Followers

31.10.08

Melayari internet dengan kebersamaan Allah

Assalamualaikum semua. Semoga hari ini kita semua beroleh manfaat dari kehidupan dan amal -ibadah kita.

Satu rencana kiriman dari seorang sahabat.

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah ke atas manusia denganmenyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:" Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul".(an Nisa' 165)

Dan firman maksudnya: "dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi ke atas kamu".(al Baqarah 143).

Walaubagaimanapun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Gambar sekadar hiasan diambil dari suzyn.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan
betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk di hadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Di samping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka; kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia".(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.

Kiriman Dr. Fathi Yakan

Sumber: Email dari mailing list Ummiku Sayang, 22 Ogos 2003

Merenung hidup kita sehari-hari

Marilah muhasabah diri kita..

Renungan Kehidupan Harian

Posted on Friday, May 02 @ 16:19:11 EDT by admin

Gambar sekadar hiasan

Kehidupan yang sebenarnya ialah berlandaskan Quran dan Sunnah. Usahlah kita terus melompat dan kata sini tak betul dan sana tak betul. Yang pentingnya untuk langkah yang pertama ialah memperbetulkan diri kita sendiri. Lepas itu keluarga kita dan selepas itu barulah jiran, masyarakat dan sahabat handai.

Berikut adalah renungan bagi kehidupan kita:

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang dibuang dalam tong sampah, kalau mati dah tentu masuk syurga dan kalau hidup dan dibesarkan oleh keluarga yang beriman insyaallah ke syurga jua la dia. Bagi anak yang tidak dibuang tetapi tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain.)

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Sumber: mama44yang @ yahoo dotcom (mailing list Ummiku Sayang tahun 2003)

Letihnya...

Assalamualaikum kawan-kawan.

Pernah tengok cerita Korea? Pernah pindah rumah? Kalau tak pernah tengok dan tak pernah pindah rumah... anda mungkin tak dapat gambarkan apa yang KakChik nak cakapkan.

Dalam drama Korea, pindah memindah tu nampak senang saja. Bila seseorang nak pindah, dia cuma perlu upah syarikat pemindahan untuk uruskan semua kerja-kerja pemindahan: dari bungkus barang, kemas barang masuk beg, susun dalam kotak dengan kemas, kalau yang mudah pecah siap dibalut dengan elok sekali, angkut barang, semuanya nampak senang dan cekap. Dah tu bila sampai rumah baru, ditolongnya susun di dalam rumah ikut kehendak tuan rumah.

Sekali ingat, bestnya kalau ada syarikat sebegitu kat sini. Kenapa?

Bila tengok buku yang banyak, macam-macam perabot, pakaian dah 3 almari... KakChik berharap sangat dapat servis macam kat dalam drama tu. Kita hanya uruskan je... tapi barang yang private tu kenalah kita urus sendiri kan. Tapi realitinya... semua kena urus sendiri.

Kiri: Hampir 30 kotak koleksi buku KakChik dan Cik Abe.

Sejak awal minggu ni KakChik dah kepenatan packing buku-buku masuk kotak sampai berkotak-kotak banyaknya. Kami akan pindah balik ke rumah Ummi. Hai... rumah kami belum siap pun tapi Ummi dari bulan puasa lagi dok minta kami pindah. Sebenarnya ini ialah sesi kedua perpindahan kami. Sepatutnya kami pindah terus sebelum raya baru-baru ni tapi macam-macam hal pulak, jadilah pindah setengah barang je. Hari ni mula dari lepas Subuh tadi kami mula punggah barang-barang ke rumah Ummi. Cuba bayangkan... dari sebuah rumah tiga bilik nak isikan ke dalam sebuah bilik seluas 20 x 30! Memanglah kami dapat bilik paling besar kat rumah ni tapi barang kami baaaaaaaaanyak sangat. 6 tahun kumpul tu...

Sekarang ni dah nak masuk waktu Zohor dan Cik Abe masih di rumah sewa mengemas barang-barang yang masih tinggal. Katanya dia ke masjid untuk solat Jumaat dari sana saja. KakChik kat rumah Ummi sedang siapkan assignment sambil kemas bilik. Lori yang kami sewa terpaksa buat 4 'trip' untuk angkut barang-barang kami. Nasib baik jarak rumah sewa dengan rumah Ummi dekat je, kalau tak... tak taulah.

3 buah almari buku KakChik suruh mereka letakkan di tepi dinding kat luar rumah bersama perabot dapur dan koleksi suratkhabar Cik Abe. Nasib baik ada adik-adik pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar yang tolong kami. Janji, kami nak belanja mereka berlapan tu makan sedap-sedap nanti.

