirahmati dan diredhai-Nya.

22.11.08

Attitude test

Assalamualaikum semua.

Hari ni sebab bosan sangat, kakchik cek semua akaun maya yang kakchik ada. Bila masuk facebook, ada kawan sekolah 'nominate' kakchik untuk 'attitude test'.

Hmmm.... cubalah ajelah. Dan inilah jawapannya:

==================================
calm and quiet
you are the sort of person who likes to take life slowly... just one day at a time.. you usually know the differnce between right and wrong. you believe in yourself. you put yourself in other peoples shoes and see howit feels to be them and then handle a situation accordingly.your attitude towards life is very positive.... you are liked by all and are a great friend.the flip side is that sometimes you care too much about other people and dont do what you really wanna do..
===================================

Entah betul ke tidak ujian ni. Tapi selepas menjawab 7 soalan, pihak penguji memberikan jawapan di atas. Dalam hati, "alhamdulillah" mana yang elok tu, syukurlah dan akan cuba untuk istiqomah. Mana yang kurang elok tu mungkin perlu diubah segera.

Related Posts with Thumbnails