Followers

8.4.08

Melawat Ama Sekeluarga di Lembah Subang

Sempena kunjungan aku dan Adik ke PBAKL 2008 ni, aku mengambil kesempatan menziarahi adik bongsu sekeluarga di Lembah Subang. Kami bermula dengan menaiki komuter dari Putra ke KL Sentral (RM1), naik LRT dari KL Sentral ke Kelana Jaya (RM2.20) dan akhirnya naik bas Metro no 607 ke Lembah Subang (RM1) dan berjumpa Ama di Blok C Flat Lembah Subang.
Dari kiri: Siti (isteri pertama), Aziz, Ama, Amalina dan Efa (isteri kedua).

Adik memegang anak saudara kami yang baru iaitu Noramalina Syuhada yang berusia 5 bulan.


Mohd Abdul Aziz, 3 1/2 tahun gembira menjamu selera dengan kuih dari Dunkin Donut yang aku beli di KL Sentral. Kurus sungguh Aziz sekarang. Bila kami nak balik, baru dia banyak buka mulut.


Aku sempat mendukung Amalina yang wajahnya serupa Ama masa kecil dulu. Nampak cerdik sangat macam kakanya Syuhada yang kini Abang Ee pelihara.

Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi dan berziarah selama hampir 2 jam. 12 tgh kami kembali ke PBAKL. Semoga Ama semakin matang dalam mengurus keluarga sendiri.

Related Posts with Thumbnails