Nampaknya tak siap jugalah assignment KakChik hari ni...

30.10.08

Benci...

Kadang-kadang perasaan benci datang.
Menggoda-goda kita agar bencikan seseorang, bencikan sesuatu.
Marah, sakit hati, meluat.
Naik benci katanya.
Benci aku, kata pula si dia.
Benci... benci...
Tak faham? Atau buat-buat tak faham?

Tahu... benci tu datang dari Syaitan...
Dah cuba elak, dah cuba tak hirau, dah cuba pujuk hati
tapi dia datang juga
senyap-senyap berbisik di tangkai hati...
dah cuba buat tak tahu, kata kat hati..."ini semua mainan Syaitan..."
istighfar,
Astaghfirullahalaziim
Astaghfirullahalaziim
Astaghfirullahalaziim
bukannya mudah...
orang tak endah...
lagi rasa benci.

Istighfar lagi... urut dada, fikirkan Allah masih ada...

Hulurkan simpati...
sedikit empati pun memadai
di saat jiwa bergelora, fikiran berserabut, fizikal keletihan
hulurkan tanganmu...
tunjukkan senyuman...
berilah pandangan yang aku ini dihargai...
kesusahan ini sama dirasai

Pergi! Pergi!
Nyah kau benci!
Nyah kau dari hati aku yang mengharap...

28.10.08

You Raise Me Up: A Tribute to My Beloved Parent



Dear Ummi and Ayah,
believe me when I said I love you.
believe me when I told you that there's no match to your love.
believe me when I cried I would always be your faithful daughter.
believe me when I prayed for you... abundance of happiness in this worldly life and the hereafter.
believe me...
Ummi, Ayah
thank you for raising me to be who I am today.
thank you for always been there for me.
thank you for being such a good parent to me all this time.
thank you.

Inilah diriku... kau apa peduli

Bismillah dan Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua.

Tajuk kat atas tu boleh membawa beberapa makna mengikut cara intonasi pembacaannya. Yang sebenarnya KakChik cuma nak sentuh tentang sikap sesetengah dari kaum Hawa kita (termasuk diri sendiri) yang sentiasa yakin bahawa sikap kitalah yang betul... terutama dalam hal berpakaian.


KakChik bukanlah ustazah yang boleh mengulas panjang isu pakaian ni. Cukuplah kalau kita sama-sama faham bahawa hukum menutup aurat itu WAJIB cuma kaedah nak menutupnya itu anjal (flexible). Misalnya kita boleh pakai kebaya tapi mesti longgar, kain tak nipis, labuh dekat paras lutut-bertudung di bawah paras dada-sebaiknya berstokin. Kalau nak ber'hanbok' seperti orang Korea pun boleh, cantik pulak tu... cuma kena tambah tudung je...

Ala, semua orang Islam dah tahu pasal ni. Sebab tu ramai orang malas nak baca kalau ada orang tulis pasal tutup aurat.
Kita baca pamplet ni lagi baik. Yang dihuraikan kat dalam pamplet tu bagi KakChik sudah amat lengkap tentang menutup aurat. Ambillah sebagai panduan dan amalan untuk hidup akhirat yang lebih terjamin. Sama-sama ya.

Boleh lihat gambar lebih besar, klik aja kat atas imej di atas tu.

Lepas tu, boleh baca artikel kat bawah ni pulak yang KakChik dapat dari seseorang. Moga-moga hati kita IKHLAS dalam beramal-ibadat. Nasihat-menasihati kerana agama... tak gitu?


BINGKISAN DARI YAMAN: Wanita 'Berpakaian Telanjang' Jangkiti Yaman

Imran Al-Malizi

Setelah sekian lama menyewa rumah di luar, pada hari Jumaat minggu lalu (17 Oktober), saya kembali ke asrama pelajar Abu Luhum yang terletak di Jalan Sittin berhadapan Universiti Sana’a. Ketika pengajian tahun pertama dan kedua, di situlah tempat saya berteduh dan berlindung daripada kesejukan malam yang menggigit.

Menziarahi pelajar-pelajar di situ paling sesuai pada hari Jumaat kerana cuti dan tiada kuliah pengajian.

Khutbah Jumaat di situ kebiasaannya disampaikan oleh salah seorang ulama terkenal di sini iaitu Syeikh Hasan as-Syafie, pensyarah dalam bidang tafsir al-Quran di Universiti al-Iman dan cukup dikenali sebagai khatib yang berwibawa. Namun pada hari itu mungkin beliau masih bercuti. Maka mimbar Jumaat telah dinaiki oleh seorang pemuda yang tidak kurang lantangnya.

Isu yang dilontarkan kepada sidang jemaah pada minggu lalu adalah berkaitan pasca-Ramadan dan Aidilfitri. Juga disentuh tentang sikap kita terhadap agama Islam sebagai agama fitrah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad dan para pengikutmu) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan; (ikutlah) agama ciptaan Allah, iaitu agama yang Allah fitrahkan manusia untuk menerimanya…” (Surah ar-Rum: 30).

Ditegaskan agar para jemaah beriltizam penuh dengan seluruh ajaran Islam setelah kita semua kembali kepada keadaan fitrah suci daripada dosa-dosa (hakikat Aidilfitri).

Dalam tempoh setengah jam khutbah yang disampaikan itu, ada satu ‘point’ yang saya sangat tertarik untuk mengulasnya. Khatib telah menyentuh tentang fesyen berpakaian yang digayakan oleh gadis-gadis Arab Yaman yang kini sedang menuju ke arah kefasadan. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘fasad’ di sini? Adakah seperti gadis-gadis remaja Malaysia yang berpakaian seluar ketat atau singkat atau londeh mempamerkan jenama seluar dalam? Atau T-shirt singkat ‘nampak pusat’ atau sendat menampakkan bentuk dada? Atau mewarnakan rambut dengan ‘kaler berkarat’?

Tidak sama sekali! Apa yang menjadi kebimbangan beliau ialah fesyen jubah yang berpotongan mengikut bentuk badan sudah mula menular. Sebelum ini jubah yang biasanya dipakai oleh Muslimah di Yaman ialah yang bersaiz longgar dan berwarna hitam atau gelap. Tudung mereka labuh sempurna menutup dada.

Lebih daripada itu, golongan wanita di Yaman keseluruhannya memakai niqab menutup wajah mereka ketika berada di luar rumah. Sekurang-kurangnya begitulah suasana yang pernah saya rasai pertama kali menjejakkan kaki ke Yaman lebih empat tahun lalu. Cuma baru setahun kebelakangan ini, golongan yang tidak berniqab ini semakin bertambah dan zahir dalam masyarakat. Saya tidak ingin membahaskan hukum memakai niqab ini dari sudut fekah. Kerana itu termasuk isu khilafiyah dan kolum ini hanyalah bingkisan santai bukan gelanggang ilmiah.

Yang menjadi subjek di sini ialah masyarakat Yaman memandang bahawa potongan jubah yang mengikut bentuk badan itu adalah satu jalan yang terbentang luas untuk menuju kepada kefasadan atau kerosakan dalam masyarakat (bagi orang Melayu pula, berbaju kebaya itu biasalah dikira masih sopan dan ‘tak berdosa’ pun).

Telah ramai juga gadis-gadis Yaman yang melilit tudung mereka paras leher dan sekali gus menampakkan dada. Khutbah Jumaat juga memberi amaran tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis: “…dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya…” (Sahih Muslim).

Begitulah keprihatinan dan kepekaan masyarakat Yaman pada isu-isu agama. Mereka tidak menunggu sehingga keadaan menjadi parah seperti di Mesir, Syria, Lubnan, Jordan dan negara-negara Arab yang lain. Sehingga keadaan wanita mereka benar-benar menyerupai apa yang digambarkan dalam hadis di atas. Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang ‘berpakaian telanjang’.

Para ulama memberikan beberapa definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah: Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi ‘bertelanjang’ daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat menampakkan bentuk badannya.

Pada zaman ini, kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis yang sama: “…aku belum pernah melihat mereka ini.” Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksudnya ini?

Perkara ini memang sewajarnya dijadikan peringatan untuk masyarakat Yaman dan sebagai satu renungan untuk masyarakat Islam di Malaysia. Di tanah air kita, yang menyedihkan ialah golongan wanita ini mengaku diri sebagai Muslimah. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh atau pun mereka mengenakan pakaian yang sempit dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya adalah bertentangan dengan akhlak Islam di mana seorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.

Sebahagiannya pula merasakan sudah memadai dengan memakai tudung atau menutup kepala itu sudah dikira menutup aurat. Mereka mendedahkan anggota tubuh yang lain seperti leher, dada, lengan, kaki atau berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh seperti buah dada, pinggang, punggung, paha dan betis. Inilah yang dikatakan ‘bertelanjang’!

Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu syahwat berbanding dengan hanya menutup rambut atau kepala.

Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lebih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukanlah hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan wajib ditutup kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan
Gambar sekadar hiasan, didapati dari Internet.

27.10.08

Cerita Ceriti 1

Bismillah, Dengan Nama Allah.

Ada orang tanya, kakchik ni anak bongsu ke? Hihihi... geli hati juga rasanya bile orang tanya macam tu. Orang yang bertanya tu biasanya orang yang boleh nampak muka kakchiklah. Contohnya masa jumpa kawan-kawan Ummi di masjid, masa salam-salam sebelum balik ke rumah.

Masa kecik-kecik dulu kakchik suka ikut arwah Mok (nenek sebelah Ummi) ke Masjid Pulau Melaka, sambil dengar kuliah Tok Guru, kakchik akan duduk bersimpuh di tepi Mok. Kawan-kawan Mok ada yang kata, "manjonyah.... anok bosu koh? (
baca dlm loghat Kelantan)". Entah le... nampak macam bongsu ke kawan-kawan (mana yang kenal tu)? Ada juga kenalan yang kata kakchik anak sulung...

Sebenarnya kakchik ni anak ke-6 dari 9 beradik... ramaikan? Tapi masih ada orang lain yang keluarganya lebih besar. Kali ni biarlah kakchik cerita ceriti (CC) sikit tentang keluarga kakchik ni agar ukhuwah kita lebih erat. Oleh kerana ada 9 beradik, kakchik akan tulis entri dalam bentuk siri-siri cerita ceriti. Kalau minat nak tahu, boleh baca. Kalau tak minat, abaikan aja...

OK. Untuk CC1 ni kakchik nak kenalkan abang sulung kakchik dan keluarganya.


Gambar Aidil Fitri 1428 Hijrah. Abang Ee sekeluarga bersama Ummi dan Ayah.

Abang sulung kakchik namanya Ismail bin Haji Taib. Biasanya kami panggil dia Abang Ee dan orang lain panggil dia Cik Mail. Abang Ee ni memang abang contoh kepada kami adik-beradik sebab bermula dengan kejayaannya dalam pelajaran, kami seluruh adik-beradik turut ikut jejak langkah dia. Abang Ee adalah orang pertama dari kampung kami yang terbang ke Amerika untuk sambung pelajaran di bidang Ekonomi di California State Universiti, Fresno (CSU). Masa kat situlah Abang Ee bertemu dengan Along (kak ipar kakchik) dan berkahwin semasa belajar. Along orang Medan Tok Sira, Kuantan.

KakChik masih ingat, dulu masa Abang Ee di Sekolah Alam Shah (SAS) dan kemudian ke Amerika, bila balik bercuti dia suka minta kakchik dan La (adik kakchik) urutkan kaki dia dan buang jerawat kat hidung dia (jangan marah ye Abang Ee...) upahnya, kami didokong ke sana ke mari. Suka sangat... bukan selalu abang kesayangan keluarga dapat balik kampung sebab sejak tingkatan 1-5 Abang Ee bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kelantan (SMSK sekarang Sek. Men. Tg. Muhammad Faris Petra) kemudian tingkatan 6 di SAS lepas tu ke CSU. Banyak usia remaja dihabiskan di asrama. Kalau balik, dia suka jalan-jalan ke rumah sedara-mara. Kalau di rumah di suka melayan adik-adik perempuannya yang kecik-kecik ni.

Waktu di SMSK Abang Ee aktif main bolasepak dan pernah dicalonkan mewakili negeri. Entah entah... kalau tak ke luar negara... dah jadi pemain bolasepak kot. Sebab tu lah sampai ke hari ni dia memang minat menonton bola di TV. Kalau pulang ke kampung ni bolehlah dibuat geng dengan Cik Abe yang juga minat bola.

Mula-mula habis belajar dulu Abang Ee kerja dengan Maybank lepas tu dia buat Dip. Pendidikan dan dapat mengajar di SEMSAS Pahang, jadilah dia guru bimbingan pasukan debat bahasa Inggeris sekolah tu. Abang Ee ni ramah dengan anak murid dia dan juga anak murid Along di MRSM Kuantan. Sebab tu anak muridnya suka. Tapi minat Abang Ee yang sebenar ialah bidang ekonomi, maka akhirnya Abang Ee memohon kerja di bank. Abang Ee sekarang bekerja dengan BIMB, jabatan apa kakchik pun dah lupa, tapi dulu dia pernah jadi model iklan BIMB dalam TV, kira 'cool' jugak la... :)


Abang Ee dan Along punya dua orang puteri, Siti Maryam 12 tahun dan Syuhada 4 tahun. Dua-duanya punya perbezaan yang sangat besar. Kakak tinggi dan berisi, Adik pula kecik dan halus. Mereka berdualah penyeri rumahtangga Abang Ee dan Along. Memang dijaga dan dididik sungguh-sungguh. Masa Siti kecil dulu, dia selalu sakit, Abang Ee dan Along memang tabah keluar masuk hospital nak pastikan anak mereka sihat, akhirnya alhamdulillah... memang sihat!

Itulah Abang Ee yang pernah menyara kakchik semasa di Matrikulasi 1 di STAR Ipoh. Itulah abang kakchik yang penyayang dan penyabar. Abang yang sangat sukakan nasi kerabu masakan Ummi. Kalau Abang Ee nak balik, hidangan wajib ialah nasi kerabu. 3 hari pun tak apa... Abang Ee yang tak sabar nak ke pasar Ramadhan bila balik nak raya sebab katanya, "make kuih di Kelate baghu puah ati...".

Nanti sambung dengan Cerita Ceriti 2 (bila ada masa).

Senangnya orang tipu kita...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,

Rasanya kita semua pun dah tahu pasal riuh-rendah syarikat-syarikat pengeluar susu yang menggunakan bahan MELAMINE dalam produk susu mereka. Selama ini kita yang tidak mengaji tentang teknologi makanan ini telah senyap-senyap ditipu oleh beberapa syarikat ini. Itulah kesannya apabila manusia tidak beriman dan berpegang kepada MATLAMAT MENGHALALKAN CARA asalkan kekayaan dapat ditambah.

Akibatnya, bayi mendapat penyakit, haiwan juga menanggung musibah malah orang dewasa juga turut menderita 'BATU KARANG' yang mungkin membawa MAUT. Mari kita lihat apa sebenarnya telah berlaku kesan daripada TINDAKAN BODOH dan syarikat-syarikat tersebut agar kita sama-sama dapat menjaga kesihatan dan keselamatan ahli-ahli keluarga kita.

Berikut ialah salinan artikel dari blog Kak Tirana (dengan izin) mengenai MELAMINE.

This is about melamine. Why melamine is bad for our body when mixed with food?

1.What really is poisoned milk


It is the milk powder mixed with "MELAMINE"



What is Melamine used for?

It is an industrial chemical use in the production of melawares.



It is also used in home decoration.

US resistant board

Do you understand? Melamine is use in industrial production and it cannot be eaten.


2.Why is Melamine added in milk powder

The most important nutrient in milk is protein. And Melamine has the same protein that contains "NITROGEN".


Adding Melamine in milk reduces milk content and it is cheaper then milk so it lowers capitalization. It can give the business man more profit.

Below is Melamine. Doesn't it look like milk? it doesn't have any smell, so cannot be detected.




3.When was it discovered

Year 2007, US cats and dogs died suddenly, they found that pet food from China contains Melamine.


Starting 2008, In China , an abnormal increase in infant cases of kidney stones.


August 2008, China Sanlu Milk Powder tested with Melamine


Sept. 2008, New Zealand government ask China to check this problem.

Sept. 21, 2008, Lots of food products in Taiwan tested with Melamine.


4.What happens when Melamine is digested

Melamine remains inside the kidney. It forms into stones blocking the tubes. Pain will be eminent and person cannot urinate. Kidney will then swell.


Although surgery can remove the stones, but it will cause irreversible kidney damage. It can lead to loss of kidney function and will require kidney dialysis or lead to death because of uremia.

What is dialysis. In fact, it should be called "blood washing". It is filtering all of the body's blood into the machine and then go back to the body.


The whole process takes 4 hours and it is necessary to dialysis once for every 3 days for the rest of your life.

Here is a dialysis center

Large dialysis center

A small hole is required in the arm to insert the sub-dialysis catheter.

Why is it more serious in babies? Because the kidney is very small and they drink a lot of milk powder.

Here is a baby undergoing dialysis.


China currently has 13,000 infants hospitalized

It does not matter how much you take the melamine. The important point is "It cannot be EATEN!"


5.What are the foods to be avoided?


Foods that contain dairy products should be avoided.
Remember: Foods with creamer or milk should be avoided.


6.Which companies are affected

Hereunder are the companies affected with Melamine.


7.What do we do next

Avoid the above foods for at least six months

If you have snack bar, restaurant or coffee shops, Stop selling dairy products for the meantime.

If you have infants at home, change to mother's milk or find other substitutes.

Finally, share this information with friends so they will understand the risk of milk poisoning

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


This is about polystyrene. We heard about polystyrene container is not good, so we have to really try to avoid it.

Kanser daripada bekas makanan
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@ kosmo.com. my

RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya sebagai keranda putih.


GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser. Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser. "Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Terima kasih Kak Tirana. Semoga artikel ini akan memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lain. Selamat membaca dan menjadi warga peduli.

26.10.08

Cacamarba Hari Ini

Makan Tengahari - Nasi Abe Mie

Alhamdulillah, sudah rezeki KakChik Hari ni dapat makan Nasi Abe Mie. Nasi ni memang terkenal di Kota Bharu ni. Cawangannya mungkin ada 4 di KB saja. Nasinya ringkas saja. Nasi kukus, ayam goreng berempah (wangi) dan yang istimewanya bagi KakChik ialah kuahnya, emmmm... sedap. Tambah-tambah kalau FREE :D.

Lepas tu minum segelas teh panas... kenyang. Biasanya KakChik tak dapat nak habiskan sebungkus nasi tu tapi sebab hari ni makan pagi sikit je, maka... habis pula nasinya. Kalau nak rasa Nasi Abe Mie ni, bila datang KB tanya je sesiapa, insya-Allah dia tahu di mana.


3G Broadband


KakChik dah beli Celcom Broadband! Harganya RM399.00 dapat percuma satu pasu bunga. Apa pendapat kawan-kawan pasal 3G Broadband ni? Cuba kongsi sikit.... sepatutnya sekarang ni dah boleh guna dah tapi bila KakChik cuba tadi masih lagi belum ada signal... [lepas maghrib tadi kakchik cek, dah ada dah... 9.03pm]


HDPS3303


Inilah tugasan yang patutnya siap Jumaat lepas tapi masih ada lagi nak kemaskini. Insya-Allah hari Khamis ni bolehlah dihantar kepada En. Sha'ari di IPKB. Moga-moga kali ini pun dapat Menara Eiffel.... :)

One place that I'd like to visit

Calcutta (Kolkata), India.

Why?

Because of the book culture there. Someone told me that the place is going to be the second UNESCO City of Literature... and seems like it's true. Previously I'd like to visit Edinburgh because it's the 1st. UNESCO City of Literature but now I get a new aim.

What is so interesting about this place? I don't know... maybe because books are everywhere... said my boss who've been there a few years ago. And you know I love books...

Calcutta is bidding to be the next UNESCO City of Literature. Mmmm... when would our city be the one? next 20 years? 30 ?

City of love... & literature?
Bibliofile

Despite the bandh that brought the city to a halt on Wednesday, several scholars, teachers and students trickled into The Oberoi Grand to observe the unveiling of a bid document and the screening of a short film that might fetch Calcutta Unesco’s World City of Literature title.

The launch was preceded by a panel discussion chaired by Roy Cross, the director of British Council, Scotland, and trustee of Edinburgh World City of Literature Trust. Eleanor O’Keeffe from the Jaipur Literary Festival, Amit Jha, the director of Patna Book Fair and Tridib Chatterjee of Calcutta Book Fair spoke about organising literary festivals.

Source: http://www.telegraphindia.com/1080210/jsp/calcutta/story_8884718.jsp

Searching and searching, here is what I can get about Calcutta. Take a look.

Footpath of college street. Famous for book sellers, specially old and used books. Once used to be a place where intellectual geniuses of the city strolled on the footpath looking for some rare collections . Though crowded heavily, still attracts book worms

24.10.08

Tired Out...

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Pada saat ini badan terasa teramatlah letihnya dan mata pun dah mula mengantuk. Hari ini adalah hari cuti hujung minggu tapi dari pagi sampai sekarang KakChik belum henti rehat lagi. Betul-betul rasa letih tapi gembira.

Hari ni dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari KakChik ada tutorial di OUM, walaupun asalnya tak ada mood nak ke kelas sebab tugasan tak dapat disiapkan (sebenarnya ada masa 2 minggu lagi nak hantar tapi saja KakChik bagi 'dateline' lebih awal untuk diri sendiri) yang sepatutnya KakChik 'submit' hari ni. Alhamdulillah berkat keyakinan bahawa kena pergi juga ke kelas sebab KakChik lebih banyak memahami sesuatu subjek semasa dalam kelas berbanding membaca sendiri atau berbincang dengan rakan. Dari perasaan takde mood, akhirnya seronok pula dapat menghadiri 2 sesi tutorial, alhamdulillah.

Dalam pada tu, sedih pun ada juga sebab rakan sekelas tidak dapat hadir kerana ke Hospital Putrajaya menjaga anaknya yang koma akibat kemalangan hari Selasa lepas. Selalunya kami berdua banyak berkongsi bahan untuk menyiapkan tugasan. Semoga Kak Lis tabah merawat anak dan KakChik doakan Nusaibah segera sedar dan sembuh seperti biasa. Ketentuan Ilahi, tiada siapa yang dapat membacanya.

Petangnya tutorial tiada dan KakChik ambil kesempatan menghadiri usrah yang dah agak lama tidak diadakan. MOTHERS, kumpulan usrah kami yang terdiri daripada para ibu profesional dari pelbagai latar belakang pendidikan. Seronok sungguh dapat berjumpa sahabat yang lama tidak bersua walaupun sesekali sempat bersembang di talian. Sungguh, pertemuan kami amat bermakna bagi KakChik kerana ia semakin mengeratkan persaudaraan. Perbincangan kami berdasarkan sikap prihatin sahabat-sahabat terhadap kebajikan kaum wanita terutama dalam nak beramal dengan amal Islami.

Riuh-rendah suara kami berselang-seli suara anak-anak dari yang beberapa bulan lahir hinggalah yang di sekolah rendah. Namun kemesraan itulah yang diharapkan dalam kami berkongsi ilmu dari dada masing-masing. Dari perancangan menubuhkan institusi pendidikan, urusan muamalah dengan muslimin, mengurus dan mendidik rasa malu pada anak-anak, kaedah penyelesaian untuk masalah sosial di kalangan remaja hinggalah urusan rumah tangga, kami sama-sama mencari idea, merancang dan merangka pelan untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Semuanya demi keyakinan kami terhadap Deenul Islam. Usai berusrah, solat Asar, puan rumah pula menjamu kami dengan hidangan enak, yang KakChik beri nama 'Mee Sup Tulang Kak Nor'. Alhamdulillah sedap... Moga Allah berkati Kak Nor sekeluarga yang mengizinkan rumahnya menjadi 'port' kami.

Kembali ke rumah dengan azam berkobar untuk menyiapkan tugasan yang berbaki, insya-Allah cuma tinggal sedikit saja lagi. Esok bolehlah di edit dan di'bind'. Moga-moga tugasan ini juga menjadi pembantu untuk KakChik mencapai impian di hati... Amin.

Letih... nak masuk beradu dulu.

22.10.08

Layan perasaan sekejap...

NEWS: Someone else adopted him today. He's one lucky baby. Although the biological mother doesn't want him (I believed she does not deserved him) but there are many families would be willing to love him. May Allah bless the family and the baby.

Tiba-tiba
saja terasa sedih. Entah kenapa. Mungkin sebab tiba-tiba je teringat tawaran Kak Ina pagi tadi.

"Chik, would mind adopting the baby? We do not specifically aim at you... but we really want the baby to have a good Mother and an Islamic environment to grow up."

"Please think about it, okay!"

I wish...

Ya Allah, adakah aku layak?
Bagaimana dengan suamiku? Adakah dia sudi?
Bagaimana dengan ibu bapaku dan keluarga mertuaku? Apa persepsi mereka?

Ya Allah, adakah aku mampu?
Ya Allah tunjukkanlah jalan. Aku punya keinginan tapi tidak pasti aku punya kekuatan atau tidak.

==============================================


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

TAUBAT by Opick

Wahai Tuhan
Jauh sudah lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinar-Mu

Wahai Tuhan
Aku lemah hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa dihitam jalanku

c/o
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguh Engkau
Sang Maha Pengampun dosa

Ya Rabbi
Izinkanlah aku kembali pada-Mu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hamba-Mu

c/o
Ampunkahlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
kembali...
dan meski tak layak sujud pada-Mu
dan sungguh tak layak aku...

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun dosa
Berikanlah aku
Kesempatan waktu
Aku ingin kembali, kembali kepada-Mu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku...
Aku ingin kembali, kembali kepada-Mu
Ampunkanlah aku.... uuuuuuu
huuuuu.....uuuuuu...

21.10.08

Yang KakChik Baca Dalam Akhbar Hari Ni

I - Kurikulum Prasekolah

Entah kenapa Kerajaan masih HANYA menitik beratkan yang 3M tu saja. Kenapa tidak ditekankan Pendidikan Akhlak/Moral/Kerohanian sekali? Memang dasarnya KakChik setuju kurikulum tersebut diteliti semula untuk dikemaskini tapi biarlah ia mendasari fitrah kejadian manusia, mendidik menjadi manusi yang berjiwa HAMBA.

II - Pelajar Semakin Ganas

Minggu lepas guru ditendang pelajar perempuan, semalam 20 pelajar pula bergaduh sesama sendiri. Kejadian sebegini semakin menjadi-jadi. Salah satu puncanya KakChik rasa ialah kepincangan semasa mereka dididik di peringkat awal kanak-kanak. Setipa hari berita sebegini dihidangkan untuk tatapan umum, lama-lama menjadi kebiasaan dan tiada lagi kejutan bila membacanya.

Si Fulan A: "Budok-budok lloni, lagu ni lah! Koho lamo koho tok gheti."
Si Fulan B: "Lagu tu lah ... lamo-lamo jadi pembunuh pulok!"

Kedengaran dialog pengunjung di sebuah perpustakaan. Sungguh menggusarkan jiwa.

III - Luahkan Perasaan dengan Weblog

Weblog - senang, percuma, bebas (kecuali ... Kerajaan, OSA, ISA dll), macam-macam jenis, boleh dapat ramai kawan, menilai kehidupan, menambah ilmu, belajar hidup lebih baik, hidup lebih ceria (mudah dihinggapi penyakit ketagihan blogging... berhati-hati tau!), kalau pandai boleh senbunyi diri, kalau yakin boleh dedahkan aja.. dan macam-macam lagi. Sambung sendirilah.

Sumber: BH & Harakah

Jangan Sesekali Menggoncang Bayi!

Assalamualaikum.

Pagi-pagi buka email, sayu hati membaca satu email yang diterima dari seorang junior, sungguh menyayat hati sekaligus memberi peringatan berharga kepada kita semua.

Email asal dari qurrah_ain@yahoo.com (rasanya diterima dari orang lain juga):
December 4th, 2007, Jessica Sherwood had to do something no mother should ever have to do.

At 2:29 pm Jessica made a very tough, but the right decision to take her little 3 month old daughter off life support.

In memory of little London Marie, i thought id start a little forward..

Jessica had a message that i want every one to know..


This is what Jessica said:


"If anyone has kids, make sure that you keep them with you the whole time. Don't give then to anyone that you don't trust. Trust me, I thought that I trusted Josh. But now as of December 4, 2007 at 2:29 AM, she is gone. My one & only baby . & He is going to pay FOREVER, even if he gets out of jail scott free, he will be dead no matter what. & To all my friends that know London , I am very angry & upset that I lost the love of my life, my babygirl. She died on her three month birthday . London had six fractured ribs, both of her legs were fracture, & her brain was so damaged that if she were to live she would be a vegetable. So I did what was right & what was best for her & took her off life support"

That's what you call
Shaken Baby Sydrome [SBS]'

For those of you who dont know what Shaken Baby Syndrome check out the facts ;

- Shaking, jerking and jolting can cause blood vessels in the head to tear or burst.

Shaken Baby Syndrome is the shaking of an infant or child by the arms, legs, or shoulders with or without impact of the head.

This trauma can result in bleeding and brain injury with no outward signs of abuse

Often frustrated caregivers feel that shaking a baby or small child is a harmless way to make the child stop crying. However, a baby's brain and blood vessels are vulnerable to whiplash motions, such as shaking, jerking, jolting, and impact.

The neck muscles of an infant or small child are weak, so the child's head is relatively heavy and the neck cannot support the stress of shaking or impact.

- Shaking a very young child, with or without impact of the head, can cause irreversible brain damage, blindness, cerebral palsy, hearing loss, spinal cord injury, seizures, learning disabilities, and even death.

It is tragic that healthy, intelligent babies are suffering these disabilities simply because their caregivers don't know about the dangers associated with Shaken Baby Syndrome.

An estimated 1,200 to 1,400 cases of Shaken Baby Syndrome (SBS) occur each year in the United States .

Only 1 out of 4 babies dies of Shaken Baby Syndrome.

HOWEVER, the other three babies will need ongoing medical attention for the rest of their short lifespans. (takde maklumat lanjut ttg yg ini)

London in the hospital


London after she passed


If you have any heart at all, you would forward this.

Rest in Peace London Marie Sherwood
September 4th, 2007-December 4th, 2007
============================================

KakChik - beringat-ingatlah kita apabila mempunyai anak kecil. Jangan disebabkan terlalu gembira bermain-main dengan mereka, kita lambung-lambung atau goncang-goncang badan sikecil. Barangkali kita tidak tahu, tapi mendidik dan membesarkan anak MEMERLUKAN ILMU.
Related Posts with Thumbnails